KUBANG PASU – Pejabat Daerah Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Asas Kepimpinan kepada semua ketua kampung/komuniti Daerah Kubang Pasu untuk mempekasakan peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat setempat. Kursus diadakan di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis.
Melalui kursus ini, para peserta dapat memperkasakan peranan mereka sebagai ketua kampung/komuniti dalam usaha untuk memajukan serta meningkatkan pembangunan kampung. Selain itu, sikap kerjasama dan bertolak ansur di kalangan peserta dapat di pupuk, melahirkan sikap kepimpinan dalam masyarakat serta berdisplin dan menghargai masa.
Pesertanya adalah terdiri dari 105 dari kawasan Parlimen Jerlun dan 133 dari kawasan Parlimen Kubang Pasu.
Pelbagai slot program telah diaturkan untuk semua MKK, antaranya, ceramah, penyampaian elaun dan sijil kursus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan