Sebelum ini, Mohd Ali disiasat mengenai dakwaan mengamalkan politik wang bagi bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti tahun lalu.
Abdul Khalid pula disiasat mengenai penyalahgunaan dana kerajaan egeri untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.
Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat; kes ADUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang didakwa cuba merasuah calon bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna kes-kes tersebut bebas daripada kegiatan rasuah, kerana kekurangan saksi dan bukti juga boleh menyebabkan SPRM gagal membina sebuah kes yang kukuh.
"Bukti yang ada mesti mencapai 90 peratus baru pihak
pendakwaan boleh membuat keputusan untuk mendakwa," katanya.
Menurut Shukri lagi, bukan semua kes-kes yang tidak dituduh itu tidak berlaku rasuah, tetapi sesetengahnya tak mencapai tahap yang ditetapkan dan banyak kelemahan-kelemahan wujud.
Oleh itu, katanya, timbalan pendakwaraya membuat keputusan bahawa tak boleh dituduh di ahkamah.
Shukri juga berkata, ia telah dirujuk dan dijelaskan kepada panel penilaian operasi, mengapa kes-kes itu tidak boleh dituduh di mahkamah.
Panel tujuh orang, kata Shukri, berpuas hati dengan penjelasan dari pihak SPRM ataupun bahagian perundangan dan pendakwaan.
sumber : http://www.malaysiakini.com/news/124289
Tiada ulasan:
Catat Ulasan