PULAU PINANG, 14 Feb: Angkatan Muda Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Pulau Pinang akan mengadakan Himpunan Rakyat Menyokong
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada 16 Februari ini di Dewan Milenium,
Kepala Batas.
Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, ia sebagai cara menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri.
Katanya, pemergian bekas Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Zahrain
Hashim tidak memberi kesan pada pengerakan PR di negeri ini malahan
bertambah kuat apabila larinya individu yang banyak menjahanamkan parti.
Menurutnya, perhimpunan itu akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan
Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Husain, Ketua Dewan Pemuda PAS
negeri , Yusni Mat Piah dan Pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman.
"AMK Pulau Pinang akan adakan dua program besar selepas sambutan
Tahun Baru Cina untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri. Selain itu
AMK juga bertekad berhimpun seramai mungkin untuk mengatakan pendirian
berada kukuh di belakang kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau
Pinang, " tambahnya yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai
(MPSP).
Menurutnya lagi, inilah kali pertama Anwar kembali ke Pulau Pinang
setelah dihadapkan ke mahkamah kali kedua ekoran pertuduhan liwat.
Selain itu, pada 7 Mac, dijadualkan majlis Debat Perdana sempena dua
tahun pemerintahan PR diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang
melibatkan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP),
Rizal Faris Mohideen, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS), Jais Abdul Karim dan Ketua Pemuda Umno negeri, Norman Zahalan.
"Perdebatan isu roboh gerai di Pulau Pinang menjadi hangat apabila
DPMPP, GPMS dan Umno tiba-tiba bersemangat kononya demi bangsa dan
agama.
“Kita nak lihat apakah hujah mereka walhal Kerajaan Pakatan Rakyat
bukan sahaja bertindak terhadap gerai Melayu bahkan Cina dan India
turun dikenakan tindakan kerana tidak mengikuti peraturan sejak di
zaman Barisan Nasional (BN) lagi, " ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan