Ditulis : Musoddak Hj Ahmad
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “ Kami beriman.” Sedangkan mereka tidak diuji.( Dengan sesuatu cubaan) dan demi sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka maka, dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta” (Al ankabut Ayat 2&3)
Cabaran dan halangan dalam gerkan Islam terus berlaku. Sejak hari pertama Islam bertapak di bumi Allah ini ia terus bertembung dengan berbagai halangan dan cabaran. Semua cabaran tadi telah berjaya diatasi dan memeperolehi kejayaan yang baik. Kemenangan dan kejayaan Islam adalah bergantung pada sejauh mana komitmen dan iltizamnya para pendukung dan pejuang Islam itu sendiri. Ada dua cabaran yang kita hadapi iaitu luaran dan dalaman.
Cabaran luaran
1. Musuh pekat Islam iaitu kuasa besar amerika, yahudi Israel
2. Dalam negara kita UMNO dan kuncu-kuncunya merupakan musuh PAS
3. Sister In islam diantara musuh utama gerakan Islam
4. NGO lain yang benci kepada Islam
5. Sistem demokrasi yang kuncinya dipegang oleh pemerintah merupakan cabaran kepada kita.
Cabaran Dalaman
Ciri-ciri negatif yang ada pada kita
1. Tidak faham PAS, anggap pas sebagai badan politik semata-mata. Tidak anggap sebagai gerakan Islam
2. Kurang keyakinan dengan perjuangan
3. Mempunyai kepentingan peribadi dalam perjuangan
4. Cabaran dalam keluarga dan masyarakat
5. Malas menghadiri mesyuarat atau perjumpaan atau usrah
6. Mencari alasan yang banayak utuk tidak bekerja
7. Mendapat upah baru hendak bekerja
8. Membuat kerja tanpa perancangan yang rapi
9. Menuding jari orang lain saja yang slah yang dia tak salah
10. Banyak cakap sahaja kerja tidak buat.
Ciri-ciri yang perlu ditangani
1. Pelapis kepimpinan yang berwibawa
2. Pengusaan isu dan kematangan berpolitik
3. Kehebatan ilmu dan karisma penampilan
4. Penyelaran fikrah dan keseragaman tarbiah
5. Memahami banyak sirah
6. Persediaan spritual dan material
7. Mengusai bahasa dan penulisan
8. Membuat kerja dengan menghormati orang lama
9. Ketajaman berfikir
10. Pergaulan dengan kepimpinan sedia ada dan bermasyarakat.
Semoga dengan kertas pendek ini akan memperingatkan kepda kita bahawa berada dalam gerakan Islam bukanlah satu kerja yang cukup mudah. Ia payah dan pahit tapi manis. Walaupun kadang kadang duit sekupang pun tidak ada dalam poket namun keberkatan dalam jamaah akan memberi kita sedikit rezeki.
Sekian
Musoddak Hj Ahmad
08.01.10. ( birthdayku)
CABARAN LUARAN
1. Cabaran bentuk pertama iaiyu cabaran luaran merupakan pertentangan dari golongan yang tidak senang dengan kedatangan dan risalah Islam, mereka adalah golongan taghut dan mustakbirin. Sebagai contoh Nabi Musa A.H. menghadapi Firaun dan Qarun yang meupakan gabungan dua kekuatan iaitu kekuatan politik dan kekuatan ekonomi Nabi Ibrahim A.H. menghadapi Zamrud iaitu lambang kekuasaan dan kedektatoran, Nabi Syuib A.H. menghadapi golongan kapitalis yang melakukan penyelewengan ekkonomi di zamannya dan Nabi Muhamad S.A.W. menghadapi kumpulan Abu Jahal dan Abu Lahab serta kabilah Jahiliyah di semenanjung Arab. Hakikat pertembungan yang dialami oleh para Rasul dan musuh mereka adalah sama iaitu pertembungan antara hak dan batil, pertembungan diantara iman dan kufur, pertembungan diantara keadilan dan kezaliman dan pertembungan diantara keimanan dan hawa nafsu. Pertembungan yang sama yang sedang kita hadapi sekarang. Islam tetap diganggu gugat oleh musuhnya. Pertembungan yang berlaku hari ini akan terus berlaku pada hari-hari berikutnya. Kemenangan Islam dan kekalahannya tertakluk sejauhmana penglibatan dan perjuangan para amilinnya dalam memperjuang dan mempertahankan Islam.
2. Gangguan dan halangan dari musuh Islam dari luar lingkungan Islam merupakan sesuatu yang pasti. Menentang golongan ini juga merupakan sesuatu yang wajib dan mesti dipikul oleh setiap amilin Islam. Kalau generasi dulu telah bangun berjihad menentang musuh-musuh tadi, maka generasi hari ini juga wajib mengembeling tenaga berjihad menentang musuh yang kita hadapi. Apa yang berbeza adalah cara pendekatan dan serangan musuh keatas kita. Kalau dulu serangan keatas umat Islam lebih tertumpu dalam bentuk serangan fizikal, seksaan, peperangan dan pencerobohan. Hari ini juga masih terdapat bentuk serangan akidah, budaya, ekonomi, pendidikan, politik dan berbagai-bagai lagi.
3. Tugas kita menghadapi musuh-musuh ini kian berat, kedudukan kita agak berbeza dengan generasi dulu, mereka berjuang bersama para anbia’ dan para sahabat. Kita hari ini hanya berjuang sesama kita. Para anbia’ tidak lagi bersama kita, begitu juga dengan para sahabat. Menyedari hakikat ini kita perlu membuat persediaan maksimum dan mengatur strategi yang lebih berkesan serta pengorbanan yang lebih tinggi.
STRATEGI MUSUH
1. Kita hendaklah mengkaji strategi dan kekuatan musuh. Selama ini musuh begitu arif tentang kekuatan dan kelemahan kita. Adalah tidak pelik kenapa begitu sukar untuk kita memukul mereka, sebaliknya adalah begitu mudah untuk mereka menyekat laluan kita bahkan mengalahkan kita. Kesemuanya ini berlaku kerana kajian yang mereka lakukan mengenai kita disamping kesungguhan mereka melaksanakan tugas untuk menghalang laluan kita, sekalipun mereka berada dipihak yang batil. Sekarang adalah giliran kita untuk mengkaji mereka dan mengatur strategi memukul mereka.
2. Kita hendaklah berjihat dan mencurahkan semua kekuatan yang ada samada tenaga, masa, wang ringgit bahkan jiwa kalau perlu untuk menentang mereka.
3. Hakikat yang kita hadapi ialah sebagai orang yang beriman kita sedang berhadapan dengan musuh Islam yang menjelma dalam berbagai bentuk dan rupa. Mereka juga mengatur strategi dan pendekatan menentang kita. Di hadapan kita ialah samada kita menentang mereka sehingga mencapai kemenangan dan memberi keagungan hanya untuk Allah, kita akan mulia didunia dan akhirat. Atau kita hina hidup didunia dan diakhirat, atau kita menjadi pengkhianat kepada agama kita kerana dayus dan gagal mempertahankan Islam.
4. Kita tidak mungkin menghadapi musuh-musuh Allah ini kecuali kita memenuhi ciri-ciri yang perlu wujud bagi setiap pejuang Islam, yang melibatkan persoalan aqidah, keikhlasan, kesungguhan, keyakinan kepada perjuangan juga beberapa ciri lagi yang merupakan teras bagi sesuatu perjuangan. Apa yang dinyatakan ini merupakan cabaran dalaman.
CABARAN DALAMAN
1. Cabaran kedua, iaitu cabaran dalaman. Cabaran dalaman adalah begitu penting untuk diatasi. Sekiranya kita gagal mengatasi atau merawatinya ia juga akan menjadi penghalang perjuangan kita. Cabaran dalaman ini pernah dihadapi oleh para anbia dan Rasul S.A.W sebelum kita. Nabi Adam A.H.S. menghadapi karenah anak-anaknya, Qabil dan Habil, Nabi Noh A.H.S. menghadapi kekufuran keluarganya yang ingkar untuk beriman. Nabi Musa A.H.S. menghadapi pengikutnya yang ingkar dan enggan patuh kepada arahannya dan Nabi Muhamad S.A.W. menghadapi karenah dan strategi jahat puak munafiqin.
2. PAS sebuah gerakan Islam merupakan matarantai perjuangan Islam yang menanggung amanah untuk mendaulat dan mempertahankan Islam. Oleh kerana tugas ini begitu besar kita perlu menyiapkan diri dengan sifat-sifat mulia dan murni yang sewajibnya wujud pada seseorang amilin. Hari ini PAS dianggap sebagai pencabar utama kepada kuasa pemerintah yang ada sekarang. Oleh kerana itu maka tidak hairanlah kenapa berbagai halangan dan strategi mereka aturkan bagi menghalang laluan kita, termasuklah penipuan didalam pilihanraya dan berbagai-bagai bentuk gangguan.
3. Kita tidak seharusnya membiarkan mereka terus bermaharaja lela. Kita sudah lama menjadi mangsa mereka. Kita mesti menghalang laluan mereka yang begitu bebas. Mereka begitu sombong dan angkuh. Mereka merasai diri mereka mampu melakukan apa sahaja sekalipun ianya menyanggahi syarie, undang-undang, nilai kemanusiaan bahkan mengorbankan agama dan bangsa. Mereka berkata bahawa tidak ada mana-mana pihak yang berkeupayaan menyaingi dan mengalahkan mereka. Sifat kotor ini sudah lama berkembang dengan subur di dalam diri mereka. Sungguhpun demikian kita masih gagal untuk menumbangkan mereka. Sepatutnya dengan kabatilan dan penyelewengan yang mereka lakukan sudah lama kita dapat tumbangkan mereka. Persoalannya kagagalan kita untuk menjatuhkan mereka adakah kerana mereka terlalu kuat atau kita sendiri yang lemah dan tidak berkeupayaan. Sebenarnya kelemahan yang ada pada kitalah yang menjadi punca utama kenapa kita masih gagal untuk menumbangkan musuh. Masih banyak sifat-sifat negatif yang masih mencengkam diri kita. Sifat-sifat ini mesti dikikis sepenuhnya dari diri kita, dan diganti dengan sifat-sifat murni dan positif yang sepatutnya dimiliki oleh setiap amilin Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan