Untuk Aljazira Tv klik webtv

Petugas PAS perlu depani isu kebajikan




Hashim Abdullah   
KUALA LIPIS, 13 Feb: Petugas PAS diingatkan bekerja lebih kuat bagi menarik sokongan rakyat dengan menjadikan pilihan raya umum akan datang sebagai peluang keemasan untuk menguasai tampuk pemerintahan di negeri ini, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal.
Berucap pada merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kampung Keledek, dekat sini, Roslan menekankan petugas parti agar sentiasa mendepani isi-isu kebajikan dan sosial rakyat melalui program pintar yang boleh meyakinkan. 
“Kita perlu menyiapkan kekuatan parti sebelum Pilihan raya Umum ke-13 akan datang. Kita perlu menjadikan pilihan raya itu sebagai peluang terbaik untuk menguasai tampuk pemerintahan.
“Oleh yang demikian, kita perlu bekerja keras menguasai rakyat melalui berbagai pendekatan. Setiap dari kita hendaklah mendepani isu-isu kebajikan dan sosial, wujudkan program pintar umpama penglibatan yang menyeluruh dalam program dana takwa, ini yang boleh membantu dan menarik minat rakyat,” katanya.
Terdahulu, Roslan menyampaikan sumbangan sebanyak RM19,000 kepada balu allahyarham Ustaz Ahmad Ludin, bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands (gambar) yang telah kembali ke rahmatullah penghujung 2009 lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan