Untuk Aljazira Tv klik webtv

Tengkorak Hangpa.. Menyusahkan Mak Bapak dan Pelajar jaa...

BATU PAHAT, 12 Feb (Bernama) -- Walaupun mengalami pengurangan bajet tahunan sebanyak RM900 juta berbanding yang diterimanya pada tahun lepas, Kementerian Pelajaran berkeyakinan ia mampu menghadapi cabaran dan tidak menjangkakan akan menghadapi banyak masalah.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kementerian kini mengambil pendekatan memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting dahulu.

"Kementerian memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting seperti meneruskan bantuan kepada pelajar-pelajar KWAM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) dan kita meneruskan bantuan buku teks kepada pelajar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pekan Rengit di sini, pada Jumaat.

Dalam tempoh kesuraman ekonomi kini jika terdapat ruang di mana kementerian boleh melaksanakan pengurangan kos ia akan melakukannya tanpa menjejaskan pengurusan sistem pendidikan negara.

Mengenai pelaksanaan skim baucer tuisyen, beliau berkata keutamaan diberikan kepada murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Lima bagi menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, beliau berkata kementerian juga boleh melaksanakan pembangunan pendidikan negara dengan kerjasama sektor swasta menerusi sistem pembiayaan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Terdahulu, Mohd Puad dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senggarang Jaafar Hashim meluangkan masa kira-kira dua jam melawat sekitar pekan Rengit dan menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada masyarakat sekitar.

Katanya acara lawatan sambil menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Cina tempatan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu akan dilaksanakan setiap tahun bagi mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di Rengit.

Mohd Puad berkata program "turun padang" seumpama itu memberi kesempatan kepadanya untuk bertanya khabar dan menyelami permasalahan yang dihadapi oleh penduduk tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan