Bermula minggu ini semua elaun guru tahmir di Melaka dipotong daripada RM 50 tinggal Rm 10 je.
Perkara
ini dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui surat yang
diedarkan kepada semua guru tahmir yang terlibat mengajar di surau dan
masjid di seluruh Melaka.
Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.
Saya
mencadangkan, cek yang dipulangkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang
'didermakan' oleh kerajaan Melaka untuk membayar tunggakan cukai tanah
milik Yayasan Basmi Kemiskinan digunakan untuk menampung kos membayar
elaun guru tahmir di Melaka.
Saya rasa itu lebih besar pahalanya
jika dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk seri Muhd. Ali Rustam kerana
mengutamakan keperluan dalam negeri daripada menjaga kepentingan negeri
lain.
Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu
ringgit hanya untuk program 'Gegau 1 Melaka' baru-baru ini tak kanlah
kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?
Ada
baiknya Ketua Menteri Melaka belajar daripada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng bagaimana kaedah menaikan elaun guru tahmir dan
para penghafal Al Quran di Pulau Pinang seperti yang dilakukan kerajaan
negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan