KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di
Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka,
Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat
dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.
Kali terakhir beliau
dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau
dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.
Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.
Menurut
Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad
memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.
Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.
Sehubungan
itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu
berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.
"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.
Dalam
pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya
dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat
malam yang lalu.
Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.
"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.
Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan