Untuk Aljazira Tv klik webtv

Juara Rakyat bukti Umno lemah

ALOR SETAR, 10 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak  berkata, apabila
pemimpin Umno menyatakan program Juara Rakyat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat
kepada Barisan Nasional (BN) membuktikan BN sudah hilang sokongan rakyat.
Sehubungan itu, tegasnya, PAS tidak tergugat dengan program Juara Rakyat yang sedang dianjurkan
oleh Umno di seluruh negeri kebelakangan ini.
"Program tersebut hanyalah sebuah program turun padang bagi pemimpin parti mereka mendekati
rakyat. Oleh kerana itu, PAS yang menerajui Pakatan Rakyat (PR) di Kedah tidak akan tergugat sedikit
pun dengan program yang mereka anjurkan.
"Apabila pemimpin mereka menyatakan program tersebut mampu untuk mengembalikan semula
keyakinan rakyat Kedah kepada Barisan Nasional (BN), maka ia seolah-olah membuktikan BN sendiri
sudah hilang sokongan rakyat dan cuba untuk meraih semula sokongan tersebut. Sekaligus ia
 membuktikan kelemahan diri mereka sendiri," ujarnya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, seandainya rakyat negeri ini tidak menyokong BN
atau Umno, maka ini bererti rakyat juga menolak Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri
 Mohd Shafie Afdal.
Beliau juga menyelar dakwaan Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
yang mendakwa kerajaan negeri gagal menangani krisis air.
“Dakwaan Shafie gangguan air di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech dan Universiti Utara Malaysia
(UUM) adalah tidak wajar dan bermotifkan politik semata-mata. Kedua-dua kawasan tersebut
mempunyai dua situasi yang berbeza, tiada berlaku krisis air seperti didakwa oleh beliau di sana.
"Eloklah beliau meninjau masalah air di kawasannya sendiri di Semporna, Sabah terlebih dahulu,
sebelum membuat kenyataan tidak tepat di negeri ini," katanya.
 Menurutnya, gangguan bekalan air yang berlaku di Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech kerana
bencana alam sehingga menyebabkan air di kawasan tersebut tercemar dan proses rawatan yang
 dijalankan mengambil masa sehari.
Tambahnya, gangguan itu juga adalah kerana aliran air yang tercemar kerana sisa-sisa kebakaran
dari kawasan berhampiran.
Jelasnya, bekalan air di UUM tidak mencukupi kerana tidak dapat menampung permintaan penduduk
 yang telah bertambah sehingga mencecah seramai 30,000 orang berbanding sebelum ini hanya
15,000 orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan