SUNGAI PETANI: Bekas Ketua Wanita Umno bahagian Sungai Petani, Khalijah
L Ali, 73, semalam merayu bantuan orang ramai membiayai kos rawatan
anaknya, Zainurdin Awang Hashim, 39, yang menderita sakit buah pinggang.
Ketika
ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Berapit, Tikam Batu di sini,
Khalijah berkata, wang simpanannya sebagai guru Kemas sejak sekian lama
sudah habis diguna untuk membiayai kos rawatan dialisis tiga kali
seminggu di sebuah pusat rawatan swasta yang mencecah RM3,000 sebulan.
Katanya,
beliau kini tidak mempunyai sumber pendapatan dan hanya bergantung
kepada pendapatan seorang anak perempuan yang tidak seberapa untuk
menampung keperluan hidup seharian.
"Keadaan ini memaksa anak
saya yang sakit itu bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan
dengan upah RM30 sehari," katanya.
Beliau yang pernah memimpin
Wanita Umno bahagian Sungai Petani sejak awal 1970 hingga 1980 kini
sukar untuk berjalan kerana sakit di tulang belakang.
Khalijah
berkata beliau tidak menagih simpati daripada masyarakat terhadap
kesempitan hidup yang dialaminya, cuma berharap ada pihak yang dapat
membantu anaknya mendapat rawatan dialisis percuma di pusat rawatan
yang disediakan kerajaan. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan