Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan
Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada
perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.
Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas.
Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda
putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi
pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.
Mereka
sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah
yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda
Maksudnya,
“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar
(perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi
sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang
baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt
tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk
menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa
yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri
kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.
Hebat
macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak
akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang
yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato
yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas
maka ia menjadi melukut di tepi gantang.
Apakah kita hendak kata
bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon
yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat
jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi
kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan
Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).
Walaupun peringkat akar
umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi
apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka
bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini
adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.
Dalam berjamaah
mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju.
Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu
keputusan.
Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang
100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun
apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati
contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan
Hunaian.
Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan
ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini
telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka
mengatakan;
“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi
Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan
darah mereka”
Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;
“Hai
kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku
datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah
kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling
bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku?
Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah
mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”
Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,
“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.
Rasulullah saw meneruskan,
“Hai
kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia
yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu
kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama
Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa
pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw?
Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang
mereka bawa.”
Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi
contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini
yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.
Kerana itulah
perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang
dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup
dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti
akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah,
kosong daripada nilai keimanan.
Namun diyakini, jiwa yang hidup
dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat
mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus
berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan
pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari
pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan
kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan
dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.
Maka
jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu
tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan
kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)
“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)
Kalau
pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk
orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu
dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.
Ini
satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka
juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau
lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita,
akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita
marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’
taat dan thiqah.
Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati
kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog.
Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban
suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia
menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.
Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa
kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam
parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada
yang sederhana.
Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan
thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita
tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan
Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana
bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan
umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan
parti Semangat 46.
Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian
kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina.
Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak
membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka
hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak
ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan