PAS mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang didakwanya mengunakan
fasiliti milik rakyat - Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang)
- untuk mengadakan konvensyen Umno yang bakal dirasmikan oleh
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu, PAS
mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi konvensyen
Umno itu.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata seramai 2,000 ahli Umno Pahang dijangka berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.
“Konvensyen
Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik
yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan
program politik diadakan di dalam universiti berkenaan.
“Walaupun
ada peruntukan 'dengan kebenaran menteri' tetapi kebenaran yang
diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras
menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik,
apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau
dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh
dipersoalkan kerana menteri pengajian tinggi juga adalah ahli Majlis
Tertinggi Umno,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris
mendakwa, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang
suka mengambil kesempatan dalam mengunakan kemudahan rakyat.
Malah,
katanya pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke mahkamah oleh sebuah
syarikat kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa
pilihanraya 2008.
“Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara
berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan
dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah
UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno.
Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM,” katanya.
Malah,
Idris mendakwa UiTM “tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi
petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan