"Memandangkan bahawa saya masih aktif berpolitik, adalah baik bagi saya tidak menerima tawaran itu," katanya.
Chua berkata keputusan itu dibuat demi kepentingan parti, pemegang saham The Star dan para pembaca akhbar itu.
"Saya berpendapat bahawa ia tidak sesuai bagi saya memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat media sementara saya masih bergiat aktif dalam politik.
"Saya mahu melihat The Star terus kukuh dan teguh dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan atas keyakinan mereka terhadap saya," katanya.
Sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan bahawa Chua akan dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan The Star.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan