Untuk Aljazira Tv klik webtv

Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10j

Bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Saman tersebut berhubung tulisan Zulkifli dalam blognya yang mendakwa Syed Husin pernah berjumpa untuk menawarkan supaya mengosongkan kerusinya.

Turut dinamakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, ialah ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
   
Writ saman tersebut difailkan pagi ini melalui firman guaman Tetuan M/s Edwin Lim Suren dan Soh.

NONESaman itu difailkan ekoran penyiaran artikel oleh Utusan Malaysia
bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan satu posting dalam blog oleh Zulkifli.

Tulisan dalam blog itu, yang turut disiarkan oleh Utusan Malaysia, mendakwa Syed Husin berjumla dengan Zulkifli dan meminta ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengosongkan kerusinya.

Jika beliau berbuat demikian, Zulkifli akan ditawarkan jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 dan RM60,000 sebulan.

Zulkifli juga mendakwa dalam tulisan blog tersebut bahawa Anwar menjanjikan pampasan yang sama kepada Syed Husin sekiranya beliau mengosongkan kerusi timbalan presiden untuk memberi laluan kepada Azmin Ali.

http://www.malaysiakini.com/news/187621

Dokumentari: Ustaz Fadzil NooR

Siapa Lemahkan Melayu?

Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran yang disemat di hati kita semua lah yang menjadi penentu kepada kejayaan kelak.
Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:
  1. Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
  2. Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?
  3. Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?
  4. Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
  5. Siapa memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?
  6. Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?
  7. Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
  8. Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?
  9. Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?
  10. Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?
  11. Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?
  12. Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?
  13. Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?
  14. Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
  15. Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?
  16. Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?
  17. Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?
  18. Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?
  19. Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?
  20. Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?
  21. Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?
  22. Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
  23. Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?
  24. Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?
  25. Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
  26. Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?
  27. Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?
  28. Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?
  29. Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?
  30. Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?
  31. Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin?
  32. Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu?
  33. Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?
  34. Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?
  35. Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?
  36. Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia?
  37. Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?
  38. Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?
  39. Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?
  40. Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit?
Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.

SIAPA.....SIAPA ...........SIAPA...........????????????????????????

oleh Nurul Izzah Anwar,

http://www.kedahlanie.info/2012/01/hangpa-ambik-artikal-nie-copy-dan-print.html

Bilik asrama lelaki SMA Nahdzah di Yan terbakar



2012/01/24

YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.

Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/articles/AsramalelakiSMANahdzahdiYan_Kedahterbakar/Article/



semoga rohnya di cucuri rahmat . alfatihah ... terima kasih kepada almarhum atas perjuangan mu... akan kami ingati pesananmu

UMMAT ISLAM WAJIB BACA, APA KATA MEREKA MENGENAI ISLAM.




William Ewart Gladstone(1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897


Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian.

Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam.

Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun.

Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”



Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”


Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.



Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown, “pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam:

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Qur'an.

3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

6) Lemahkan bangsa Arab.

7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.

8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.


N'N:UMNO adalah bukti bahwa usaha mereka selama ini telah berjaya....Pemimpin UMNO sedaya upaya mahu mengasingkan Islam dalam pemerintahan..Susuk pemimpin UMNO kini adalah pemimpin2 yang mengejar kekayaan daripada Rasuah dan merompak wang Rakyat....Segala usaha untuk memartabatkan Islam perlu ditentang dan lihatlah bagaimana PAS ditekan sejak mula PAS masuk kekancah Politik...Fitnah dan mehnah dilemparkan kepada gerakan Islam semata-mata mahu menampakkan bahwa Islam itu sesuatu yang ekstrem...Pemimpin sekular seperti Tun Mahathir diangkat dan dijulang namanya sebagai pemimpin yang hebat tapi sedarkah bahwa idealogi Tun Mahathir adalah sama dengan ideologi barat yang mahu Islam itu dibaratkan...Hudud dihina...Sunnah Nabi diperlekehkan...Sekolah Agama disekat...Sedarlah wahai Melayu...Allah S.W.T telah memberi kita Nikmat Islam jangan sia2kannya...
http://naimnikmat.blogspot.com/2011/11/ummat-islam-wajib-baca-apa-kata-mereka.html

Mesti Baca !! Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus



Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu.
Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya Ustaz Azhar Idrus sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu.
Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).
Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus.
Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama Ustaz Azhar Idrus dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

lelong boucer kat internet



lawak-lawak... boleh berniaga pulak... apa kesannya kepada rakyat... kos hidup makin tinggi... UNDILAH BN LAGI

Lautan Manusia membanjiri Machang mendengar amanat Anwar..



Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat.


Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia




Sejak dari Asar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.

Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.


Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.

Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

"Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.

"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.


Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.

Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.

Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.

"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.

"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.

Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.

Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.

Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir.

Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal, Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain


Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.

Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.


Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran.

Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa






Sumber laporan dan gambar : Jalan Pulang dan Naim Nikmat

MOHON PINJAMAN TAPI DIHALAU KERANA TIDAK KENAL KETUA CAWANGAN UMNO



Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai...

Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "disuruh balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah...

 Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..


Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu hanyalah "sebuah" tandatangan..
bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin UMNO tersebut..

Tetapi hanyalah tandatangan bagi mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun tersebut..

Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan polis..


Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..

Apakah ada syarat sedemikian di dalam syarat-syarat permohonan Tekun..?
meh sini aku tunjukkan syarat-syarat pinjaman Tekun..


Adakah ada pula pinjaman Tekun ini memerlukan dokumen butiran nama-nama semua pemimpin UMNO dikawasan kita..? siap dengan jawatan mereka sekali...?

Korang tengok kat sini dokumen yang diperlukan..
ada tak dinyatakan keperluan untuk memberikan nama-nama pemimpin UMNO...?


Inilah bukti pemimpin UMNO tidak pernah ikhlas membantu rakyat..

Kerajaan PR memberikan bantuan yang adil kepada rakyat yang layak...
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MIMBAR)
Skim Mikrokredit Selangor

Dan pelbagai lagi program kebajikan di Selangor tidak pernah pun meletakkan syarat supaya Pemohon mengenali Ketua Cabang atau pun Ketua Ranting...

http://lianglahad.blogspot.com/2011/12/mohon-pinjaman-tapi-dihalau-kerana.html#more

best