Untuk Aljazira Tv klik webtv

Tiada kempen desak Rosmah undur kerusi Canselor

Tidak ada kempen dijalankan untuk mendesak supaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor digugurkan daripada jawatan canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), kata exco negeri Xavier Jayakumar (bawah).

xavier jayakumar 02Jelasnya, beliau tidak akan menjalankan usaha seumpama itu, walaupun pelajar universiti tersebut tidak lagi mahu menerima Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan.

"Tidak, saya tidak jalankan apa-apa kempen khas (supaya Rosmah tidak dilantik semula sebagai canselor). 

"Yang saya kata, bila masanya tiba, terma pelantikan (Rosmah) akan dinilai semula dan pihak yang berkuasa untuk berbuat demikian adalah lembaga pengarah Unisel," katanya lagi ketika dihubungi hari ini.

rosmah mansorBagaimanapun, desakan supaya Rosmah digugurkan telahpun disuarakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga para pelajar Unisel sebelum ini.

Bantahan oleh para pelajar tersebut disuarakan dalam satu pertemuan khas dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) di kediaman rasmi menteri besar itu kelmarin. 

khalid ibrahim"Kami tidak bertemu pelajar untuk berkempen menentang pelantikan Rosmah," katanya dan menjelaskan isu melibatkan Rosmah itu sendiri ditimbulkan oleh beberapa pelajar dalam pertemuan berkenaan.

"Mereka semuanya mahu perubahan, jadi kita anggap isu ini adalah pandangan daripada para pelajar berkenaan... dan tentulah menteri besar kata dia akan lihat perkara itu," kata Xavier lagi, menjelaskan kandungan perbincangan dalam pertemuan anjuran Sekretariat Pemuda Selangor itu.

azlanTambahnya lagi, kenyataannya kepada Malaysiakinisebelum ini juga tidak tepat apabila memberitahu terma pelantikan Rosmah akan berakhir pada Jun.

"Perbezaannya cuma tarikh itu sahaja. Saya pada mulanya ingat (pelantikan Rosmah) berakhir pada Jun dan menteri besar pula kata akhir tahun," katanya lagi.

Khalid semalam dilaporkan berkata Rosmah masih kekal sebagai canselor sehingga tempoh perkhidmatannya berakhir hujung tahun ini.

Sementara itu, Harakahdaily pula hari ini melaporkan, mesyuarat lembaga pengarah itu akan diadakan dalam tempoh satu atau dua bulan.

Laporan organ PAS yang memetik kenyataan exco pendidikan Dr Halimah Ali itu juga menyebut, keputusan berkaitan pelantikan canselor Unisel juga tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor.

sumber :http://www.malaysiakini.com/news/124233

Tiada ulasan:

Catat Ulasan