Posted on Friday, February 12 @ 19:24:42 PST by Paktam
Dewan
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru umat Islam supaya tidak terlibat
dalam mana-mana sambutan sempena hari kekasih atau Valentine’s
Day termasuk di Menara Kuala Lumpur, Ahad ini.
Ketuanya,
Kamaruzzaman Mohamad berkata remaja negara ini perlu akur dengan
keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan meraikan sambutan
Valentine bukan dari ajaran Islam.
“Kita
risau sekiranya sambutan yang bakal diadakan diisi dengan
program-program maksiat yang jelas bertentangan dengan Islam dan budaya
timur.
“Ia
juga menggalakkan budaya ‘couple’ secara bebas di kalangan anak-anak
muda yang menyumbang gejala negatif di dalam negara kita dan
bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini,”
kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Harakah
Daily.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Oleh itu, amalan meraikan ia diharamkan oleh agama Islam.
Kamaruzaman bersama beberapa Exco Pemuda PAS Wilayah telah menyerahkan surat bantahan sambutan hari kekasih yang akan diadakan di Menara Kuala Lumpur, Ahad ini.
Surat bantahan diterima oleh Mohd Zakhir Azam, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan setelah perbincangan selama lebih kurang 30 minit.
Pengurusan Menara Kuala Lumpur menjelaskan beberapa perkara yang menimbulkan kekeliruan seperti laporan akhbar semalam.
Antaranya tawaran baucar hotel yang ditawarkan adalah baucar makanan dan bukannya baucar penginapan untuk pasangan kekasih tidur bersama pada malam tersebut.
Mohd Zakhir menjelaskan bahawa tidak ada minuman keras yang akan dihidangkan dan dijual pada malam sambutan tersebut.
Selain itu, pihak menara KL akan memastikan tidak ada ruangan bersendirian disediakan untuk pasangan melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
Laporan akhbar semalam menyebut sambutan hari kekasih yang akan disambut Ahad ini, buat julung kali di Menara Kuala Lumpur menjemput pasangan kekasih meraikannya di pelantar terbuka menara berketinggian 300 meter.
isihhhhhhhhh....... apa punya bebal laaa... tak kan tak paham2 lagi depa nie... yang haram tu jelas.... yang halal pun jelas

Tiada ulasan:
Catat Ulasan