GEORGETOWN- Penumpang bas Rapid Penang kini berpeluang memenangi lapan buah iPhone yang ditawarkan dalam peraduan ‘Ride To Fai Chai’ bermula 14 Februari hingga 14 April depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Penang, Azhar Ahmad berkata, tujuan peraduan ini diadakan adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan tahap kepenggunaan pengangkutan awam negara di bawah hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP).
“Peraduan yang diadakan selama dua bulan ini menawarkan lapan iPhone untuk lapan penumpang bertuah dan ia antara promosi yang dianjurkan oleh Rapid Penang sempena sambutan Tahun Baru Cina berikutan pada sambutan yang sama tahun lepas, peraduan ‘Fat Chai RM888’ mendapat sambutan yang menggalakkan
sumber : http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6786903.asp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan