BANDAR DAULAMAN: Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Bendahara Kedah Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli turun padang menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran.
Bantuan yang diberikan ini adalah inisiatif daripada Persatuan Bencana Alam yang baginda sendiri menjadi pengerusinya.
Menurut Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato’ Hajah Che Barni Mohd Noor, kebakaran itu melibatkan 23 buah asrama ketika semua penghuninya sedang menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.
Madrasah ini menempatkan 200 penghuni yang terdiri daripada pelajar lelaki, warga emas dan ibu-ibu tunggal yang didirikan di atas tapak seluas empat relung milik pengtuanya Haji Sobri Osman.
Madrasah ini mengamalkan sistem pengajian pondok dalam menyebarkan pengajian Islam.
Pada majlis itu juga beberapa agensi telah bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan yang semuanya berjumlah RM7 ribu. Antaranya ialah Majlis Daerah Kubang Pasu, E-Idaman Sdn Bhd, Bustani Hotel Jitra dan Puspanita Daerah Kubang Pasu.
Turut hadir pada majlis itu YTM To’ Puan Bendahara ketua-ketua jabatan dan penduduk kampung sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan