PUTRAJAYA: Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini. -BERNAMA
Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri
ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.
Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan [lagi]
ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.
Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.
"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.
"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.
Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.
Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.
"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.
"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .
Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.
Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.
[...]
Penyeludupan dadah, Siti Zailah tidak puas hati jawapan timbalan menteri
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan langkah yang diambil oleh kementerian berkenaan dalam menangani masalah pembekalan dadah di sempadan Thailand.
Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan [lagi]

Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kebanyakan pembekal dadah di kawasan itu dapat bolos ke Malaysia.
Beliau meminta pihak kementerian menyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan terhadap pembekal dadah di sempadan dan tindakan yang diambil terhadap pembekal yang menggunakan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan pengedaran.
Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) meminta menteri dalam negeri menyatakan jumlah rampasan dadah dari Januari hingga Jun 2009 dan pelan tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah yang diambil oleh kementerian serta jumlah peruntukan yang disediakan.
Timbalan menteri, Datuk Wira Abu Seman (BN-Masjid Tanah) dalam jawapannya memberitahu secara keseluruhannya dalam tempoh Januari sehingga Jun 2009, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merampas 22 jenis dadah dan racun di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.
Rampasan terbesar melibatkan dadah jenis syabu seberat 1,052 kg bernilai lebih RM263 juta. Secara keseluruhannya, nilai rampasan dalam tempoh tersebut berjumlah lebih RM306 juta.
Berhubung dengan jumlah peruntukan yang disediakan bagi melaksanakan pelan tindakan pencegahan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah memperuntukkan sebanyak RM93 juta bagi tahun 2009.
Siti Zailah yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Seman kepada soalannya yang dianggap sambil lewa dan tidak menjawab soalan sebenar.
"Saya tak puas hati dengan jawapan timbalan menteri tadi. Saya tanya berapa kes yang ditangkap, tapi beliau tidak jawab," katanya.
Beliau yang juga timbalan ketua Muslimat PAS berkata, menurut maklumat yang diterimanya, ramai pengedar dadah di sempadan ditangkap oleh PDRM dan boleh didakwa di bawah seksyen 398 namun dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti.
Sedangkan sumber memberitahu, ketika serbuan dibuat ke rumah pengedar, terdapat banyak dadah dan wang ditemui.
Difahamkan, pihak berkuasa membebaskan mereka kerana didakwa telah menerima rasuah dalam jumlah yang banyak.
"Apakah ini tidak cukup sebagai bukti? Saya menyeru kerajaan ersikap telus dalam menangani masalah ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memaihnkan peranan mereka," tegasnya.
Beliau dalam pada itu turut mempersoal program pemberian percuma methadone di klinik-klinik kerajaan untuk membantu penagih yang dilihat tidak berkesan dan tidak mencapai sasaran.
Ketidakberkesanan ini ujarnya turut diakui sendiri dalam laporan audit negara.
"Program yang dikatakan dilakukan secara tetutup ini, rupa-rupanya diakukan secara terbuka, dan orang boleh tahu siapa yang menerima bantuan methadone itu.Ini sekaligus tidak melindungi identiti penagih," katanya.
Selain itu, pemberian methadone itu tidak membantu penagih untuk berhenti daripada mengambil najis dadah.[…]

KEMBAR MACAM KLCC, SELEPAS MAHATHIR, NAJIB PUN NAK MENCIPTA MERCU
KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memiliki satu lagi mercu tanda bangunan pencakar langit setinggi 100 tingkat yang dirancang dibina di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara, selepas Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
Projek yang akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan sebagai langkah [lagi]

Projek yang akan dimajukan oleh sayap perniagaan hartanah Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dijadual bermula seawal suku pertama tahun depan sebagai langkah susulan kerajaan menyegerakan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada tahun depan.
Menurut sumber, belum dipastikan sama ada bangunan pencakar langit itu akan menjadi yang tertinggi di dunia kerana status ketinggian ditentukan berdasarkan ukuran ketinggian dan bukan jumlah tingkat bangunan.
"Ia mungkin menjadi antara yang tertinggi kerana ketika ini Taipei 101, bangunan tertinggi dunia memiliki 101 tingkat. Bangunan kedua tertinggi adalah Menara Berkembar Petronas dengan 88 tingkat.
"Dari segi ukuran ketinggian, Taipei 101 adalah 509.2 meter dan Menara Petronas 451.9 meter. Menara Burj Dubai yang akan siap pada Januari 2010 pula akan memiliki 160 tingkat dengan ketinggian 818 meter," katanya.
Sumber itu berkata, cadangan pembinaan bangunan itu sudah dihantar kepada Kementerian Kewangan dan difahamkan sedang dipertimbangkan secara terperinci.[…]

Harga Bawang Mahal
PENDANG – Rata-rata pembeli dan peniaga merungut harga bawang tidak stabil sejak perayaan Aidiladha lalu dan berterusan sehingga musim cuti sekolah apabila ramai mengadakan kenduri kahwin.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar kedai runcit Pekan Bukit Jenun dan Pekan Pendang mendapati harga bawang naik dari semasa ke semasa.
[lagi]

Jika bulan lalu harga bawang besar RM2 sekilogram dan bawang merah RM2.50 sekilogram, kini naik mendadak kepada RM4, manakala bawang putih daripada RM4 sekilogram naik RM6.
Walaupun kenaikan ini berlaku sedikit demi sedikit namun ia membebankan peniaga.
Seorang peniaga, Zahid Abdullah, 48, berkata, harga bawang sering naik dari semasa ke semasa terutama ketika musim cuti sekolah kerana ketika itu ramai penduduk mengadakan kenduri.
Menurutnya, peniaga tidak dimaklumkan oleh pemborong atau pengedar mengenai kenaikan harga barang itu dan hanya diketahui apabila membeli barang daripada pemborong
[…]

Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM
Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.
Seterusnya

Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.
"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.
"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.
Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu.
"Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif.
"Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut
Sembunyi
Enggan minta maaf, Azhar digantung
Ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim digantung daripada menghadiri sidang dewan itu kerana insiden "tunjuk punggung" yang mendorong semua wakil rakyat BN bertindak keluar dewan.
Azhar (Umno-Penaga) digantung sepanjang sidang dewan sekarang, yang berakhir esok, selepas beliau enggan memohon maaf berhubung tuduhan menunjukkan punggung kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerjak) semalam.

Azhar dituduh melakukan perbuatan itu ketika hendak keluar dewan setelah Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan beliau keluar kerana enggan menarik balik istilah "dua tiga kerat" semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.
Bercakap kepada media di lobi dewan, Azhar mendakwa ia merupakan satu lagi konspirasi Pakatan Rakyat untuk menghalangnya mengkritik pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya cuma membongkok untuk ambil beg kerana beg saya berada di bawah, takkan pula saya nak lambung guna kaki dan tangkap, tapi dituduh menunjukkan punggung pula.
"Inilah satu contoh yang ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak sanggup menerima kritikan," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, insiden ini bermula apabila Sim yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010 pagi ini membangkitkan isu itu yang kemudiannya mendapat perhatian daripada Speaker DUN Abdul Halim Hussain.
Speaker kemudian mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-olah menghina Sim.
Abdul Halim juga mempelawa Azhar untuk menonton tayangan video kejadian semalam, namun Azhar enggan.
"Saya tidak bersalah, untuk apa saya minta maaf atas perkara yang saya tidak lakukan. Saya ada prinsip dan berpegang kepada prinsip itu," katanya.
Selain Azhar, lapan lagi wakil rakyat BN turut keluar dewan sebagai tanda protes terhadap tindakan yang dikenakan.
Azhar digantung sehingga persidangan selesai esok.
Azhar berkata beliau akan menghantar aduan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung tindakan yang dikenakan terhadapnya, dan salinan aduan itu dihantar kepada semua Speaker DUN negeri.

Tidak mahu agihan saham di kawasan Adun, MP BN sahaja
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Jerai Ustaz Firdaus Jaffar tidak mahu agihan saham Amanah Saham 1Malaysia hanya tertumpu dan disalurkan kepada penduduk miskin tegar di kawasan Adun atau Ahi Parlimen BN sahaja. seterusnya
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ahli Parlimen Jerai Ustaz Firdaus Jaffar tidak mahu agihan saham Amanah Saham 1Malaysia hanya tertumpu dan disalurkan kepada penduduk miskin tegar di kawasan Adun atau Ahi Parlimen BN sahaja.
Beliau yang membangkit persoalan tersebut di Dewan Rakyat pagi tadi mahu pengagihan ini diberi secara menyeluruh bagi membanteras kemiskinan yang ada di setia negeri.
Firdaus sebelum itu meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah miskin tegar di bandar mengikut negeri-negeri yang telah menerima pemberian 10,000 unit Amanah Saham 1Malaysia sehingga 30 September 2009
Menjawab soalan tambahan tersebut, Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin (BN-Beaufort) memberitahu bahawa agihan tersebut diberikan tanpa mengira sama ada ianya di bawah kawasan wakil rakyat BN mahupun pembangkang.
Beliau menjelaskan bantuan yang diberikan secara menyeluruh ini adalah berdasarkan ciri-ciri kelayakan yang telah ditetapkan seperti penduduk miskin itu telah mendaftar di e-kasih, tidak pernah mempunyai saham sebelum ini, tidak ada mempunyai simpanan RM1,000 dan tidak muflis.
Terdahulu Lajim memberitahu bahawa pemberian unit saham kepada miskin tegar di bandar ialah Amanah Saham Wawasan dan bukannya Amanah Saham 1Malaysia.
Sejumlah 42 orang di Melaka telah menerima saham berjumlah RM420,000 manakala 88 penduduk miskin tegar di Pahang telah menerima saham berjumlah RM880,000, kata Lajim di Dewan Rakyat.sembunyi
Langgan:
Catatan (Atom)