Untuk Aljazira Tv klik webtv

Penculikan Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengesahkan bahawa Datuk Nasir Safar berada di lokasi apabila anggota polis menahan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, demikian dakwa peguamnya, Americk Sidhu.
Dakwaan tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR.

Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir di blog.

NONENasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.
Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.
Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.

Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.

p balasubramaniam altantuya murder case private investigatorBala menjadi terkenal pada Julai 2008, apabila dia membuat pengakuan bersumpah mendakwa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib.

Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala berkata “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”

Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.
Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak.

altantuya murder razak baginda case 180607 abdul razak bagindaBagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.
Nasir yang dihubungi olehMalaysiakini sebentar tadi, tidak mahu mengulas lanjut tetapi berkata sidang media akan diadakan kemudian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.
"Saya tidajk mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya.
Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.
Najib sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan