Untuk Aljazira Tv klik webtv

PAS T'ganu: Jijik ADUN lompat parti

Pesuruhjaya PAS Terengganu menegaskan bahawa beliau memang tidak menerima seseorang wakil rakyat melompat parti – seperti diura-urakan akan melibatkan sembilan ADUN Umno.

"Kalau mereka mahu lompat, lompatlah. Tapi saya tidak suka orang lompat parti ini.

"Saya anggap lompat-lompat parti ini perbuatan jijik," kata Datuk Harun Taib kepada Malaysiakini hari ini.

Diminta mengulas kemungkinan wakil-wakil rakyat Umno melompat kepada PKR dan bergabung dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru di negeri itu, ADUN Manir berkata beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu, biar ia berlaku dululah baru kita boleh tengok kesannya," katanya lagi.

Harun, yang juga ketua Dewan Ulama PAS, menambah beliau tidak menghalang mana-mana wakil rakyat Umno yang ingin menyertai parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu.

"Macam mana saya nak halang, saya mana ada kuasa untuk halang siapa-siapa," katanya, mengulas laporan media yang mendakwa beliau berbuat demikian kerana mempunyai hubungan baik dengan menteri besar.

Dihubungi petang ini, Harun mengakui beliau memang mempunyai hubungan lebih baik dengan Datuk Ahmad Said berbanding bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, juga ADUN Jertih.

Jelasnya, beliau lebih senang bekerjasama dengan ADUN Kijal dalam urusan pentadbiran negeri itu berbanding Idris – pemimpin “gelombang biru” yang berjaya menumbangkan kerajaan PAS di neger itu dan mentadbir sehingga 2008.

"(Sebagi pemimpin Umno,) Ahmad pun sama juga, tapi Idris lagi teruk. Habis dia rampas balik tanah yang diberikan (oleh kerajaan PAS) kepada rakyat dulu," katanya, bekas exco pendidikan negeri.

Ditanya lagi sekiranya beliau mengetahui perjumpaan yang didakwa diadakan di antara wakil-wakil rakyat Umno itu dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Harun berkata:

"Saya tidak tahu langsung. Saya tidak ada kena-mengena dengan perkara itu."

Tambahnya, beliau juga tidak menganjurkan apa-apa perbincangan mengenai isu berkenaan.

"Orang boleh kata macam-macam. Tapi bukan kerja saya untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya lagi.

Mohon bantuan biaya kos pembedahan barah otak

KUBANG PASU, 28 Ogos:Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKKP), PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama badan bukan kerajaan (Ngo) iaitu Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) akan menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawiem Ad-Din, 3 tahun yang menghidap sakit barah otak.

Menurut Setiausaha LKKKP, Hj Hashim Abu bahawa, pihaknya telah ditemui oleh ibu bapa serta kanak-kanak (Muhammad Qawiem) yang menghidap barah otak di pejabat Pembela awal minggu ini memohon sumbangan pembiayaan rawatan kerana tidak lagi mampu untuk disediakan.

Sehubungan itu, LKKKP kerjasama Pembela akan melancarkan kutipan dana tersebut bermula 18 Ogos selama 10 hari untuk diserahkan kepada waris kanak-kanak tersebut yang akan mengadakan siri rawatan sehingga 5 tahun.

Hashim berkata, pihaknya rasa terpanggil mengambil inisiatif mencari sumber kewangan bagi membantu membiayai kos rawatan adik Muhammad Qawien Ad-Din yang menghidap barah otak, memandang ibubapanya tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk menampung kos rawatan kanak-kanak tersebut.

"Usaha yang dilakukan ini adalah di atas kesedaran, juga melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan ke atas mana-mana individu yang ditimpa masalah seperti kanak-kanak tersebut," katanya.

Katanya lagi, bapa kepada kanak-kanak tersebut juga memaklumkan kepada pihaknya bahawa masalah kesihatan yang dihidapi oleh anaknya adalah amat serius dan perlu mendapatkan rawatan segera dan intensif selama 5 tahun dan kos rawatan perlu disediakan sendiri.

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Qawiem iaitu Ridzuan Musa berkata, anaknya mula diketahui menghidap barah otak setelah membuat pemeriksaan dan rawatan dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) Alor Setar pada pertengahan Julai tahun ini.

"Apabila mendapat tahu bahawa anak saya menghidap barah otak? pihak HBS telah memindahkan kes anak saya ke Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) bahagian Pakar Pembedahan Otak untuk membuat rawatan lanjut," katanya.

Katanya, setiap kali menjalani rawatan di HBPP,"saya kena menyediakan sejumlah wang bagi menampung kos rawatan tersebut?. pendapatan saya hanya sekitar RM 800 sebulan.

"Pendapatan saya kecil dan tak cukup, wang gaji tersebut juga digunakan untuk menyara makan-minum serta persekolahan tiga orang anak lagi,"jelasnya kepada wakil LKKKP dan Pembela di Jitra.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid yang ditemui di pejabatnya berkata, pihaknya akan melancarkan kutipan derma dengan LKKKP bagi membantu kanak-kanak tersebut.

"Kutipan derma tersebut akan di buat dalam pelbagai bentuk seperti jualan kupon jamuan berbuka puasa, berkerjasama dengan pihak masjid membuat kutipan kilat ketika solat Jumaat, di samping akan mengutip dari orang ramai di tempat-tempat awam," katanya.

Dzohir berkata,"Insya allah semua kutipan sumbangan orang ramai akan diserahkan kepada ibu bapa dan kanak-kanak tersebut.

Oleh itu, mana-mana individu yang ingin membantu meringgan bebanan yang ditanggung oleh ibupada kanak-kanak barah otak tersebut boleh menghubungi di talian (019-4980230 / 019-4106863) ataupun berurusan terus dengan Ridzuan Musa bapa kepada kanak-kanak tersebut di talian ( 013-505 8847 ) atau boleh terus masukkan sumbangan anda ke no Akaun Maybank : 152068705183 di atas nama NORHASRINA BT MOHD NOR

Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos: PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.


Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Berita kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ustaz Dato' Ismail Kamus yang kini merupakan pendakwah bebas yang tersebar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hanyalah khabar angin semata-semata.

Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia

Sidang Dun Perak: Bahas titah tuanku, gantung Zambry

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Dato' Seri Nizar Jamaluddin berkeyakinan bahawa Persidangan Dun Perak 2 September depan akan berjalan lancar sekaligus tidak akan mengulangi kejadian dan insiden 7 Mei lalu akibat tindakan pihak tidak bertanggunjawab yang melanggar lunas peraturan dan undang-undang sedia ada.

Sidang minggu depan itu, katanya amat penting kerana titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah belum dibahaskan lagi malah pada 7 Mei itu, tiada persidangan pun yang berlangsung memandangkan keceohan yang berlaku berikutan pelantikan Speaker 'haram' yang baru, yang tidak mengikut peraturan Dun.

Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata kepada Harakahdaily pagi ini bahawa sidang itu juga akan membentangkan usul pengantunggan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Speaker Hee Yit Foong oleh Jawantankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker V. Sivakumar.

Masing-masing dikehendaki membayar denda sejumlah RM500,000 dan RM250,000 setiap seoarang akibat tindakan mereka yang menghina DUN dan kuasa Speaker, katanya.

Bagaimanapun, berhubung status Speaker 'haram' Datuk M Ganesan yang dilantik 7 Mei lalu, Nizar menjelaskan, satu permohonan injuksi akan dibuat untuk menghalang dalam menjalankan tugas Speaker yang masih disandang oleh Sivakumar.

"Selama ini, Adun-adun Pakatan Rakyat Perak senantiasa mengikut peraturan dan yang memulakan kekacauan serta menggunakan pihak keselamatan untuk campur tangan serta mengheret keluar Speaker adalah pihak yang lagi satu.

"Mereka sebenarnya yang menghina Dewan dan Tuanku Sultan. Kita patuh pada peraturan...apabila Speker panggil, kita wajib hadir," katanya ketika dihubungi.

Nizar turut mengulas sidang Dun 'bawah pokok' 3 Mac lalu, berpunca daripada perbuatan menghalang Speaker dan Adun-Adun memasuki bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Semalam Sivakumar telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh tengah hari semalam, mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.

Pada 21 Ogos lalu, pihak Adun Pakatan Rakyat telah menghantar notis guaman dan memberi tempoh selama 48 jam kepada Abd. Rahman untuk memberi aku janji supaya tidak campur tangan pada persidangan Dewan 2 September ini.

Sebelum ini turut mengulas isu krisis yang berlaku di Perak ialah pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat sidang Dun 7 Mei itu sebagai tidak sah.

Aziz menjelaskan dari awal lagi sidang telah menyingkirkan kedudukan dan kuasa Speaker V. Sivakumar yang kemudian berlanjutan kepada bermacami arahan dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai bidang kuasa yang sah.

"Hari itu Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan.

"Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan," soal Aziz.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok Mac lalu ,sekali lagi polis memainkan peranan utama.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari dan pihak polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

?Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu,? katanya

Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Chua Soi Lek dipecat, konflik MCA semakin kritikal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini.

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong.

Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu.

Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad

PRK selanjutnya mungkin di Kedah?



ALOR SETAR – Kedah mungkin menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil selepas Bukit Selambau di sini April lalu.

Kemungkinan pilihan raya itu berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali berturut-turut.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail memberitahu, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, kerusi yang disandang Abu Hasan akan menjadi kosong apabila beliau tidak menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

“Kami telah memaklumkan hal itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Terserah kepada SPR untuk membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

2 bekas pengurus besar Tabung Haji mula dipenjara semalam



KUALA LUMPUR - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu mulai petang semalam.
Sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang tetapi disambut dengan tangisan oleh anggota keluarga masing-masing yang berada di dalam mahkamah.

Zainal Azman membuat keputusan itu selepas menolak hujah dan alasan-alasan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman oleh kedua-dua peguam tertuduh, Mohd. Firuz Jaffril dan V. Rajadevan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhujah bahawa faktor kesalahan yang pertama dihadapi bukanlah faktor penting yang membolehkan mahkamah mempertimbangkannya.

Dzulkifli juga membantah hujah peguam, Firuz, supaya mahkamah mengambil perkiraan mengenai umur kedua-dua mereka yang kini sudah menghampiri 60 tahun dan tidak sesuai sekiranya dikenakan hukuman penjara yang terlalu lama.

"Saya rasa terdapat banyak kes yang melibatkan usia yang sebegitu berada di penjara iaitu 60 tahun tetapi itu bukanlah merupakan satu alasan yang munasabah," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersimpati dengan keadaan mereka sekarang iaitu kedua-dua mereka ingin menghabiskan masa menjalani ibadah puasa bersama keluarga tetapi itu bukan satu faktor yang istimewa atau khas sehingga perlu diberi pengecualian.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas mereka kerana didapati bersalah menipu dan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang Tabung Haji, lapan tahun lalu

Sultan perkenan Radzhi gugur, Lim Soo Nee ganti

ALOR SETAR, 26 Ogos: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa Selasa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini, Rabu.

Menurut beliau lagi, Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

Mohd Radzhi sebelum ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Berikutan tindakan itu, Azizan menghadap Sultan Kedah bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco.

Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri bukan lagi mewakili komponen Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya menyifatkan tindakan Mohd Radzhi itu tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Radzhi sering dihebohkan dengan dakwaan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika menjadi Exco pula, dalam keadaan disifatkan sebagai gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga menyebabkian beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM

Mahkamah putus Dr Hatta tidak bersalah, arah bayar gantirugi

KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.

Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.

KOMEN : HABIS SAPA YANG SALAH.....?

Fatwa Doraemon - Zulkifli Nordin

"Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.

UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.

Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.

Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.

Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!

Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.

Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!

Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?

ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).

Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.

Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?

Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.

Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.

Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!

Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.

Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.

Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.

Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.

Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.

Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.

Wassalam.

Desakan Adun Galas letak jawatan dikesali

KOTA BHARU, 24 Ogos: Tindakan Adun Kok Lanas Dato? Alwi Che Mat yang menyarankan agar Adun Galas Chek Hashim Sulaima (PAS) agar meletak jawatan sebagai Wakil Rakyat dikesali oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato?Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata tindakan tersebut adalah tidak wajar dari seorang saudara seIslam kerana orang yang sakit sepatutnya didoakan agar cepat sembuh bukannya menekan dan menghina.

"Cara sebegini adalah tidak betul, sudahlah beliau sakit, kita buat kenyataan begitu pula, ia akan menambah tekanan pulak," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Ihya Ramadhan Masjid Kota Darulnaim di perkarangan Komplek Kerajaan negeri.

Tuan Guru juga berkata, sepatutnya umat Islam mendoakan kepada sesiapa yang ditimpa musibah agar cepat sembuh bukannya menambahkan penderitaan mereka.

Alwi baru-baru ini mencadangkan agar Adun Galas itu meletakkan kerana sudah lama sakit dan gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Adun Galas, Che Hashim Sulaima kini berada di Guangtong, China untuk menjalani rawatan barah di sebuah hospital di sana. Beliau kini semakin sembuh.

"Saya tak pelik sangat kenyataan Adun Kok Lanas tu, dulu masa saya sakitpun mereka ni suruh saya letak jawatan, tetapi Alhamdullllah sehingga kini saya dapat menjalankan tugas dengan baik,? katanya lagi.

Nik Aziz merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan semasa beliau menjalani rawatan jantung sebelum ini.

Beliau juga berkata, sebelum ini Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Syed Razak Syed Zain) sakit beberapa tahun tak boleh buat kerjapun tak ada masalah.

Beliau juga kesal dengan tindakan Umno yang sering memainkan isu letak jawatan.

"Macam dulu lah, masa PAS menang satu kerusi, mereka sibuk suruh letak jawatan, tengok-tengok kita menang besar pulak dalam PRU ke 12," katanya

Speaker DUN Kedah enggan timbang keputusan

ALOR SETAR 24 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tidak akan menimbangkan semula keputusan mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif digugurkan kerana gagal menghadiri persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendiriannya itu kerana tiada ruang untuk membuat pertimbangan mengikut peruntukan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekalipun berasaskan budi bicara.

"Nak timbang macam mana kerana peruntukan itu begitu tegas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan agar menimbangkan semula keputusannya yang mahu Abu Hasan mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

"UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hasan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil," katanya.

Abdul Isa berkata, dalam soal ini, ADUN Kota Siputeh itu tidak seharusnya meminta maaf kepada beliau berhubung kegagalan menghadiri sidang DUN kerana mendakwa kesalahan itu dilakukan Abu Hasan kepada pengundi di kawasannya.

Katanya, Abu Hasan perlu bertanggungjawab mengenai tindakannya itu kepada rakyat di DUN berkenaan dan sewajarnya meminta maaf kepada mereka.

"Saya tiada kuasa untuk memaafkan ADUN Kota Siputeh daripada sudut itu kerana kesalahan itu pada rakyat.

"Saya hanya melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah," katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, beliau sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Isu Abu Hasan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada SPR memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hasan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka kerusi itu hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hasan bahawa beliau sakit dan turut menolak permohonan maafnya.

Tawaran Lumayan Umno-BN Pilihan Radzhi


ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.

“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.

“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberapa bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.

Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.

Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

Pesanan Tok Guru Kepada Pengundi Permatang Pasir


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali, itu pun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular, agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu, nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non- muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

Bapa Rafizah Beri Rohaizat Hingga Malam Ini Buat Pengakuan

Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.
Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.

"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

Azizan Menghadap Sultan Kedah Berhubung Kedudukan Exco


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini untuk memaklumkan permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco.
"Atas kuasa Tuanku untuk melantik dan juga menggugurkan manamana Exco. Saya akan sembahkan permintaan daripada PKR supaya dia digugurkan. Kerusi itu kekal kuota PKR kecuali PKR kata berilah pada sesiapa sahaja," kata Azizan.

Bercakap di satu sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman, Azizan berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil.

Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Mohd Radzhi berkata dia tidak akan melepaskan jawatan Exco.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Radzhi bertindak keluar dari PKR setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Radzhi sebelum ini telah dinasihatkan supaya meletakkan jawatan kerana beliau mempunyai masalah disiplin serta masalah dengan isteri keempatnya.

Ketua Pembangkang juga menambah bekas Adun PKR bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Radzhi juga dilaporkan telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid dalam cubaan UMNO Barisan Nasional membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar juga mendedahkan sebilangan adun sejak beberapa bulan lalu mengadu dipujuk Radzhi untuk lompat parti dengan tawaran yang lumayan.

Umno gesa Speaker Kedah Tolak-Ansur, Elak PRK Di Kota Seputeh

Umno menggesa Speaker Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk mempertimbangkan semula keputusan beliau menuntut Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif melepaskan kerusi dun selepas didapati melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata kerajaan negeri Pas seharusnya tumpu kepada pembangunan negeri dari kepentingan politik.

Pada 17 Ogos lalu, Abdul Isa menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa kerusi Dun Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan gagal menghadirkan diri ke Sidang Dun dua kali berturut-turut, iaitu pada 9 April dan 9 Ogos.

Fasal 51 Undang-Undang Tubuh Negeri menetapkan kerusi mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir tanpa keizinan Speaker untuk dua mesyuarat berturut-turut diisytiharkan kosong.

Abdul Isa bertegas dengan keputusan untuk membuka laluan kepada pilihanraya kecil di Kota Siputeh disebalik alasan sakit dari wakil rakyat Umno itu.

"Umno tidak menafikan kesalahan yang dibuat oleh Abu Hassan, tetapi kes ini dapat diselesaikan tanpa melalui pilihanraya kecil. Mereka harap pilihanraya ini akan memaksa kerajaan Pusat tunduk pada tuntutan mereka," kata Johari.

Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan memenangi tujuh dari lapan pilihanraya kecil pasca PRU12 yang lalu. Ketujuh-tujuh PRK tersebut dimenangi di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, Adun Lunas Radzi Salleh melepaskan keahlian dari Parti Keadilan Rakyat dan bertukar calon bebas. Radzi telah mengumumkan sokongan kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang bertanggungjawab kepada rampasan kuasa di Perak.

Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri.

Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.

Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.


Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Menurut Mahfuz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya.

"Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya," kata Mahfuz.

Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah," kata Mahfuz

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.

Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Pemuda Pakatan dan BN berdebat 23 Ogos?

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir.

Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya.

Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan.

Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy.

?Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),? katanya.

Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini.

Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan.

Bagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda ? saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir.

Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata.

Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak.

"Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin.

Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah.

Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980).

Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

"Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara."

Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000


PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

Muhyiddin Salah Guna Nuri, Mendarat Cemas Di Tuaran

Perbuatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kenderaan kerajaan untuk tujuan peribadi dan politik telah pun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar berkata, perbuatan Muhyiddin menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk tujuan peribadi nyata satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Semalam Agensi Berita Nasional (BERNAMA) melaporkan bahawa helikopter Nuri yang membawa Muhyiddin melakukan pendaratan cemas di Tuaran berikutan cuaca buruk.

Shamsul berkata, penggunaan helikopter Nuri bukan sahaja satu kesalahan besar yang dilakukan oleh Muhyiddin sebaliknya turut melibatkan pembaziran wang rakyat yang membayar cukai setiap tahun.

Turut bersama Shamsul membuat laporan tersebut ialah, Ketua AMK Pulau Pinang, Yusmadi Yusoff, Timbalan Pemuda PAS Pusat Saudara Ahmad Sabki dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Pakatan rakyat menggesa SPRM agar membuat satu siasatan yang terperinci tentang penyalah gunaan kuasa ini dan berharap integriti dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM akan dapat dikembalikan dengan siasatan yang telus.
[http://pemudasarawak.wordpress.com/2009/08/17/muhyiddin-salah-guna-nuri-mendarat-cemas-di-tuaran/]

komen: tu la ,, jangan salah guna jabatan kerajaan untuk parti... rakyat tak redha

Permatang Pasir: Salleh Man calon PAS lawan Rohaizat

SATURDAY, 15 AUGUST 2009 00:58 PERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir. Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu. Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti. Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar. Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini. Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos

Pelajar Terbunuh Dalam Kemalangan Dengan Kereta Kerajaan Perak

Pelajar Terbunuh Dalam Kemalangan Dengan Kereta Kerajaan Perak


IPOH, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash di sini maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta milik kerajaan negeri Perak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah hari tadi di Jalan Tun Dr Ismail di sini, Muhamad Nuh Firaz Muhamed Niza, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami luka parah di kepala.

"Kereta milik kerajaan negeri itu dalam perjalanan dari Kelab Golf Diraja, tiba di satu selekoh motosikal yang ditunggang mangsa terbabas ke sebelah kanan laluan kenderaan tersebut dan melanggar bahagian depan kereta berkenaan," katanya.

Azizsman berkata pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

-- BERNAMA

Jaga, kita di bulan puasa

PENGKALAN CHEPA, 15 Ogos: Para juru kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir digesa menghormati bulan Ramadan sepanjang kempen nanti dan mengawal diri agar tidak terjejas puasa masing-masing.

Antaranya mereka diminta tidak menyerang pribadi apatah lagi membuat fitnah kerana perbuatan begitu boleh menjejaskan puasa masing, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yaakub.

?Di pihak Dewan Ulamak berharap pilihan raya kali ini tidak akan berlaku serang menyerang secara peribadi, tetapi ia dilakukan berdasarkan perjuangan parti masing-masing dan keberkatan bulan Ramadhan seharusnya dijaga secara teratur,?ujar beliau.

Puasa adalah ibadah penting dalam Islam. Semasa berpuasa, umat Islam ditegah dari melakukan perbuatan keji termasuklah mengumpat apatah lagi memfitnah orang lain.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir akan berjalan dalam bulan Ramadan kali ini yang akan bermula Sabtu depan.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah merangka pelbagai program untuk membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil N11 Dun Permatang Pasir walaupun ia berlaku dalam bulan Ramadhan, kata Ahmad yang juga timbalan MB Keantan.

Menurut Ahmad, Lajnah Politik Dewan Ulamak yang bersidang pada 8 Ogos baru-baru ini telah menetapkan program seperti ziarah dari rumah kerumah, menyampaikan tazkirah di setiap kawasan peti undi dan membantu jentera parti di peringkat pemuda dan muslimat.

Beliau juga berkata jentera Dewan Ulamak yang akan turun kali ini membantu PRK Permatang Pasir akan ditumpukan kepada bertemu dengan pengundi.

Menyentuh pilihanraya yang diadakan pada bulan Ramadhan, beliau berkata, Islam tidak menegah mana-mana aktiviti harian yang dilakukan asalkan ia boleh membawa kepada kebaikan masyarakat.

?Zaman Rasulullah dulupun pernah berlaku perang Badar dalam bulan Ramadhan dan kekuatan umat Islam ternyata bertambah kuat dalam bulan Ramadhan dan kita juga berharap jentera parti nanti tidak menjadikan alasan berpuasa sebagai untuk mengurangkan aktiviti kempen nanti,?katanya.

?Memandangkan kempen akan berlaku dalam bulan Ramadhan, pihak Ulamak akan menjadikan program bertadarus dan menyampaikan tazkirah sebagai program utama nanti,?katanya lagi.

PAS yang sentiasa berjuang dalam menegakkan hukum-hukum Allah akan menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai landasan untuk menyebarkan dasar perjuangan parti dan pendedahan kepada masyarakat bahawa Al-Quran dan Sunnah adalah dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS

Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat - Presiden PAS

PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Barisan Nasional telah menjadikan pilihan raya sebelum ini sebagai alat untuk membuli rakyat dengan pelbagai penipuan, rasuah, sogokan dan propaganda dengan menggunakan media serta agensi kerajaan dan wang untuk mengugut dan menipu rakyat.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan penuh berdisiplin tanpa melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS, Mohd Salleh Man bagi kerusi N.11 Permatang Pasir malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustaffa Ali dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat daripada PKR dan juga DAP.

Sebelum itu Abdul Hadi berucap di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri perkarangan pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Abdul Hadi dipercayai mengulas pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini di mana BN membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memujuk dan merasuah pengundi.

Selain wang, jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk membuli rakyat bagi memastikan mereka mengundi BN. Namun sehingga kini, hanya pilihan raya kecil Batang Ai sahaja yang memihak kepada BN.

Dalam ucapannya Presiden PAS itu berkata, dalam musim pilihan raya di negara yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional rakyat disogok dengan pelbagai-bagai rasuah.

"Rakyat ditipu dengan penjelasan media sebelah pihak yang diamalkan di negara ini.Perkara yang benar tidak akan mendapat liputan kerana ia tidak menyebelahi pemerintah.

"Oleh kerana itu dalam demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional hanya media yang menyebelahi mereka sahaja akan dibiarkan menipu dan memutarbelitkan fakta supaya rakyat dapat dibohongi dan dibuli.

"Oleh kerana demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional yang telah memerintah negara melebihi 50 tahun, maka rasionalnya mereka dalam memerintah sudah tidak dapat memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang.

"Oleh itu rakyat harus memberi satu kesedaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak mereka dari terus membuli rakyat termasuklah di Dun Permatang Pasir ini,"katanya.

DAP dan PKR lancar jentera bantu PAS di Permatang Pasir

PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.

Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini.

Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini.

DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.

Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man.

Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.

Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.

Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.

"Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN.

SPR Minta Parti Patuh Arahan Berkempen

August 14, 2009 22:34 PM

PULAU PINANG, 14 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua calon dan wakil ejennya supaya mematuhi peraturan sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir khususnya semasa bulan Ramadan.

Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik berkata parti politik dan penyokong calon yang terbabit dalam aktiviti kempen supaya mematuhi arahan SPR dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

"Hanya parti yang bertanding sahaja dibenar memasang lambang parti semasa tempoh berkempen selepas hari penamaaan calon Isnin ini," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Bagi mengelak kesesakan lalulintas dan memelihara ketenteraman awam, semua parti yang bertanding diminta supaya tidak membawa penyokong yang ramai ke pusat penamaan calon di dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam, Isnin ini, katanya.

Ngah menjelaskan memandangkan penularan wabak influenza A(H1N1) yang semakin serius, Pejabat Kesihatan Daerah akan menempatkan pegawai perubatan di dewan IKBN bagi memantau keadaan semasa hari penamaan calon.

SPR menetapkan hari mengundi pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, pada 31 Julai lepas.

"Orang ramai dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di pusat penamaan calon dan pusat mengundi pada hari yang berkenaan," kata Ngah.

Beliau berkata SPR akan membuka enam kaunter semakan di kawasan Permatang Pasir bagi memudahkan pengundi membuat semakan seperti nama pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih.

Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi SPR di talian 03-88856500 dan Pejabat Pulau Pinang di 04-2617692, laman web di www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
-- BERNAMA

Sidang Akhbar Khas Esok, Jam12 Tengahari Di Mentaloon

Ketua Whip Dewan Wakil-Wakil Rakyat PR Kedah (ADUN PR) YB Dato' Hj Phahrolrazi Zawawi akan memanggil sidang akhbar esok, jam 12 tengah hari bertempat di kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Sidang ini bertujuan menzahirkan solidariti Adun-Adun PR yang dikhabarkan sedang ditawarkan ganjaran untuk melompat ke 'seberang sana'. Keputusan ini diambil dalam mesyuarat khas "Pre-council" sempena sidang Dewan Undangan Negeri pada 9 Julai 09 (hari ahad) nanti.

Semua Adun yang digembar-gemburkan atau pernah dikaitkan dengan langkah itu akan hadir bersama seluruh Adun dan exco yang lain. Sidang akhbar khas itu nanti diharap dapat menamatkan spekulasi yang bertiup kencang setiap kali menjelang sidang Dewan Undangan Negeri.

"Kita tak mahu lagi mendengar dan memberi ruang kepada musuh memainkan perang saraf memecahkan dan melahirkan kebimbangan di kalangan raktyat dan kerajaan dalam hal ini lagi. Selepas ini tumpuan hanya akan diberikan kepada usaha memajukan negeri dan rakyat. Khabar-khabar ini perlu diberi nokhtah terakhir supaya tiada gangguan kepada kerajaan dan rakyat."

"Kita juga ingin memberi ingatan kepada pembangkang supaya tidak mengulangi kesilapan di Perak akibat tidak menghormati demokrasi dan pilihan rakyat. Tunggu saja PRU 13 untuk merampas negeri ini jika mampu. Kalau ada wang yang banyak pun, gunakanlah untuk kebajikan dengan menderma dan bersedekah kepada orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal, itu lebih baik". Kata Dato' Phahrolrazi.

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Luahan Zaid Ibrahim yang turut terkena bom pemedih mata

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.

Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.

Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.

Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.

Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata.

komen : buat Zahid... selamat berjuang...

DEMO ISA : BUDI dan BAHASA ????

Bila tengok gambar nie rasa mcm tak percaya la pulak.
boleh dikatakan ini antara gambar terbaik hari ini.



Hakikatnya sapa yang pi demo tadi dapat merasakan budi yang ditaburkan mereka. Apakah bahasa anda ketika itu?

[http://penasuasa.blogspot.com]

Demonstrasi ISA cetus kerugian RM200j

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini kelmarin.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementerian bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenar.

"Kita akan cuba dapatkan taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Merealisasikan Wawasan Negara anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini semalam


komen: agak munasbah jugak Angka tu...RM 200 juta. nak beli gas pemedih mata lagi, air asid, nak bagi elaun kat fru lagi.. hihihi... banyak lagi nak nak kena kira..

aksi lasak di titi hayun

Kawasan peranginan dan rekreasi Titi Hayun, Yan Besar, dekat sini bakal menarik tumpuan pengunjung dalam dan luar negara yang mengambil bahagian dalam Saingan Cabaran Belantara Kedah Jamboree 2009 dari 7 hingga 9 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, acara lasak kenderaan pacuan empat roda (4x4) itu bakal menyaksikan saingan hebat peserta-peserta berpengalaman.

''Kemuncak saingan ialah merebut trofi Mr. Offroad dan keseluruhannya sebanyak RM15,000 disediakan sebagai hadiah untuk para pemenang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai acara berkenaan, di Wisma Darulaman di sini, semalam.

Menurut Dr. Hamdan, saingan tersebut dianjurkan oleh Mr. Offroad Adventure (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama kerajaan Kedah dan beberapa syarikat termasuk Lexwel, Kedah Corporation.

Beliau memberitahu, antara peserta luar negara yang menyertai saingan itu ialah dari Thailand, Singapura, Taiwan dan China.

''Jika sebelum ini, saingan seumpama ini diadakan di Kuala Ketil, kali ini kita tumpu kepada tempat lain yang juga menarik seperti Titi hayun, sekali gus dapat mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan menarik di Kedah.

''Kita dapati salah satu cara untuk menarik pengunjung ke Kedah ialah menerusi sukan pelancongan dan sukan lasak seperti saingan pacuan empat roda ini boleh dijadikan landasan ke arah matlamat tersebut," tambah beliau.

Nordin Mat Top ditembak mati

BEJI, Indonesia 8 Ogos – Pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia, Nordin Mat Top ditembak mati dalam satu serbuan oleh polis antikeganasan Indonesia yang menggunakan senjata berat di tempat persembunyiannya di Jawa Tengah, televisyen tempatan melaporkan.

Stesen televisyen itu tidak mendedahkan sumbernya dan polis masih belum mengesahkan laporan tersebut, ketika ambulans tiba di rumah tempat persembunyian yang telah dikepung selama 17 jam dan melibatkan insiden berbalas tembakan serta letupan.

Seorang saksi berkata, dua beg mayat telah dibawa keluar dari rumah tersebut.

Pasukan polis elit yang lengkap bersenjatakan raifal menyerbu masuk rumah terbabit selepas ia dikepung dalam sebahagian siasatan berhubung dua insiden pengeboman di hotel mewah di Jakarta. – AFP

Singgah warung lepas mendarat cemas


ARAU - Seorang juruterbang dari Australia ada cara tersendiri untuk menghilangkan perasaan gemuruh selepas berjaya mendaratkan pesawat ringan jenis Cessna 150 di tapak pembinaan kampus induk Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Ulu Pauh, di sini semalam.

Sebaik mendapati dia selamat, juruterbang itu, James Foran, 72, (gambar) berjalan keluar dari kawasan itu dan memesan makanan di sebuah warung berdekatan.

Dia rasa lega selepas makan nasi campur berlaukkan ayam, sardin serta ulam.

Foran tidak cedera tetapi enggan melayani pertanyaan wartawan atas alasan mahu segera menyelesaikan urusan dokumentasi di Pejabat Imigresen negeri.

Pengusaha warung tersebut, Mohd. Noor Hashim, 45, masih terkejut kerana tidak menyangka ada pesawat mendarat cemas dalam keadaan angin kencang di laluan berbatu dekat warungnya sebelum juruterbangnya dilihat keluar

Tempoh Cubaan Sebulan Larangan Arak 17 Pasaranya di Shah Alam

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan tempoh percubaan selama sebulan bagi melarang penjualan arak di 17 pasaraya dan kedai serbaneka sekitar Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua pasaraya dan kedai serbaneka yang berada di kawasan majoriti penduduknya Islam, akan diberikan keutamaan terhadap larangan tersebut.

Menurutnya, pihak kerajaan negeri telahpun mendapat kerjasama daripada pemilik-pemilik kedai bagi melaksanakan larangan ini dan setiap pengedar arak di negeri ini perlu melaksanakan sistem kawalan sendiri untuk menjual arak.

“kerajaan negeri berpendapat lebih baik kita gunakan konsep self regulation, penjual faham kehendak penguna di shah alam ini supaya tidak ada penjualan minuman keras kepada mereka yang tidak sepatutnya membeli, kita memberi masa sebulan kepada 7-11,KK, dan kedai serbanika lain mengamalkan self regulation,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Menurut beliau, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

“jika kita membuat satu kita mengambil kira beberapa pihak, satu pihak membeli, pihak menjual, masyarakat penjualnya, state of Selangor is bisnes friendly state very concern the sosial problem of the state so we have to balencing, lebih cepat dia menyelesaikan masalah,” jelasnya

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor yang ditemui berkata, sebanyak 17 pasaraya dan kedai serbaneka yang terletak di Seksyen Satu hingga Seksyen 24, Shah Alam akan terlibat dalam larangan tempoh percubaan itu.

“Kita akan mengikut apa saja keputusan MB, kita akan tengok sebulan macam mana dan akan bekerjasama dengan pengusaha tersebut untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa penumpuan kita di peringkat awal kita laksanakan sebulan sekyen 1-24 dahulu,” katanya.

Isu penjualan minuman keras di Selangor ditimbulkan Selasa oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menggesa kerajaan melarang jualan alkohol di semua kawasan majoriti Islam.

Gesaan itu dibuat dalam satu sidang media, selepas tindakan pegawai penguatkuasa MBSA merampas minuman keras di sebuah kedai di Seksyen 8, Shah Alam, 20 Julai lalu, dibantah individu tertentu.

Dr Hassan menegaskan, PAS bertanggungjawab menangani isu ini sebagai melaksanakan amanah rakyat, khususnya penduduk beragama islam selepas pakatan rakyat mentadbir negeri Selangor, Mac tahun lalu

Suhakam Selar Polis-Sanggah Magaran

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyelar tindakan polis yang melanggar hak asasi manusia kerana menjalankan tugas secara membabi-buta sedangkan tindakan yang relevan boleh diambil sebelum ibu negara menjadi tunggang-langgang pada 1 Ogos lalu.

Itu jawapan yang diberikan SUHAKAM apabila polis dan Unit Simpanan Persekutuan yang bertindak kasar kepada mereka yang mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) .

Polis mendakwa perhimpunan itu mengancam keselamatan negara lantas bertindak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap perhimpunan itu.

Datuk Dr Denison Jayasooria, Pesuruhjaya SUHAKAM berkata, ada cara yang lebih tepat bagi menangani keganasan 1 Ogos dari berlaku.

" Kalau kita berhentikan mereka dengan menggunakan air dan gas dan sebagainya, maka itu akan menimbulkan suasana yang kelam kabut dan akan memberikan impak yang negatif di persada dunia kerana aktiviti yang berlaku pada hari itu disaksikan di dalam berita dunia kerana ia keluar di internet, News Media Global. Maka, kita kena beri sedikit laluan kepada kebebasan supaya rakyat termasuk pembangkang atau masyarakat madani atau sivil society, boleh menyuarakan hak mereka dan ia boleh berlangsung dengan aman"

SUHAKAM mengulangi pendirian suruhanjaya itu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan politik harus diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka selaras dengan jaminan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia.

Pesuruhjaya Datuk Dr Denison Jayasooria ketika dihubungi JUGA berkata, hak rakyat untuk berhimpun dan mengadakan perarakan secara aman termaktub dalam perlembagaan di negara ini dan hak tersebut tidak boleh disangkal oleh sesiapapun.

" Ini adalah kebebasan yang polis dan kerajaan perlu hormati tetapi di mana-mana situasi di mana kumpulan yang membuat demontrasi tidak memberi kesan seperti keganasan, jika memberi keganasan, maka itu tidak digalakkan dan tidak boleh dibuat. Dari perspektif hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, perhimpunan adalah cara yang digunakan di seluh negara kecuali ada keganasan seperti berlaku pembakaran bas dan sebagainya. Itu tidak boleh digalakkan. Apa yang kita lihat di negara kita, di mana permit perlu diambil yang terletak dalam akta polis dan sebagainya. Permit perlu diambil sebelum mengadakan apa-apa perhimpunan dan di sini saya nak nasihatkan kepada pegawai-pegawai polis supaya memberi sedikit laluan kepada perhimpunan aman di dewan, di stadium atau di mana-mana supaya polis boleh mengawal,trafik dan sebagainya"

Malah merujuk kepada apa yang berlaku pada 1 Ogos lalu, Denison berkata, telah berlaku keganasan yang dicetuskan oleh polis dan FRU sendiri dan bukannya dari mereka yang berhimpun.

Lantaran itu, ia jelas menyangkal kenyataan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa, perhimpunan yang berlangsung di tiga tempat di ibu negara pada 1 Ogos lalu iaitu di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara untuk menghantar memorandum kepada yang DiPertuan Agong sebagai perbuatan yang mencabuli lima hak warganegara yang digariskan oleh perlembagaan oleh Gerakan Mansuhkan ISA terbabit.

Mereka tidak melakukan sebarang keganasan, mereka tidak bersenjata tetapi kehadiran mereka disambut dengan ledakan gas pemedih mata, air yang bercampur kimia dan tangkapan secara rawak yang tidak mengenal siapa mangsanya termasuk ADUN, kanak-kanak dan peguam yang sedang menjalankan khidmat sosial

Razaleigh Sokong Kelantan Tuntut Royalti, Najib Digesa Percepat Proses Bayaran


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memperlihatkan kecekapan pentadbirannya dengan mempercepatkan proses tuntutan royalti Minyak Kelantan yang tertangguh sejak tahun 2004.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan pusat diminta membayar tuntutan royalti berkenaan dalam bulan Ramadan ini sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan.

Katanya kerajaan pusat juga tidak seharusnya mengambil masa yang panjang mengkaji isu royalti yang tertangguh selama lima tahun tahun ini, lebih-lebih lagi apabila mantan Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.

Razaleigh yang juga antara individu yang menandatangai perjanjian royalti 5% bagi pihak Petronas menyatakan sokongan beliau itu melalui surat yang dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya yakin kerajaan pusat tidak memerlukan masa yang lama menyemak fakta-fakta dalam isu ini kerana semua fakta tersebut telah ada dan Tengku Razaleigh telah memberi pandangan bahawa Kelantan berhak. Jadi mengapa hendak fikir lama sangat? Ini telah tertangguh lama, sebuah kerajaan yang cekap macam Najib takkan sampai berbulan-bulan lepas raya baru dapat wang, Dia kena tunjuk kecekapan.

“Tok guru telah baca dan kandungannya positif , Tengku Razaleigh menyokong sepenuhnya tuntutan sama ada di kawasan bertindih dengan Thailand atau Vietnam, Kelantan adalah berhak untuk royalti 5%.

“Saya harap PM atau kerajaan Barisan Nasional mengunapakai terus pandagan berkenaan kerana beliau adalah orang yang terlibat merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974, sebagai Pengerusi Petronas yang pertama, terlibat dalam merangka perjanjian-perjanjian kerajaan negeri dan Petronas. Dan beliau adalah orang yang menandatangai bagi pihak Petronas perjanjian royalti minyak 5% Kerajaan Kelantan pada tahun 1975,” katanya.

Menurutnya, mengikut perjanjian yang ditandatangani, kerajaan pusat perlu membayar royalti berkenaan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September secara tunai.

Beliau yang mengetuai Misi Royalti Ekspidisi Ke Pelantar Minyak Cakrawala mengesahkan bahawa pelantar berkenaan memang berada dalam perairan Kelantan.

Katanya, mengikut peta yang diperolehi, terdapat tiga lagi buah pelantar yang jaraknya lebih dekat dan berada dalam perairan Kelantan iaitu Lawit, Bintang dan Jernih.

“Dari Pengkalan Kubur tepat 153 km dan kedudukannya memang dalam perairan Kelantan. Pada masa yang sama kami dimaklumkan melihat kepada peta perjalanan terdapat 3 telaga lagi yang begitu hampir dengan Kelantan. Paling hampir ialah Lawit, hanya 68 batu daripada Kok Bali,” katanya.

Katanya laporan hasil ekpidisi berkenaan akan diperoleh daripada juru ukur dalam tempoh dua hari lagi dan laporan berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum tindakan lanjut dilakukan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan DAtuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ekspidisi berkenaan merupakan tajaan rakyat bagi menunjukkan kesedaran mereka terhadap hak menuntut royalti berkenaan.

“Ada ura-ura yang menyebut bahawa Kelantan tidak ada hak. Jadi ini merampas hak...bukan tanggungjawab saya seorang tetapi semua rakyat mesti jaga,” katanya.

KOMEN.. APA TUNGGU LAGI.. DAH JELAS.. BAGI ROYALTI KAT KELANTAN, TAK KAN NAK BUAT CAM TERENGGANU JUGAK KOT...ORANG KELANTAN PUN TAU GUNA DUIT JUGAK... TAK GITU

Isu Arak: PAS Selangor Akan Selesaikan


PAS Selangor menegaskan, parti itu bertanggungjawab menyelesaikan isu arak di negeri ini sebagai melaksanakan amanat yang telah diberikan oleh rakyat, khususnya umat Islam pada pilihanraya umum lalu

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata, PAS memandang serius perkara ini kerana pimpinan Umno gagal menyelesaikan masalah penjualan arak walaupun sudah mentadbir, lebih 50 tahun.

Justeru katanya, PAS mendesak kerajaan negeri agar menyegerakan garis panduan yang seragam, bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di negeri ini.

“PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing,” katanya.

Menurut Dr Hassan, ia bagi memastikan usaha membebaskan umat Islam daripada arak, dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kontroversi isu arak negeri Selangor, di pejabatnya pagi tadi.

Dr Hassan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur berkata, pihaknya menyokong usaha yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dalam mengawal penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam.

“Oleh itu, PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campur tangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pengawai MBSA yang melaksanakan tugas, ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya,” katanya.

Dr Hassan bagaimanapun berkata, usaha yang dilakukan ini sama sekali tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam dan PAS tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum oleh masyarakat bukan Islam.

Admin : Tahniah PAS Selangor... Semoga Di berkati Allah

ADUN Rasuah Harus Letak Jawatan - Haji Abdul Rahman Yusuf


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf, mendesak Adun Negeri Terengganu yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima wang sogokan supaya meletakkan jawatan.

Suspek ditangkap dipercayai menerima imbuhan dari sebuah syarikat yang diberikan projek oleh beliau. Suspek kini ditahan reman.

Abdul Rahman mencabar UMNO-BN supaya mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat yang tidak sesekali bertolak ansur dengan ADUN PKR sekiranya terlibat dalam politik wang.

"Saya selaku Ketua Cabang PKR Kemaman mendesak supaya dia meletakkan jawatan kerana sebagai wakil rakyat beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tanggungjawabnya bagai wakil rakyat. Dan juga beliau telah melanggar amanah sebagai wakil rakyat kerana menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan daripada projek-projek yang diagihkan oleh kerajaan negeri kepada masyarakat di sini"

Pada 3 Ogos lalu, ADUN BN di negeri penyu bertelur itu ditahan oleh SPRM kerana dikatakan menerima wang sogokan dari sebuah syarikat kontraktor.

ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannya ditahan reman sehingga 7 Ogos sebelum dihadapkan ke mahkamah.

ADUN tersebut ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di Hotel Kijal. Beliau dilaporkan berada disitu untuk mengambil 10 hingga 13 peratus wang habuan dari projek landskap bernilai RM2 juta dari syarikat yang berkenaan.