Untuk Aljazira Tv klik webtv

Yang Dapat


Gambar Berita Harian - Zambry meninjau model pembinaan
projek terminal bas bersepadu di Meru Raya di Ipoh

Beriya benar Zambry sewaktu menyempurnakan majlis permulaan kerja projek pembinaan terminal pengangkutan awam yang akan dibina di Bandar Meru Raya oleh syarikat swasta, The Combined Bus Service Sdn Bhd (CBS.

Bukan main banyak cakapnya si Zambry ini dalam laporan akhbar.... seolah-olah dialah yang pencetus dan yang meluluskan projek tersebut ....Dia langsung tidak sebut atau berterima kasih kepada Pakatan Rakyat yang telah meluluskan projek tersebut pada mulanya.

Orang ramai harus diberitahu bahawa projek tersebut telah ditandatangani sewaktu Pakatan Rakyat lagi . Pakatan Rakyat telah meluluskan projek tersebut dimana satu majlis menandatangani perjanjian pembinaan Kompleks tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar DS Nizar Jamaluddin pada tengahari 16 September 2008 dulu.Sila lihat di sini dan lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan