Untuk Aljazira Tv klik webtv

Perarakan Maulidur Rasul

Seorang Ketua Jabatan yang kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri membatalkan Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul tampil menunjukkan pekeliling mengenai perkara itu hari ini.

Pekeliling yang diterimanya itu adalah dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 5 Februari 2010 mengenai pembatalan majlis perarakan itu pada tahun ini.

Pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir itu sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbohong apabila menafikan membatalkan perarakan tersebut.

Menurut ketua jabatan itu yang enggan dikenali, beliau tampil menunjukkan pekeliling itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan tersebut dan kemudian menuduh Utusan Malaysia membuat fitnah terhadap kerajaan negeri.
"Saya tidak faham mengapa mereka hendak berbuat demikian (menafikan) sedangkan saya dan Ketua-Ketua Jabatan yang lain sudah menerima pekeliling mengenai pembatalan perarakan Maulidur Rasul"
 
"Macam mana saya tidak marah, sebagai orang Islam kita tentu marah kerana Kerajaan Negeri selama ini melaung-laungkan konsep pentadbiran Amar Maaruf Nahi Mungkar dan kononnya mengikut cara kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz".
"Apa yang paling saya sedih apabila ada di kalangan orang Islam sendiri seolah-olah menghalalkan pembohongan yang dibuat ini".
Kandungan pekeliling itu berbunyi:
 
"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang".

Pekeliling berkenaan diedarkan kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan serta Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

Salinan pekeliling itu dihantar kepada Setiausaha Sulit, Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Jawab pulak LGE disini:
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa Kerajaan Negeri pimpinannya telah membatalkan Perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran Kerajaan Negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan Akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut. 
"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman,"
 Kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan Keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh Kerajaan Negeri.
Malah, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.
 
Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.
 
Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat dari satu lagi blog pro-UMNO yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Pusat, Badan Berkanun serta Presiden Majlis Perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang yang mengendalikan Sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua Ketua Jabatan dan Badan Kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.
 
Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan Perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.
 
Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.
 
Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.
 
Surat kedua yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairy dan pihak lain dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua Masjid dan Pertubuhan Islam, meminta maklum balas mengenai Perhimpunan Dalaman Maulidur Rasul.
 
Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.
 
Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.
"Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya,"
Katanya.
Lim juga membidas sesetengah Media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu.
Sekarang siapa betul, siapa salah..? kot mana-manapun aku percaya dekat Utusan dengan Bernama sebab laporan 2-2 ni selalunya "Jerlus"...

Kah kah kah kah kah...!!! Media Perdana dengan UMNO apa la bezanya..?

-PerisikRakyat-
Tambah Gelak..! Kahkahkahkah Utusan lidah Fitnah, Umno Kaki Fitnah, SayFOOL kepala Fitnah... Aarrrgh! Samalah mereka semua nih.. kahkahkah
 
sumber : http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/02/perarakan-maulidur-rasul-jom-layan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan