Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Wee Ka Siong untuk dapatkan perintah injuksi sementara terhadap anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang dan akhbar
The Star daripada terus menerbitkan artikel berbentuk fitnah berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menolak permohonan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.

Wee ialah Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda MCA. Beliau juga adalah ahli parlimen bagi Ayer Hitam.
Beliau memfailkan saman fitnahnya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Wee mendakwa beberapa kenyataanya yang diterbitkan oleh
The Star antara 25 Dec tahun lalu dan 12 Jan tahun ini seolah-olah menunjukkan bahawa beliau melakukan rasuah atau menyalah-gunakan kuasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan