Semasa
menjadi MB Perak, DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin DS Zambry
dikecam hebat, malahan disifatkan sebagai anti melayu dan pro Cina
kerana memberikan pajakan tanah kepada orang Cina Perak.
Semua
media menghentam Nizar, apalagi Umno yang menyifatkan Nizar sebagai
Menteri Besar yang mengabaikan Melayu kerana kononnya mengutamakan Cina
apabila menghadiahkan tanah secara pajakan kepada Cina.
Namun
kini, apa yang dibuat oleh Nizar semuanya diikuti dan dilaksanakan oleh
DS Dr Zambry Abdul Kadir dengan yang terbaru ialah memberi hak milik
pajakan selama 99 tahun kepada 62 petani limau bali di Ampang dekat
sini.
Petani-petani
itu telah berpuluhan tahun memohon pada kerajaan negeri tetapi tidak
diendahkan oleh kerajaan negeri UBN sebelum ini dan kini Zambryu
seolah-olah menjuarainya dengan menyelesaikan kes tanah berkenaan.
Masih
ingat lagi, sekumpulan petani berkenaan menghantar memorandum kepada
Nizar memohon dipertimbangkan untuk memajak tanah berkenaan. Nizar
telahpun bersetuju untuk memajak tanah berkenaan kepada para petani
dengan alasan mereka berhak kerana mereka telah mengusahakan tanah
berkenaan puluhan tahun lamanya tetapi dinafikan UBN.
Zambry
berkata, pemilik bagi tanah pertanian seluas 46 hektar itu bagaimanapun
disyaratkan hanya mengusahakan tanaman limau bali yang juga dikenali
sebagai limau Tambun.
Katanya,
kerajaan negeri juga bersetuju melupuskan denda kepada petani kerana
mengusahakan tanaman berkenaan di atas tanah kerajaan sejak 50 hingga
60 tahun lalu.
Pemberian
tanah ini membabitkan antara 0.04 hingga 1.79 hektar setiap lot dan
tidak membabitkan plot semula kerana kita meluluskan atas apa yang
sudah mereka usahakan, kata Zambry.
Nilaikanlah kerana lidah itu juga lah yang berkata-kata mengecam Nizar sebelum ini
sumber http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/02/berita-perak-kite.html?showComment=1266328127340#comment-c7747007118230029207
Tiada ulasan:
Catat Ulasan