“Mari
bankrapkan Utusan.” Itulah seruan Naib Presiden Parti Keadilan (PKR) ,
Mohamed Azmin Ali pada ceramah "Selamatkan Malaysia" Di Kompleks Sri
Siantan, Batu Caves.
Azmin mengajak semua masyarakat akar umbi termasuk rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor korporat dan swasta di negeri Pakatan Rakyat supaya memboikot dan menghentikan langganan terhadap Utusan Malaysia.
“Saya nak rumuskan, dalam ucapan pada malam ini. Saya nak menjaga orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia. Kita kena buat keputusan yang penting pada malam ini dan saya hendak mencadangkan kepada rakyat Selayang, rakyat Gombak, rakyat Selangor dan rakyat Malaysia. Setuju atau tidak kita lancarkan kempen bankrapkan Utusan Malaysia,”katanya.

Demikian kata Azmin di dalam ucapannya di sesi penerangan ‘Selamatkan Malaysia’ di Kompleks Sri Siantan, Batu Caves.
Hal ini disebabkan tindakan Utusan Malaysia yang sering menyiarkan berita, gambar dan artikel yang memprovokasi keharmonian antara kaum dan memperburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut Azmin, Utusan Malaysia tidak memajukan langsung bangsa Melayu malahan menyebabkan perpecahan kaum yang lebih besar disebabkan masalah perhubungan mereka dengan bangsa lain.
“Utusan Malaysia sebenarnya memperlekehkan dan memperbodohkan orang melayu dalam negara ini , lagi cepat kita humban utusan malaysia, lagi cerdik orang melayu dalam negara kita,”katanya.
selangorkin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan