Untuk Aljazira Tv klik webtv

ISA: Tiada temu janji, Istana enggan terima memo Pemuda Gerakan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 24 jam sebelum dua kumpulan mengadakan perhimpunan pro dan anti-ISA di ibu negara, Pemuda Gerakan telah cuba untuk menyerahkan memorandum memansuhkan akta itu kepada Istana Negara, petang tadi.

Bagaimanapun Istana Negara telah menolak daripada menerima memorandum atas alasan tiada temu janji lebih awal daripada pergerakan tersebut.

Sekumpulan 20 anggota Pemuda Gerakan yang diketuai oleh Ketuanya, Lim Si Pin berkumpul di kawasan Menara MAA dekat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Lim berkata, pihaknya mengambil langkah menyerahkan memorandum memansuhkan ISA hari ini kerana tidak mahu menyertai himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) esok yang dilihat tidak sah.

“Kita tahu bahawa demonstrasi oleh GMI esok adalah haram. Jadi Pemuda Gerakan tidak akan sertai demonstrasi esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kata beliau, pihaknya telah berusaha menyerahkan memorandum itu kerana masih menyokong GMI dalam usaha menggesa ISA dimansuhkan. Lim juga menafikan pihaknya menyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mewakili suara rakyat.

“Ini menunjukkan betapa seriusnya kami mahu akta ini dikaji atau dimansuhkan. Ini maklum balas yang kami terima daripada rakyat dan wakili apa yang rakyat inginkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya. Kira-kira 2.30 petang tadi pegawai polis mendekati Lim dan memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara, sebaliknya hanya boleh menggunakan kenderaan ke Jalan Istana.

Sebaik sahaja Lim dan rombongannya seramai lima orang tiba, pihak Istana mengatakan bahawa hanya seorang dibenarkan menemui pegawai Istana.

Lim bersetuju dan pergi ke kawasan Istana seorang diri.

Bagaimanapun pegawai istana telah menolak daripada menerima memorandum mereka kerana tiada surat permohonan untuk mengemukakan memorandum, kata Lim.

"Jadi kami akan menghantar permohonan rasmi bagi membolehkan memorandum diterima Yang di-Pertuan Agong kelak," katanya.

[komen: Buat LIM... Esok Ja Pergi Dengan Rakyat yang lain... kan satu matlamat jer... Kami Berhimpun Pun Nak Mansuhkan ISA.. Tak Gitu LIM]

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/31/mstar_berita/20090731181843&sec=mstar_berita

Al-fatihah Untuk Allahyarham Mohd Hamdan

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Hamdan yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini.semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah SWT. amin. terima kasih atas perjuanganmu menegakkan syariat Islam. insyaallah kami akan menyambung usaha menegakkan Agama Islam.

Peniaga Melayu beli RM500,000 seunit lot niaga di Rantau Panjang


RANTAU PANJANG, 22 Julai (Hrkh) - Biar pun negara masih dilanda kemelesetan ekonomi namun ia tidak menghalang Perbadanan Kemajuan iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membangunkan pekan Rantau Panjang dengan projek bernilai RM7 juta.

Projek rumah kedai itu akan dimajukan Sinaran Pantai Timur Consortium Bhd membabitkan pembinaan rumah kedai 3 tingkat berjumlah 10 unit.

Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, walaupun harga yang ditawarkan melebihi RM500,000 seunit, namun semuanya sudah ada pembeli.

Menurutnya lebih membanggakan lagi apabila pembelinya sebahagian besarnya orang Melayu yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Kata beliau sebelum ini PKINK berjaya menyiapkan fasa 1 pembinaan deretan kedai termasuk Bazar Abdul Rahman Auf yang mempunyai 250 ruang niaga.

"PKINK juga bercadang membangunkan sebuah hotel di tapak seluas dua ekar.

"Dan apabila siap nanti pekan Rantau Panjang akan menjadi tempat persinggahan yang strategik untuk pelancong dari luar negara," katanya pada majlis pecah tanah dan solat hajat di tapak pembinaan fasa kedua di pekan Rantau Panjang hari ini.

Menurutnya juga kejayaan PKINK menjual kesemua unit kedai tersebut menggambarkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara tidak menjejaskan perkembangan perniagaan di Kelantan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, pembangunan yang dijalankan PKINK di Rantau Panjang mempercepatkan lagi usaha menjadikan pekan itu sebagai Bandar Pelancongan utama di Kelantan.

"Kerajaan negeri telah menerima sejumlah RM12 juta dari Kementerian Pelancongan bagi membangunan pekan Rantau Panjang sebagai bandar pelancongan dalam usaha menarik lebih ramai lagi pelancong asing ke negara ini," ujar beliau.

Katanya, dengan adanya bazar yang akan menjual pelbagai barangan dan Masjid Beijing akan menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini.

Sementara itu Adun Gual Periok, Ustaz Muhammad Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan membangunkan pekan tersebut sebagai bandar pelancongan.

Hadir sama pada program itu Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, anggota Parlimen Rantau Panjang, Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Haji Mohd Sobri Abdullah. - mj

Nik Aziz rasmi 'Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Helmy' 2 Ogos ini

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Bersesuaian konsep jiwa merdeka yang bersesuaian dengan ajaran Islam, satu seminar mengenainya akan dianjurkan Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre) , 2 Ogos ini di Shah Alam, Selangor.

Seminar yang dinamakan 'Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Helmy' itu akan diadakan di Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzuim Sultan Alam Shah, bermula jam 8.30 pagi hingga 5.15 petang.

Seminar bertemakan 'Membentuk Jiwa Merdeka' itu dijangka akan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, selain disertai beberapa tokoh-tokoh tertentu dalam slot-slot yang ditetapkan.

Bagi slot Wacana Politik, Ahli Jawatankuasa PAS (AJK), Dato' Kamaruddin Jaffar akan membentangkan kertas kerja, di samping pengulasnya ialah AJK PAS Pusat, Dato' Husam Musa dan Pensyarah Pusat Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Saliha Hassan.

Manakala, bagi slot forum pula akan dibarisi tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Khay Kim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; dan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari, di samping Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad yang bertindak sebagai moderator.

Seramai 300 jemputan terdiri daripada para cendiakiawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi pendidikan awan dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar dan orang awam dialu-alukan untuk menyertai seminar ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar ini, perlu menyertakan yuran sebanyak RM25 yang meliputi kos kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan kos pengurusan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai seminar ini, bolehlah menghubungi Azlin di talian 013303 7867, Nurani (013611 4832) dan talian tetap 03-5510 4611. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui SMS atau email dengan menyatakan .

Selain itu, cara pembayaran dan sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun MAYBANK atas nama PUSAT KECEMERLANGAN UMMAH, nombor akaun 562106229171.

Buat solat hajat doakan Himpunan Mansuh berjaya - Ustaz Idris

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru seluruh ahli PAS mengadakan Solat Hajat sempena Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos ini.

PAS katanya menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur dan sehubungan dengan itu, sebagai persiapan terakhir seluruh ahli dan penyokong PAS diseru untuk mengadakan solat hajat di masjid surau dan markas parti pada hari ini (Khamis) dan hari Jumaat ini.

"Marilah kita sama-sama berdoa semoga Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini akan berjalan dengan lancar dan aman," ujar Ustaz Idris

Seluruh rakyat digesa turut hadir dengan pakaian 'Hitam Merah' sebagai lambang soladariti dan sokongan kepada mangsa-mangsa ISA, katanya

Pakatan Rakyat desak Ketua Polis Negara dipecat!

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ustaz Azizan dan warna-warni politik Kedah

Pergolakan politik di Kedah baru-baru ini memang menarik perhatian ramai. Sebagai salah sebuah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat dalam tsunami politik Mac 2008, apa jua perkembangan di Kedah dilihat berupaya mempengaruhi kecenderungan pengundi di peringkat nasional, seterusnya boleh membayangkan keputusan pilihan raya umum akan datang.

Hasrat untuk melihat Pakatan retak dan berpecah tidak kesampaian. Pemimpin Umno-BN terpasa menggigit jari kempunan. Isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar, mungkin bagai tiupan angin kencang yang hanya meneguhkan lagi akar mengikat bumi.

Pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati antara pimpinan PAS, KeADILan dan DAP diharap dapat merumuskan gerak langkah yang lebih mantap, di samping mengenal pasti wilayah sensitif yang adakalanya mudah dilupakan.

Negeri yang pernah melahirkan dua perdana menteri dan seorang presiden PAS - yang dikagumi kawan dan lawan itu - disifatkan agak terlewat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sebelumnya dikenali sebagai Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS secara solo.

Pemerhati politik menyifatkan sejak kebangkitan PAS dalam pilihan raya umum 1969, yang menyaksikan antara lain calon Perikatan, Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abdul Rahman tewas mengejut, majoriti pengundi Melayu dianggap sentiasa lebih memihak parti Islam itu. Penyelamat BN hanyalah pengundi bukan Melayu.

Keadaan berubah dalam pilihan raya umum ke-12. Kemenangan awal calon PAS mula dikesan di kawasan yang jumlah pengundi bukan Melayunya agak signifikan. Ada kerusi majoriti Melayu yang dimenangi PAS pada 1999 tetapi kali ini tewas. Akhirnya PAS membentuk kerajaan bersama KeADILan dan kemudiannya DAP turut dilibatkan, walaupun tidak mendapat peruntukan kerusi Exco.

Hal sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP menerajui kerajaan dengan majoriti lebih selesa dan Adun tunggal PAS juga tidak diberi jawatan Exco. Bagaimanapun keadaan itu tidaklah sampai menggugat persefahaman dalam Pakatan.

Kebijaksanaan PAS mengemudi kerajaan negeri teruji di Kedah, sebuah negeri yang berbeza dari segi komposisi penduduknya berbanding Kelantan dan juga Terengganu.

Justeru, MenteriBesar Ustaz Azizan Abdul Razak, seperti pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, begitu cermat dan berhati-hati untuk melakukan perubahan, dan bagi bekas PM itu, ia menyukarkan peluang BN untuk menawan semula Kedah.

Mungkin sesetengah kalangan agak tidak sabar untuk melihat pembaharuan, atau sekurang-kurangnya suatu kelainan ketara berbanding pemerintahan BN. Namun, Ustaz Azizan pastinya sudah merencana pendekatan terbaik agar kepentingan rakyat tidak terjejas, kestabilan politik terus utuh dan kemenangan dapat dipertahan. Apatah lagi ada pihak meramalkan, selepas 'rampasan kuasa' di Perak, ia mungkin berjangkit ke negeri Kedah.

Bukan sedikit usaha dan gerak diatur bagi memburukkan kerajaan Kedah. Isu babi dan hubungan PAS-DAP hanya senarai hujung daripadanya. Mungkin melalui media, ia seperti bergegar tetapi di peringkat akar umbi rakyat tidak mudah dipengaruhi tuduhan sensasi.

Malah, difahamkan pengarang akhbar-akhbar milik Umno-BN di Kuala Lumpur hadapi kesukaran untuk 'memaksa' wakil mereka di Alor Setar untuk memanipulasi berita Kedah, khususnya yang membabitkan menteri besar. Ini disebabkan wartawan-wartawan negeri 'malu alah' dengan Ustaz Azizan sendiri.

Bagi PAS, Kedah adalah pengalaman terbaik untuknya menunjuk teladan merintis kejayaan di negeri-negeri yang lain. Petugas PAS Kedah misalnya dikenali sebagai pekerja terbaik dalam hal-ehwal pilihan raya. Komitmen mereka juga sudah teruji dalam beberapa insiden tragis yang menelan korban nyawa. Semoga kemenangan tidak merencatkan istiqamah mereka.

Dan, jika sokongan pengundi bukan Melayu dapat dipertahan terutama melalui urustadbir kerajaan yang antirasuah dan mesra rakyat, serta kepemimpinan Ustaz Azizan dapat menambat hati lebih ramai masyarakat Islam, maka impian BN untuk merebut kembali Kedah, seperti dibayangkan Dr Mahathir, tentu bertambah sukar dan kelam.

Jika institusi menteri besar dalam BN sarat dengan daki rasuah (ya, dengan mudah kita dapat menamakan daripada Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib, Isa Samad, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi) tetapi dalam PAS, seperti ditunjukkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Ustaz Abdul Hadi Awang dan kini Ustaz Azizan (juga tidak lupa Ir Mohamad Nizar Jamaluddin), ia tetap tidak tercemar

Ketua cawangan UMNO cabar lapor SPRM dibuat ..

HIHIHIH UMNO LAWAN UMNO LA NIE..

SEREMBAN – Ketua UMNO cawangan Sikamat, Datuk Md Yusop Harmain Shah mencabar seorang pemimpin UMNO bahagian membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau ‘menggelapkan’ wang peruntukan sebuah masjid di sini.

Beliau melontar cabaran itu pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Seremban, di Dewan Theatrette, Wisma Negeri kelmarin selepas pemimpin terbabit mengeluarkan kenyataan memburukkannya ketika berucap pada sesi penggulungan.

Pada ucapan itu, Md Yusop dikatakan dituduh menggunakan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk membeli kereta jenazah menyebabkan dia mencabar pemimpin terbabit membuat laporan di Pejabat SPRM Seremban pada jam 9 pagi esoknya (semalam).

Berikutan itu, semalam Md Yusop yang juga Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO negeri menunggu di hadapan Pejabat SPRM di Jalan Datuk Klana Maamor, di sini untuk menanti pemimpin terbabit membuat laporan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun, selepas menunggu hampir sejam, tiada seorang pun yang kelihatan memasuki Pejabat SPRM negeri untuk membuat laporan menyebabkan Md Yusop menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan sengaja diada-adakan.

Ketika ditemui di luar pejabat SPRM negeri, Md Yusop mengakui amat kecewa dengan dakwaan mengatakan beliau menggelapkan wang peruntukan untuk membeli kereta jenazah di sebuah masjid ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

“Saya kesal kerana dia berucap memfitnah dan menghina saya, menuduh saya salah guna kewangan bagi membeli sebuah kereta jenazah bernilai RM250,000. Saya usik pun tidak wang itu. Itu merupakan satu pembohongan bagi memburukkan nama saya,” katanya.

Menurutnya, isu berkenaan sebenarnya sudah lama tersebar apabila cadangan membeli kereta jenazah untuk kegunaan sebuah masjid di Sikamat tidak menjadi kenyataan disebabkan peruntukan yang terhad.

“Memang dalam kertas kerja ada dinyatakan hasrat itu, Tetapi kita tak jadi beli kerana tidak punyai cukup wang selepas menggunakannya untuk tujuan lain seperti menambah baik masjid yang lebih memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan rasa kecewa dengan tuduhan tersebut sehingga terbawa kepada mesyuarat perwakilan lalu, beliau bertindak mencabar pemimpin berkenaan melaporkan ke SPRM bagi membuktikan kebenaran.

“Nampaknya, tiada seorang pun yang datang ke pejabat SPRM ini untuk membuat laporan. Ini membuktikan apa yang didakwa kepada saya sebenarnya ‘cakap kosong’. Kalau betul, apa perlu takut untuk meminta SPRM siasat. Jangan jaja cerita ke hulu hilir mengatakan saya ‘menggelapkan’ wang rakyat,” katanya.

Md Yusop berkata, beliau tidak gentar sekiranya SPRM mahu menyiasat dirinya berhubung kes itu kerana percaya dengan kemampuan badan itu menjalankan tugas dan tidak sepatutnya takut sekiranya benar tidak melakukan kesalahan
[http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2995661.asp]

Pemandu bas bengang

SEREMBAN – Berpuluh-puluh pemandu bas ekspres dan henti-henti yang terlibat dengan penggunaan gas asli (NGV) merungut selepas terpaksa menunggu giliran antara dua hingga empat jam untuk mengisi gas di satu-satunya stesen NGV dekat Seremban 2, di sini.

Masalah berlarutan sejak dua minggu lalu dikatakan berpunca daripada tekanan gas yang rendah menyebabkan hanya satu pam saja boleh digunakan dalam satu-satu masa, biarpun terdapat tiga pam di situ.

Disebabkan hanya di stesen itu saja yang membekalkan NGV di bandar Seremban, pemandu tiada pilihan lain selain daripada beratur menunggu giliran sehingga ada yang mencecah lebih empat jam.

Tinjauan Sinar Harian di stesen berkenaan, petang semalam mendapati terdapat tidak kurang 10 buah bas yang sedang menunggu giliran mengisi NGV menyebabkan stesen berkenaan penuh sesak.

Difahamkan, tempoh pengisian untuk satu bas memakan masa kira-kira 20 minit dan masalah ini juga membabitkan teksi yang dikhaskan di tempat bersebelahan, tetapi tidak terlalu kritikal berbanding bas.

Kesesakan bermula setiap pagi itu berterusan dan dikatakan bertambah ‘parah’ pada sebelah malam apabila bilangan bas meningkat menyebabkan kesesakan sehingga jalan besar yang dikhuatiri boleh membahayakan lalu lintas.

Pemandu bas Sistem Kenderaan Seremban – KL Sdn Bhd (SKS-KL), Nordin Jaka, 45, berkata, masalah ini bukan saja mengakibatkan perkhidmatan bas terjejas, malah pendapatan pemandu juga terjejas kerana kebanyakan mereka bergantung kepada elaun trip.

“Bayangkan, saya tiba di sini pada 12.50 tengah hari, dan sekarang sudah sampai pukul 3 petang masih belum dapat mengisi gas. Kami hilang elaun trip kerana tersadai di sini setiap kali mengisi gas,” katanya yang memandu bas bagi laluan Seremban – Kuala Lumpur.

Pendapatnya disokong rakan sekerjanya, Abd Khalid Abd Wahab, 57, yang terpaksa menempuh masalah itu dua kali setiap hari sehingga kadang-kadang terpaksa balik lewat tengah malam kerana terpaksa mengisi mahu mengisi gas dahulu.

“Bila malam, saya terpaksa pulang lewat disebabkan masalah ini. Esok pukul 5 pagi saya dah kena bawa bas balik dan sudah tentu tidak cukup tidur,” katanya.

Bagi pemandu bas Cityliner, K Sivaguru, 44, berkata kesukaran mengisi gas NGV itu menyebabkan perkhidmatan bas terjejas sehingga selalu dimarahi penumpang.

“Kita bukan saja bosan menunggu tapi nak kejar ambil penumpang lagi. Penumpang selalu marah kerana bas lewat tapi mereka tak tahu kita tengah menunggu lama di sini,” katanya.

Beliau berkata, masalah ini sud:ah berlarutan sejak lebih dua minggu lalu dan memohon syarikat minyak berkenaan melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya dengan segera.

:Pemandu bas Transnasional, Salehan Busari, 59, pula berkata masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pihak berkenaan mengambil tindakan segera memperbaiki tekanan gas yang rendah.“Puncanya disebabkan tekanan pam rendah. Itu yang menyebabkan kita terpaksa menunggu giliran kerana hanya satu bas saja yang boleh diisi NGV dalam satu masa, walaupun di sini ada tiga pam. Bayangkan, satu bas makan masa kira-kira 20 minit untuk mengisi gas, berapa lama yang perlu ditunggu bas lain yang berada di belakang,” katanya.
[http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2995575.asp]

Sekat Ibrahim Ali daripada cetuskan huru-hara

ALOR SETAR, 21 Julai (Hrkh) - Tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.

Demikian ulasan yang diberikan oleh Senator Ir. Zamri Yusuf yang juga merupakan Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah kepada Harakah ekoran tindakan Ibrahim yang mahu menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada 1 Ogos nanti.

"Saya menyeru agar beliau segera menginsafi bahawa tindak tanduk beliau sebelum ini, dan sekarang lebih banyak menimbulkan kecelaruan dan kekalutan dalam masyarakat, berbanding usaha memperbaiki keadaan.

"Terkini, beliau seolah-olah mengugut utk menimbulkan huru-hara ketika rakyat berhimpun dan menghantar memorandum suara hati rakyat, yang tidak redha dengan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain yang sepertinya," ujar Zamri.

Menurutnya lagi, Ibrahim harus lebih rasional dan insaf dengan suasana kebangkitan dan kesedaran rakyat. Keperihatinan jelas di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan sebagai penguasa, menyalahgunakan undang-undang zalim seperti ISA mesti segera dimansuhkan.

Rakyat, katanya akan turun berhimpun menggunakan hak dan peruntukan perlembagaan sebagai rakyat negara merdeka, untuk menyatakan pendirian bahawa, kezaliman dan penindasan keatas rakyat harus segera dimansuhkan.

"Saya menyeru kepada sukarelawan Gerakan Mansuh ISA (GMI) agar menyediakan petugas mencukupi, serta mengingatkan rakyat yg berhimpun supaya peka dengan provokasi yang mungkin diadakan dan disengajakan oleh pihak yg cuba menimbulkan huru-hara pada perhimpunan aman 1 ogos nanti.

"Ini susulan kepada sambutan yg begitu menggalakan dari kalangan rakyat seluruh malaysia, dengan jangkaan kehadiran boleh mencecah 500,000 orang," ujarnya.

Senator Zamri menyeru Kementerian Dalam Negeri supaya menunjukkan sikap sebenar, bahawa mereka bersedia mengkaji Akta ISA, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen baru-baru ini.

"Malah saya juga meminta agar KDN mengelakkan kalangan pengikut Ibrahim Ali dari menghampiri tiga lokasi himpunan aman serta Istana Negara, kerana tujuan mereka tidak sesuai dengan sikap KDN yang telah bersedia untuk mengkaji Akta ISA dan undang-undang yang telah tidak relevan ketika ini, khususnya yang melanggar Hak Asasi Rakyat sebuah negara merdeka seperti Malaysia," tegasnya. - tajdid
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21919&Itemid=1]

Manipulasi kenyataan Nik Aziz bukti Umno makin lemah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Umno terbukti semakin lemah sehingga terpaksa memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan Umno kini yang semakin tidak popular begitu berharap agar dapat bersama PAS untuk mengukuhkan mereka.

Tegas beliau lagi, kenyataan Tuan Guru Nik Aziz amat jelas bahawa kerjasama yang mahu diadakan atas dasar kerajaan pusat dan kerajaan negeri bukan antara parti dan parti tetapi pemimpin Umno tidak bijak untuk memahaminya.

"Umno begitu lemah sekarang sehinggakan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk adakan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat disalah ertikan dengan kerjasama antara PAS dan Umno.

"Yang jelas kini, Umno terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka yang semakin terhakis dan mahukan PAS bersama mereka untuk terus kekal berkuasa biarpun rakyat sudah jelas menolak mereka.

"Lebih memalukan bila mereka gagal memahami apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz hingga memaksa Mursyidul Am mengeluarkan satu kenyataan lain untuk mengelakkan kekeliruan," tegas beliau.

Kamaruddin juga tidak menolak sikap pemimpin Umno yang memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS itu dengan niat untuk memecahbelahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan mengurangkan sokongan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu.

Namun tegas beliau, rakyat kini sudah bijak untuk menilai maksud kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berbanding pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan akan membincangkan kenyataan Nik Aziz yang sedia untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat dalam mesyuarat tertinggi Umno.

Semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataan beliau yang bersedia untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bukan antara PAS dan Umno sepertimana yang difahami oleh pemimpin-pemimpin Umno.

@Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme," kata Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia. - mr/mks
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21918&Itemid=1]

PAS Terengganu bersiap hadapi pilihan raya kecil

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS berkeyakinan pilihan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak dan Terengganu sekarang dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkan mandat baru rakyat diperolehi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, krisis politik yang berlanjutan di kedua-dua negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak mampu selesai tanpa diadakan pilihan raya.

"Kalau sebelum ini Perak disebut-sebut akan dibubarkan Dun dalam tempoh terdekat, masalah serupa juga berlaku di Terengganu," katanya?pada perjumpaan dengan anggota jawatankuasa PAS Besut baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua PAS kawasan itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya krisis yang berlaku antara Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dengan bekas menteri besar, Dato' Seri Idris Jusoh tidak boleh diselesaikan lagi.

Oleh itu beliau meminta jentera Pilihan raya PAS Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya peringkat negeri dalam masa terdekat ini.

"Semua ahli dan penyokong PAS hendaklah mendekati semua lapisan masyarakat bagi menarik mereka menyokong PAS.

"Janganlah kita memusuhi mereka kerana semata-mata mereka menyokong Umno sebaliknya perlu berusaha menarik mereka," tambahnya.

Lawatan presiden merupakan sebahagian program memperkasakan PAS Besut. Program dua hari itu diadakan pada 24 dan 25 Julai lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, berikutan krisis dalaman Umno, PAS Terengganu diberi layan istimewa oleh Menteri Besar terutamanya menyelesaikan hak milik tanah yang telah dilulus kerajaan PAS namun dirampas kerajaan BN di bawah Idris.??????

"Dato' Mad berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang bertindih dengan menyerahkan kembali hak milik berkenaan kepada pemilik asal.

"Menteri Besar bersetuju berbuat demikian sebagai menghargai sokongan Adun PAS Terengganu bagi menyelamatkan daripada undi tidak percaya dibawa Adun BN," ujarnya.

PAS sekarang mempunyai lapan daripada 32 kerusi di Dun Terengganu. - mj/mks
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21921&Itemid=1]

UMNO MINTA MAAF KAT PAS

Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”

Ibarat peribahasa Melayu “Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong” itulah yang dilakukan oleh umno.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap ‘desperado’ Umno ‘yang gilakan PAS’.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.

“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa

Polis, KSU Perak sekat penubuhan jawatankuasa siasat Speakar Haram


Polis dan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menghalang wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari mengadakan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Majlis Sidang Negeri untuk menyiasat Speaker haram R Ganesan.

Adun-adun Pakatan Rakyat dihalang selama lebih satu jam oleh pasukan polis dan pegawai sekretariat kerajaan negeri di luar bangunan sekretariat.

Kira-kira jam 11 pagi, adun-adun terbabit bersurai selepas wakil ketua setiausaha menyerahkan surat mengatakan bahawa mesyuarat untuk menyiasat kesahihan perlantikan speaker bn itu adalah dilarang sama-sekali.

Adun-adun terbabit berkata mesyuarat akan diadakan di Syen Hotel yang berhampiran

Selangor Arah Siasatan Audit Dalaman Bukti Pakatan Rakyat Telus


Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat sekali lagi menunjukkan ketelusan dengan mengarahkan satu audit dalaman bagi memastikan pembelanjaan wang peruntukan untuk ADUN mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
“Ini adalah satu cara bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa akaun dan pembelanjaan dana Kerajaan Negeri adalah sentiasa dipantau ,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Audit dalaman ini akan mengkaji proses dan garis panduan yang terlibat dengan hasrat untuk penambahbaikan.

Hasil laporan lengkap siasatan audit dalaman ini akan dibentangkan kepada tatapan umum bagi memastikan rakyat negeri ini mengetahui kemana setiap ringgit dana ini disalurkan sekali gus mematahkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid ini.

Sementara itu, Kerajaan Negeri telah melantik peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi mewakili Negeri Selangor dalam prosiding inkues berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Malik yang dikenali sebagai peguam memperjuangkan hak asasi manusia, juga akan mewakili Negeri Selangor dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan untuk mengkaji Peraturan Soal Siasat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malsia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang serta memastikan kejadian sama tidak berulang.

Kerajaan Negeri tekad untuk memastikan hak-hak mendiang Teoh dan keluarganya serta pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang akan memberi keterangan dikedua-dua prosiding itu terbela.

Mendiang Teoh dijumpai mati 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalah, Shah Alam selepas disyakki terjatuh dari tingkat 14 yang menempatkan pejabat SPRM.

Mendiang hadir sebagai saksi atas dakwaan salah guna peruntukan DUN dan telah disoal siasat selama 10 jam tanpa henti sehingga membawa kepada kematiannya.

Sehingga kini, SPRM masih tidak mengeluarkan apa- apa kenyataan.

Pemuda Pas Tubuh Jawatankuasa Teknikal Bincang Isu Wacana


Pergerakan Pemuda UMNO bersetuju untuk mengadakan wacana bersama Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) bagi membincangkan Adakah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Syariat Islam.

Ketua DPPP Nasrudin Hassan Tantawi berkata, persetujuan berkenaan telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin melalui surat kepada DPPP.

Katanya sehubungan itu, DPPP telah menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bagi membincangkan mengenai tempat, masa dan tarikh wacana berkenaan akan dilakukan.

"Kita telah menerima jawapan persetujuan untuk mengadakan wacana ini daripada pihak Pemuda UMNO, maka menysuarat kami pada pagi tadi membentuk satu jawatankuasa teknikal yang diketuai oleh Kamaruzzaman Mohammad bersama dua anggotanya dan salah seorang daripadanya adalah Suhaizan Kaiyat.

"Mesyuarat kami juga bersetuju untuk menghantar surat bagi menyatakan pembentukan jawatankuasa teknikal kepada Pemuda UMNO dan meminta supaya pemuda UMNo menamakan seorang moderator dan kami juga akan menamakan seorang moderator yang akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa teknikal ini," katanya.

Sebelum ini DPP menjemput Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polimik di negara ini.

Nasarudin menyerahkan surat jemputan berkenaan kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mewakili Khairy di lobi Parlimen 1 Julai lalu.

Terdahulu, jemputan DPPP ini menimbulkan pergeseran di kalangan Pakatan Rakyat yang tidak menyenangi jemputan berkenaan kerana tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam Pakatan.

Nik Aziz Kesal Kenyataan Diputar-Belit Umno

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan Umno bahawa beliau menyokong kerjasama erat antara Pas dan parti perkauman itu.

Beliau yang kesal kenyataannya diputar-belit media pro-kerajaan berkata apa yang beliau tegaskan adalah memulihkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat supaya pemerintah memulangkan semula royalti minyak RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, serta melonggarkan sekatan ekonomi keatas negeri Pakatan Rakyat itu.

"Saya usulkan supaya hubungan antara dua kerajaan dipulihkan seiring dengan semangat Persekutuan," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat ketika melancarkan Kelantan Fiesta 2009 telah disalah-erti. Mursyidul Am Pas itu mahu Kerajaan Pusat melangsaikan tanggungjawab kepada Kelantan, dan sekiranya itu berlaku, hubungan antara Kelantan dan Pusat akan beliau lanjutkan ke tahap yang lebih sihat.

"Ini bukan isu parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan kedua-dua parti. Ini adalah soal kerajaan negeri dan kerajaan pusat," tegas Nik Aziz menolak dakwaan media pro-kerajaan.

Kelantan menuntut royalti minyak diberikan, serta geran kewangan dan projek pembangunan tidak lagi disekat. Kelantan yang berada dalam kedudukan strategik di Laut China Selatan dan terletak 150km dari deposit gas minyak adalah antara negeri termiskin di negara ini.

Dalam satu permainan politik yang jelas, sejak kenyataan Nik Aziz diputarkan media perdana, pemimpin Umno-BN memuji Mursyidul Am Pas itu sebagai pemimpin yang warak dan tidak rasuah.

Nik Aziz berkata pendiriannya menolak sebarang kerjasama antara Pas dan Umno tidak berubah.

"Ini adalah permainan Umno. Bukan dari Pas," kata Nik Aziz

Polis, MPSP turunkan iklan ceti haram


MOHAMAD SHAH bersama kakitangan MPSP menurunkan pelbagai jenis poster dan iklan ah long di sekitar Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam

SEBERANG JAYA - Sebagai tindakan menyeluruh membanteras kegiatan ceti haram atau ah long, polis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertindak 'membersihkan' poster dan iklan aktiviti haram itu di sekitar Seberang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Mohamad Shah Hussin Shah berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan kegiatan ah long dapat dibendung dengan lebih berkesan.

"Kebanyakan iklan ini ditampal dan digantung di merata tempat terutama lokasi tumpuan orang ramai. Jadi untuk menyekat aktiviti ah long ini, kita ambil langkah menurunkan semua poster dan iklan supaya orang ramai tidak mudah terperangkap," katanya.

Turut serta dalam operasi pembersihan itu ialah Ketua Jabatan Perlesenan MPSP, Mohd. Faidzal Hassan dan kakitangan MPSP.

Menurut Mohamad Shah, polis juga akan mengesan individu atau syarikat yang terlibat dengan kegiatan ah long melalui nombor telefon yang tertera pada setiap iklan yang dipasang untuk tindakan lanjut.

Korban kedua H1N1 - Tiga Kem PLKN ditutup, alat cegah selesema babi diedar ke sekolah

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat selesema babi (H1N1) tengah hari kelmarin menjadikannya mangsa kedua yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd. Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan pada mulanya sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarganya di Langkawi pada 13 Julai lalu.

"Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Lelaki tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 26 Julai 2009 pukul 12.35 tengah hari dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun yang dijangkiti H1N1 meninggal dunia pada 21 Julai lalu

Murid KAFA belajar di padang - Jawatankuasa penduduk halang guna surau


MURID-MURID KAFA terpaksa belajar di padang selepas didakwa dihalang daripada menggunakan surau di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam.


KLANG - Seramai 58 orang murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang semalam terpaksa belajar di padang selepas didakwa disekat daripada memasuki surau Assaudin yang dijadikan kelas sementara sejak dua tahun lalu.

Mereka juga terpaksa menikmati makanan pada waktu rehat di lokasi yang sama.

Seorang bapa, Azman Hashim ketika ditemui berkata, dia kesal dengan sikap jawatankuasa penduduk di situ yang berkeras mahu mengosongkan surau walaupun penggunaannya untuk kelas KAFA mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sementara menunggu kelas baru siap.

"Jawatankuasa penduduk mahu surau itu dikosongkan dengan alasan hendak mengaktifkan kembali aktiviti jemaah sedangkan perumahan di sini dekat dengan masjid.

"Dalam mesyuarat bersama jawatankuasa baru-baru ini, saya telah minta mereka tangguhkan dahulu pengambilalihan surau tetapi mereka tetap berkeras," katanya.

jantung berlubang kenapa tak dibedah dulu-malaysiakini



Salam,
Melihat kepada anak kecil ini yang comel ini...sudah pastinya anda akan memberi penilaian anak kecil ini sehat seperti kanak-kanak lain.

Untuk pengetahuan semua,anak kecil ini menghadapi masalah jantung berlubang serta memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM30 ribu untuk merawat masalah kesihatan yang di hadapi.

Anak comel ini ialah Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi berumur 1 tahun memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos tersebut.Amatlah berbesar hati jika dapat dihulurkan sumbangan anda sekalian kepada adik Mohd Arif Hadie.

Bapa kepada adik Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat manakala Ibunya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Pulau Pinang,mereka boleh dihubungi di alamat

Encik Azril Hilmi Bin Abdul
No 878 Mukim 4,Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,Bkt Mertajam
Pulau Pinang

No I/C : 770202-02-5603
No Tel : +6019-526 5968

Atau Ibunya

Puan Noorhasimah Bt Hashim
No Tel : +6013-464 1192


Sumbangan boleh disalurkan melalui Maybank di akaun no 107161195922 atau hadir sendiri ke alamat tersebut.

Apalah sangat dengan sedikit sumbangan anda dapatlah adik kecil ini untuk membesar sebagaimana kanak-kanak yang sebaya dengannya.....

Semoga sumbangan yang tak seberapa yang diberi akan mendapat limpah dan kurnia dari Allah S.W.T
[http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/2009/07/jantung-berlubang-kenapa-tak-dibedah.html]

BETUL KA NIE...???



Wahai RAKYAT MALAYSIA, Tafsirkanlah sendiri.
Sepasang suami isteri dalam gambar di atas sedang bakar lilin atau sedang semayang@sembah yang… ?

KOMEN: EMMM... PENING JUGAK NIE.... HARAP ADA PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT..

[http://kerajaanrakyat.com/?p=7234]

'SINGA' dari Aradan


Riak wajahnya nampak lembut dan santun, seiring dengan keperibadian yang perlu ada pada seorang lelaki yang warak. Namun, ketegasan, kepintaran dan kelantangannya bersuara menyerlahkan aura Ahmadinejad sebagai pemimpin sejati.

--------------------------------------------------------------------------------

DALAM satu sidang media antarabangsa, seorang wartawan Jepun melontarkan soalan kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. "Presiden Ahmadinejad...,kenapa anda masih mempertahankan perkembangan teknologi nuklear Iran yang mengancam kedamaian dunia?" soalnya.

Dalam nada yang perlahan dan bersahaja, presiden berusia 52 tahun itu menjawab: "Anda seharusnya lebih khuatir terhadap negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara anda, berbanding bimbangkan nuklear Iran."


--------------------------------------------------------------------------------

Demikian ketegasan dan kepintaran seorang pemimpin bernama Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun revolusi pemikirannya dikritik serta ditekan hebat Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, ia tidak sedikit pun menakutkan pemimpin itu.
Bahkan, dengan ugutan demi ugutan yang dilemparkan oleh AS, yang mahu menyerang bumi Iran sekiranya Ahmadinejad masih berdegil dengan ujian nuklearnya, ia langsung tidak mengurangkan sokongan rakyat Iran ke atas Ahmadinejad.

Lebih menarik lagi, tanggal 12 Jun lalu menjadi bukti betapa rakyat Iran berdiri teguh di belakang pemimpin itu. Di sebalik harapan Barat yang mahu melihat Ahmadinejad jatuh pada pemilihan presiden ke-10 baru-baru ini, rakyat Iran menutup mulut AS dan sekutunya apabila memberi kemenangan penuh bergaya kepada presiden kesayangan mereka.

Bahkan dengan pelbagai tajuk-tajuk berita negatif serta gambaran buruk tentang Ahmadinejad dari segi cara beliau menggerakkan ekonomi dan hak asasi manusia, Ahmadinejad tetap disanjung oleh rakyat Iran.

Jika pada kali pertama memenangi jawatan presiden pada tahun 2005, Ahmadinejad mendapat 62 peratus undi, kali ini, jumlah itu meningkat kepada 62.63 peratus.

Beliau mencapai kemenangan luar biasa dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Kamran Daneshjoo mengumumkan menerusi televisyen bahawa presiden itu memperoleh hampir 21.8 juta undi daripada jumlah undi di 346 daripada 366 kawasan pengundian.

Yang pasti, ketegasan dan kehebatan pemikiran revolusi bukanlah satu-satunya penyebab mengapa rakyat Iran terus menyokong Ahmadinejad sekali gus menolak pencabar terdekatnya, Mir-Hossein Mousavi, 68, serta kelompok kepimpinan reformis yang lain.

Malah, tambah mengagumkan, beliau bukanlah daripada sebuah keluarga bangsawan, bukan juga seorang tokoh ulama dan juga ahli politik gah pada awal kemunculannya.

Mengenali Ahmadinejad yang kini merupakan pemimpin Islam yang digeruni dan hangat diperkatakan di arena antarabangsa itu, beliau hanyalah anak kepada seorang tukang besi yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956 di Aradan, sebuah kawasan di luar Tehran.

--------------------------------------------------------------------------------

Beliau memperoleh ijazah pertama dari Universiti Sains dan Teknologi Tehran dalam bidang Kejuruteraan Awam dan kemudiannya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam Kejuruteraan Pengangkutan dan Perancangan dari universiti yang sama. Beliau juga seorang yang sangat sederhana dan warak.

Ahmadinejad datang dari kedudukan keluarga yang sederhana dengan ayah dan emaknya merupakan penyokong kuat Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang dipimpin oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.

--------------------------------------------------------------------------------

Ayatollah Khomeini menjadi pemimpin agung Iran pertama apabila berjaya menjatuhkan monarki Pahlavi yang menindas golongan ulama melalui polisi antiulama manakala Revolusi Putih banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Ahmadinejad.

Hakikatnya, figura revolusioner yang sangat diingati dunia inilah yang menjadi mentor kehidupan dan kepimpinan Ahmadinejad yang juga acap kali dilihat bagaikan seekor singa garang apabila mengaum tanpa rasa takut terhadap musuh-musuhnya terutama negara-negara yang menindas masyarakat Islam.

--------------------------------------------------------------------------------

Selain tegas melawan anasir-anasir yang menggugat Islam, Ahmadinejad membebaskan dirinya daripada lingkungan kebesaran harta dunia. Beliau membuktikan erti pemimpin berjiwa rakyat yang sejati seperti mana yang dipraktiskan oleh Ayatollah Khomeini.

Semasa Ayatollah Khomeini bergelar pemimpin nombor satu Iran, pernah berlaku bekalan elektrik terputus di kediamannya. Pembantunya kemudian segera membawa minyak ke rumah Ayatollah Khomeini untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan sistem pemanas berfungsi.

--------------------------------------------------------------------------------

Namun, Ayatollah Khomeini menolak. "Kalau rakyat menggigil kesejukan, mengapa pula aku harus bersenang-senang memasang pemanas," ungkapnya.

Itulah yang diteladani Ahmadinejad sekali gus menjadikan dia seorang pemimpin yang sangat dikagumi.

Jauh daripada mengagumi jentera Ford, Mercedes atau BMW, Ahmadinejad hanya menggunakan sebuah kereta Paykan buatan Iran.

Dalam kalangan penyokongnya, Ahmadinejad dilihat sebagai seorang lelaki yang sangat ringkas dengan cara hidup sederhana. Sewaktu pertama kali dipilih menjadi presiden pada tahun 2005, lelaki itu seboleh-bolehnya mahu hidup seperti biasa dengan tinggal di kediaman sendiri di Tehran.

Namun, gesaan daripada pasukan keselamatan menyebabkan dia bersetuju berpindah tinggal di istana presiden. Itu pun jauh daripada imej kekayaan yang biasanya dirujuk kepada presiden sebelumnya, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Sebaik sahaja berpindah, Ahmadinejad mengarahkan karpet istana ditukar.

"Presiden mengarahkan karpet-karpet mewah dan antik Persian digulung dan dihantar ke muzium untuk dijadikan bahan pameran. Beliau meminta karpet murah sebagai ganti di kediaman istana," cerita salah seorang pembantunya.

Ahmadinejad berkahwin dengan Parvin dan mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.


--------------------------------------------------------------------------------

Apa yang menariknya mengenai pemimpin Islam itu adalah, beliau kerap berpakaian baju-T dan jaket berbanding jubah hitam yang dipakai oleh pemimpin-pemimpin ulama Iran.

Paling dikagumi oleh dunia Islam, beliau juga merupakan pemimpin negara Islam yang bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, malahan merupakan seorang yang soleh dan amat menjaga pergaulan.

Ahmadinejad juga mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara, bangsa dan ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing khususnya AS.

Peluang pekerjaan untuk rakyat, Kedah galakkan swasta

KULIM, 26 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri Kedah senantiasa menggalakkan pihak swasta menganjurkan sebarang ekspo yang boleh membuka peluang untuk rakyat negeri ini menikmati pekerjaan di zaman kemelesetan ekonomi global sekarang.

Ujarnya, walaupun negara mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk namun sebagai pihak yang bertanggungjawab menjadikan aset memajukan sesebuah negeri atau negara maka keperluan tersebut turut terletak di atas bahu mereka.

"Kerajaan Negeri mengalu-alukan mana-mana syarikat swasta yang berminat menganjuran ekspo untuk membantu kerajaan memberi peluang kepada rakyat yang kehilangan pekerjaaan di samping membuka mata mereka yang sedang memikirkan bidangg mana yang ingin diceburi, " tegasnya dalam ucapan merasmikan Career Expo dan Postgraduate 2009 yang diadakan di Dewan Bandaran Kulim semalam.

Menurut beliau, sektor swasta seharusnya menjadi pemangkin kepada kemelut yang melanda negara sekarang ini berikutan kejatuhan ekonomi dunia.

Kerajaan juga sedang mencari formula bermutu untuk membangunkan kembali negeri Kedah yang dianggap negeri miskin sebelum ini dengan menambah bilangan pelabur serta menarik seramai mungkin pelancung dalam dan luar negeri.

Kemunculan pelaburan yang banyak dan kedatangan pelancungan yang tinggi pasti memberi impak kepada negeri Jepalang Padi yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Sektor swasta wajar jadi pemangkin kepada ekonomi sekarang. Kerajaan pula sedang berusaha mencari pelabur dan menambah bilangan pelancung ke Kedah. Jika ramai pelancung dan nilai pelaburan bertambah maka Kedah akan terus maju sekaligus tercapai hasrat melunaskan hutang kerajaan terdahulu, " kata beliau.

Tidak dinafikan keruntuhan ekonomi melibatkan keluarga menjadi kacau bilau, sengsara dan sebagainya sekiranya keluarga berkenaan menjadikan wang sebagai hambatan.

Justeru itu, Kedah mula melancarkan program yang mendatangkan manafaat kepada rakyat dengan menambah baik peluang dalam bidang elektronik, pertanian dan sebagainya.

"Kedah bukan sahaja mementingkan projek berjalan dengan baik terapi juga mahukan pelaksanaanya mengikut lunas-lunas yang diterima oleh Islam kerana sumber yang baik memberi kebaikan kepada rakyat secara umumnya, " tambah beliau.

Program yang diadakan selama dua hari bermula 25 dan 26 Julai itu dianjurkan oleh PenExpo Events Sdn Bhd dan JCL Kulim bagi tujuan membuka minda rakyat yang sedang mencari pekerjaan serta ingin membina kerjaya dengan syarikat yang maju.

Sebanyak 30 buah syarikat dan Institut Pengajian Tinggi mempamerkan kerjaya serta peluang pekerjaan yang boleh meningkatkan kamahiran seseorang di samping mengenal pasti bidang apa yang boleh diceburi selari dengan kebolehan dan kelulusan yang ada.

Hadir sama dalam program kali ke 3 itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kulim, Norizan Khazali, Setiuasaha Majls Bandaran Kulim, Ammar Dato' Mahmud Naim, Pengarah JCL Kulim, Ooi Chong Yew dan Pengarah Urusan PenExpo Events Sdn Bhd, Francis Wong. - mks
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21899&Itemid=95]

Ibrahim mahu cetus huru-hara pertahan ISA?

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.

Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) ? dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA ? mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".

Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi ? kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara ? dengan berpakaian hitam dan merah.

Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21898&Itemid=1]

ISA: Abdullah disaran sertai Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 26 Julai (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disaran menyertai PAS atau Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) segera setelah sekata dalam usaha memperjuangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Menurutnya, walaupun sudah pencen daripada sebarang jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan merupakan tamparan hebat pada Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

"Pak Lah jangan berlegah lagi marilah bersama PAS atau KeADILan kerana suaranya pasti berbisa jika berada dalam Pakatan Rakyat. Jika bersama Umno dan BN apa yang diperkatakan ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan sekarang, " ujarnya ketika berceramah di Taman Guar Perahu, Penanti semalam.

Baginya, jika Tun Abdullah masih kekal dalam Umno pastinya Umno sendiri akan melebelkan dirinya sebagai pengkhianat tambahan lagi datuknya, Tuan Guru Abdullah Fahim merupakan aktivis pergerakan Islam sehingga membawa penubuhan PAS pada awalnya.

Lebih-lebih lagi rakan seperjuanganya, seperti bekas menteri dan bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming serta terbaru bekas Naib Presiden MIC, S.S. Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan.

Kata Haji Mohamad, dua orang ternama dalam parti MCA dan MIC tidak teragak-agak membuat pilihan tepat apatah lagi Tun Abdullah yang dimalukan agar turun lebih awal daripada tarikh persaraan sebenar setelah didesak oleh orangnya sendiri setelah menunjukan prestasi terburuk dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

"Pak Lah buatlah pilihan yang tepat di usia yang ada kerana jika bertanding jawatan Tok Siak pun belum tentu menang kerana Umno dan penyokongnya tidak pandang pengalaman tetapi kuasa. Siapa yang berkuasa dipuji tapi bila pencen atau jatuh dalam politik diketepikan, " tambahnya dalam program Pemansuhan ISA anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Turut berceramah sama dalam program 'Roadshow' Gerakan Mansuh ISA (GMI) peringkat Negeri itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan wakil Dema yang mewakili Mahasiswa. - mks.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21903&Itemid=1]

Bloggers perlu etika dalam membuat laporan

SHAH ALAM, 26 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran Pesta buku negeri Selangor pada tahun ini bakal menarik 200,000 orang pengunjung dan 114 buah penerbit bakal menyertai Pesta Buku yang diadakan sejak 24 Julai lalu hingga 3 Ogos ini.

"Penyertaan para penerbit buku menunjukkan peningkatan yang berlipat kali ganda pada Pesta Buku ini. Di mana pada tahun 2006, tidak lebih daripada 40 penerbit yang menyertai Pesta buku," ujarnya.

Katanya, dengan cara ini, usaha kerajaan Negeri untuk memningkatkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negeri ini menunjukkan peningkatan khasnya masyarakat di sekitar Shah Alam terutamanya di Selangor. - mks._
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21905&Itemid=1]

Tindakan ratusan polis halang ceramah ISA dikesali

PERMATANG PAUH, 26 Julai (Hrkh) - Ceramah Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan Padang Awam Taman Guar Perahu, Penanti semalam dihalang ratusan pasukan keselamatan tanpa sebarang alasan kukuh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataannya pada Harakahdaily menambah, kedatangan pasukan keselamatan itu memang diduga kerana permohonan untuk mendapatkan permit tidak diperdulikan bahkan sengaja memberi jawapan lewat dengan harapan menyusahkan pihak penganjur.

Walaupun ceramah di padang awam dibatalkan namun penganjur berjaya mengadakan ceramah berkenaan di rumah ahli PAS berhampiran padang berkenaan.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah mengantar permohonan tetapi tidak mendapat jawapan sehinggalah dua hari lepas pihak keselamatan memanggil dan memberitahu permit tidak boleh dikeluarkan atas alasan orang atasan, " jelasnya.

Harakahdaily yang berada dilokasi mendapati pasukan polis dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikejarkan ke situ sejak Maghrib tambahan lagi anggota tidak beruniform berada sejak petang lagi.

Enam buah trak termasuk sebuah 'water cannon' turut diarahkan ke situ bagi menghalang sekiranya penganjur meneruskan aktiviti mengajak rakyat ke Perhimpunan Mansuhkan ISA di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.

Selepas perbincangan dengan pihak polis akhirnya mereka membenarkan ceramah berkenaan diadakan di kawasan rumah yang sempit. - mks
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21904&Itemid=1]

JAWATAN KOSONG

Jawatan kosong MADA dan JZNK
Ditulis oleh Fuadi
Isnin, 20 Julai 2009 09:14
Berikut adalah jawatan kosong di MADA dan JZNK :

MADA:
1. JAWATAN : JURUTERA (AWAM) GRED J41
2. JAWATAN : JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
3. JAWATAN : PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Julai 2009. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.mada.gov.my


Jabatan Zakat Negeri Kedah:
1. JAWATAN : PENOLONG AKUANTAN GRED W27
STATUS JAWATAN: Tetap, tidak berpencen
TARIKH TUTUP :02 Ogos 2009
Malumat lanjut sila layari www.zakatkedah.com

Jangan serang orang lain kerana perbuatan Nizar, kata Zambry kepada PAS


KESIANYA MAMAT NIE... ISH..ISH...ISH..ISH

BALING: Ulama Pas tidak perlu menyerang mana-mana pihak berhubung tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dilaporkan menyertai upacara memegang lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah bangunan di Shah Alam baru-baru ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir berkata beliau cuma mahu mendapatkan penjelasan dari ulama Pas mengenai perbuatan Nizar itu.

"Saya hairan kenapa ulama Pas saperti (Mursyidul Am Pas) Nik Aziz Nik Mat menyerang saya kerana meminta penjelasan itu tetapi tidak menjelaskan hukumnya dari segi Islam mengenai perbuatan ahli Pas itu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian Baling di sini hari ini.

Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, hari ini menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang menunjukkan beliau memegang lilin itu dirakam pada sidang akhbar dalam pejabat DAP di Ipoh, Perak.

Dewan Ulama Pas menyifatkan perbuatan Nizar itu sebagai meragukan.BERNAMA

[Komen : KENAPA MAI SAMAPI KEDAH.. KAT PERAK TAK ADA ORANG NAK PANGGIL KA??? PENING... ]

Ulama Pas patut keluar fatwa nyalaan lilin: Zambry

IPOH: Ulama Pas patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.
[http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090720200547/Article/]

Jawapan

PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.- tajdid
[http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21871&Itemid=28]
Komen : Harap Tak Ada Isu Lagi Lepas NI.... Tu la Zamri... Jangan Cepat Melatah...

Projek loji minyak : Kedah jangka raih RM400j

SUNGAI PETANI 22 Julai - Kerajaan negeri Kedah dijangka meraih pendapatan sebanyak RM400 juta setahun hasil daripada projek loji penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hab (Sulihh) yang dilaksanakan penghujung tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, jumlah tersebut dianggap cukup besar bagi kerajaan negeri untuk meneruskan agenda pembangunan dan memastikan rakyat Kedah menikmati taraf hidup sejahtera.

Katanya, kewujudan projek berkenaan juga dikatakan bakal mengubah lanskap pembangunan dan meletakkan Kedah sebagai negeri yang mempunyai loji penapisan minyak terbesar di Malaysia.

''Projek ini berjalan dengan lancar dan majlis pecah tanah akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.

''Apabila beroperasi kelak, kerajaan negeri menjangkakan hasil yang diraih adalah kira-kira RM400 juta setahun.

''Sementara rakyat Kedah pula akan mendapat banyak manfaat dari segi pembangunan, infrastruktur, pekerjaan dan perniagaan yang wujud melalui industri hiliran," katanya ketika berucap merasmikan Festival Kedah Sejahtera dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kedah di Padang Awam Bandar Laguna Merbok, di sini hari ini.

Hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Menurut Azizan, Kerajaan Kedah baru-baru ini telah memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan beberapa syarikat yang bertanggungjawab memajukan loji penapisan minyak berkenaan.

Antara syarikat berkenaan ialah Merapoh Resources, Hong Kong Beijing Star Ltd. , Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. of Korea.

''Apabila loji ini siap, syarikat tersebut akan mengimport minyak mentah daripada Timur Tengah dan memproses minyak tersebut sebelum dieksport semula ke China dan negara Asia lain," katanya.

Beliau memberitahu, dalam tempoh tiga tahun pertama loji berkenaan beroperasi, seramai 35,000 individu berpeluang mendapat manfaat bekerja dengan syarikat tersebut.

''Bagi membolehkan orang tempatan mendapat manfaat, keutamaan bekerja akan diberikan kepada rakyat negeri Kedah," jelasnya.

Sementara itu, Azizan berkata, Festival Kedah Sejahtera yang berlangsung hari ini hingga 28 Julai mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan dan orang ramai.

Katanya, kira-kira 100 gerai yang mempamerkan aktiviti serta perkhidmatan agensi kerajaan disediakan melalui festival yang julung-julung kalinya diadakan Kerajaan Kedah.

''Kos penganjuran program ini adalah sebanyak RM1 juta dan sebahagian besarnya dibiayai oleh sektor swasta menerusi skim penajaan," katanya.

Kerajaan Pusat buat dan jemput, kita akan pie..Tapi bila Kerajaan kita buat dan dia tak mau mai - MB

SUNGAI PETANI 22 Julai - Kerajaan Kedah tetap berupaya menjalankan projek-projek pembangunan pertanian meskipun tidak mendapat kerjasama daripada pegawai dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya juga tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya tidak mendapat peruntukan daripada kementerian terbabit memandangkan ada syarikat-syarikat swasta masih berminat membantu.

''Itu hak dia, kita apa boleh buat. Saya tak berasa apa-apa, terpulanglah. Saya dalam bidang kuasa saya dan kita ada cara kita.

''Tanpa kerjasama dan bajet daripada Kementerian Pertanian pun kita boleh buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kedah Sejahtera dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah di Padang Awam Bandar Laguna Merbok, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas arahan yang di keluarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semalam yang melarang semua pegawai agensi dan jabatan di bawah kementeriannya menghadiri sebarang mesyuarat atau kursus anjuran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Noh, arahan itu dikeluarkan ekoran kegagalan kerajaan negeri menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.

Beliau menegaskan, kehadiran pegawai di bawah kementeriannya ke mesyuarat atau kursus di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang hanya membuang masa tanpa ada sebarang usaha boleh dilakukan demi kebaikan rakyat.

Azizan berkata, beliau lebih bersifat terbuka dalam penganjuran pelbagai program atau mesyuarat yang melibatkan Kerajaan Persekutuan.

''Apa saja Kerajaan Pusat buat dan jemput, kita akan turut serta. Tapi bila Kerajaan kita buat dan dia tak mau mai (datang),

itu hak dia, (program) kita jalan macam biasa," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri gagal menyumbang dana atau bantuan kepada jabatan, Azizan memberitahu, isu tersebut tidak timbul memandangkan di Kedah, gaji semua pegawai Jabatan Pertanian dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

''Kita memang bagi peruntukan. Gaji pun kita bayar tiap-tiap bulan," jelasnya.

Beliau berkata, Noh patut menilai semula tindakannya memandangkan ia bercanggah dengan hasrat Kerajaan Persekutuan sebelum ini beria-ia untuk memajukan bidang pertanian dan menambahkan keluaran makanan negara.

Polis belum pasti pembabitan JI

Polis Indonesia belum mempunyai bukti kukuh yang mengaitkan Jamaah Islamiyah (JI) sebagai dalang di sebalik pengeboman dua hotel di selatan Jakarta, Jumaat lalu.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Nasional, Insp Jen Nanan Sukarna, berkata terdapat indikasi terhadap pembabitan JI namun masih tiada bukti jelas menunjukkan perkara itu. - Bernama

Menteri Gila..

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

PERTEMUAN DENGAN PM ISRAEL: ZAHID BOHONG


Oleh Edi Bakhtiar Sulaiman

Langkah pegawai khas Ahmad Zahid Hamidi menafikan Menteri Pertahanan itu menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Perancis baru-baru ini
mendedahkan Zahid sebagai pembohong yang cuba mencari modal politik murahan.

Zahid dalam laporan akhbar 19 Julai lalu dipetik oleh BERNAMA sebagai mendakwa beliau mengadakan
pertemuan dengan Netanyahu semasa pertunjukan udara Paris di Perancis Jun lalu.

Malah beliau mendakwa Perdana Menteri Israel sendiri yang memohon untuk berjumpa dengan beliau walaupun Kuala Lumpur dan Tel Aviv tidak mempunyai hubungan diplomatik.

Zahid mendakwa kononnya beliau mengenakan beberapa syarat ke atas pemimpin Yahudi itu. Pada "pertemuan" berkenaan, Zahid mendakwa telah memberi kata dua kepada Netanyahu mengenai pembunuhan kejam rakyat Palestin dan keperluan Israel mengiktiraf kerajaan Palestin.

Namun sehari selepas laporan Bernama itu, pembantu khas Zahid, Abd Halim Majid mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan berkenaan, tanpa penjelasan.

Abd Halim hanya berkata Zahid bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada majlis koktail di pertunjukan udara berkenaan.

Penafian itu menimbulkan spekulasi kerajaan Israel memandang serius pembohongan Zahid dan bercadang mengambil tindakan susulan.

Dalam pada itu, KEADILAN amat kecewa dengan tindakan Zahid mengadakan perjumpaan dengan Ehud Barak dan cuba mendakwa beliau bertemu
dengan Netanyahu.

Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya berkataa Zahid sepatutnya tidak langsung mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pemimpin Zionis yang terus mengganas di bumi Palestin dan Lubnan.

"Amat menyedihkan jika Zahid berfikiran bahawa pertemuan sedemikian akan mengubah pemikiran Israel yang menindas rakyat Palestin sedangkan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat tidak berjaya berbuat demikian,".

"Maka kita boleh simpulkan bahawa pertemuan itu lebih dari apa yang kita sangkakan sebagai hubungan diplomatik antara kedua-dua Menteri Pertahanan itu walaupun suatu ketika dulu Kerajaan Malaysia pernah mengecam tindakan menteri itu yang membuat serangan udara terhadap negara Islam," jelas Latheefa.

Latheefa seterusnya mempersoalkan apakah kepentingan dan agenda Zahid dalam masa yang singkat menjadi Menteri Pertahanan sehingga sanggup bertemu dengan Barak.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Begitu juga
juga Zahid yang dulunya menerajui hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. ".

"Kenapa beliau menjadi hipokrit setelah beralih kementerian." tanya Latheefa.
[http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1706]

Majlis Peguam : SPRM cabul perlembagaan, nafi hak asasi Teoh


SPRM mencabuli Perlembagaan dan undang-undang apabila menyoal siasat Teoh selama lebih 8 jam dan tanpa kehadiran peguam beliau, kata Majlis Peguam Malaysia.

Presiden badan itu K.Ragunath berkata SPRM melanggar Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Section 28 A (4) Kanun Prosedur Jenayah yang menjamin tahanan hak mendapatkan khidmat guaman.

Langkah SPRM enggan membenarkan peguam Teoh hadir untuk sessi soal siasat itu tidak boleh dimaafkan dan tidak harus diterima sama sekali, "kata beliau.

Selain mencabuli Perlembagaan, Ragunath berkata SPRM turut melanggar Peraturan 20, Undang-undang Penjara 1953 yang mewajibkan tahanan tidak boleh di soal siasat antara 6.30 petang hingga 6 pagi keesokan hari bagi memastikan mereka berpeluang rehat secukupnya.

“Tindakan SPRM menyoal siasat Teoh hanya sebagai seorang saksi dalam siasatan biasa untuk lebih daripada lapan jam, dan menafikan beliau tidur secukupnya tidak boleh dipertahankan sama sekali," kata Ragunath.

Pegawai SPRM telah menyoal-siasat Teoh mulai 6 petang sehingga 3.45 pagi keesokan hari.

Ragunath berkata Teoh seharusnya disoal-siasat untuk tempoh tertentu saja dan jika perlu di minta kembali untuk disambung sessi itu.

"Teoh jelas bukan satu ancaman, dan tidak ada risiko beliau akan cuba melarikan diri. Beliau dijadualkan berkahwin keesokan hari dia disoal-siasat," tambah Ragunath.

Ragunath berkata cara Teoh disoal-siasat oleh SPRM boleh ditakrifkan sebagai penyeksaan mengikut penanda aras antarabangsa mengenai hak asasi manusia.

Ini adalah insiden terbaru membabitkan kematian orang awam ketika disiasat oleh agensi penguatkuasa undang-undang. Ia amat mengaibkan dan biarlah insiden ini yang terakhir seumpamanya,' kata Ragunath

[http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1711]

Ku Li: KERAJAAN KELANTAN BERHAK KEPADA ROYALTI MINYAK



Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Ehsan: Suara Keadilan
[http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=1707]

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG KEBAKARAN SAIF

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF
A/C Bank Islam : 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut
sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah
012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail,
Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Pihak sekolah merayu sumbangan SEGERA seperti berikut:
1. Meja/kerusi murid
65 unit 1 unit=RM100.00]
2. White board - 2 Unit
3. Peralatan pejabat membeli kelengkapan bilik darjah yang
4. Komputer
5. DLL

Bersamalah kita membantu membina semula sekolah ini.Semoga anak generasi kita dapat menimba ilmu.

Mansuh ISA bukan Pinda




Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi

1. ISA tidak lagi relevan ! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini .

2. ISA yang diwujudkan sejak 1 ogos 1960 [ 1 ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi ] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara .

3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah , Majlis Peguam membantah akta ini [ ISA ] kerana berpagang kepada sebab – sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [ Tun Abdul Razak ] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis . [ Mingguan Malaysia , 25 Jun 2000 ]

4. Rasionalnya , apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita , maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen .

5. Sungguh ! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara . Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama . Bukankah Negara memiliki PDRM , SPRM , institusi kehakiman , Jabatan pendakwaraya , peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita . Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan ? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan ? tidak masuk aqal !

6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [ orang politik ] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya .

7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah .

8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang – undang yang zalim dan primitif .

9. ISA tidak demokratik . Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang – undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [ tidak termasuk perjalanan yang perlu ] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu .

10 . Kerana saya tidak setuju ! ISA mesti dimansuhkan ! Anda setuju ?


Komen Admin : Saya Setuju 1000%. buat susah orang je... kalau telus tak pa juga..

KETUA KAMPUNG TERIMA ELAUN TERTUNGGAK 21 Julai

Besok, Selasa 21 Julai 2009, InsyaAllah Ketua Kampung/ Komuniti dalam akan mendapat elaun yang telah tertangguh selama 7 bulan.......... asalnya dikatakan akan diberi setiap 3 bulan sekali, tetapi sekarang sudah melewati 7 bulan.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri Kedah, baru sekali Ketua Kampung menerima elaun mereka yang tak seberapa iaitu RM300 sebulan.

Exco telah memutuskan, elaun akan dibayar setiap 3 bulan sekali.

Malang dimana silapnya, dari 3 bulan sekali sekarang telah menjangkau 7 bulan, dan InsyaAllah esok Ketua Kampung/Komuniti akan mendapat elaun mereka. Walaupun aku bukan Ketua Kampung/Komuniti tapi akulah antara tukang kacau agar elaun Ketua Kampung di bayar bukan 3 bulan sekali, tetapi sebulan sekali.

Hari Sabtu, 18 Julai 2009 yang lalu, aku menerima SMS dari Pak Su Azim minta umum kepada semua Ketua Kampung/Komuniti yang ketika itu aku tengah bentang Panduan Tugas Ketua Kampung/Komuniti kepada seluruh Ketua Kampung/Komuniti dan Aktivis Sosial Parlimen Kuala Kedah dalam Seminar Menangani Gejala Sosial dan Pembangunan Masyarakat.

SMSnya berbunyi, "Umumkan hari Selasa (21 Julai 2009) boleh pi terima elaun MKK di Pejabat Daerah - ana dah hubungi Dato Mat .... - yang benar Pak Su Azim".

Mudah-mudahan SMS itu menjadi kenyataan dan semua Ketua Kampung/Komuniti akan tersenyum lebar menerima elaun mereka esok.
[http://arisawang.blogspot.com/]

Tilam Kena Lelong??? lucunyaaaa

KUALA KRAI: Sebanyak 5,000 tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan hari ini.

Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni, berkata syarikatnya diarah melelong tilam span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.

"Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini.

Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lalu.

Azlina berkata, pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manek Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan Laloh, 3,000 unit.

Beliau berkata, jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan adalah sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai. - Bernama
[http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/tilam-polis-di-manek-urai-dilelong.html]

PAS Selangor kesal kaedah soal-siasat SPRM terhadap Beng Hock

PAS Selangor merakamkan kesal dan dukacita di atas kematian "misteri" Setiausaha Politik kepada ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mayatnya yang dikatakan terjatuh dari Pejabat SPRM Selangor di Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam.

Adalah sangat dikesali apabila SPRM baru bangkit untuk membina nama dalam kerja-kerja pembenterasan rasuah dalam negara, tiba-tiba namanya dikaitkan dengan kematian "misteri" ini.

PAS Selangor kesal bagaimana SPRM Selangor boleh menjalankan soal-siasat ke atas mendiang yang dikategorikan sebagai seorang saksi dan bukannya suspek, dari jam 5 petang membawa ke 3.45 pagi.

Soal-siasat dalam waktu yang luar biasa ini menambahkan pelbagai spekulasi dan kecurigaan yang hanya mengeruh dan memburukkan lagi imej SPRM dan kerajaan Malaysia.

PAS Selangor tidak berhasrat menghalang mana-mana pihak berwajib dalam menjalankan tugas-tugas mereka sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, walau bagaimanapun segala proses dan prosedur yang ada perlulah dipatuhi dan bebas dari sebarang prasangka yang hanya akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap badan dan agensi kerajaan.

Sesungguhnya kematian "misteri" mendiang Teoh sungguh mencurigakan dan membangkitkan keluh-kesah di hati rakyat, oleh itu PAS Selangor mendesak agar pihak kerajaan segera membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat sehingga ke akar umbi kejadian malang ini, dan mudah-mudahan penemuan mereka nanti dapat meyakinkan rakyat dan menghilangkan segala tohmahan dan spekulasi liar yang bermain di kalangan masyarakat dalam negara kita hari ini.

PAS Selangor turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan mendoakan semoga kematian "misteri" seumpama ini tidak lagi berulang.
---
Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21828&Itemid=1]

UMNO tidak ikut Islam


SHAH ALAM – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman kerana banyak banyak mencabar ayat-ayat suci al-Quran dan Sunnah.

Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya.

“Masalah ini terjadi kerana kepimpinan BN tidak menghayati kandungan Islam yang sebenar. Jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan Allah dan menabikan Muhammad SAW, landasan sebenar perlu dituruti.

“Kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain?” katanya, semalam.

Sekiranya dibandingkan dengan kepimpinan Pas, beliau berkata, Pas memperjuangkan Islam agar menjadi akidah kepada negara dari segenap segi sama ada dari sudut pentadbiran, kehakiman atau sebagainya.

“Pendek kata, apa sahaja yang terkandung dalam dua kalimah syahadah iaitu ‘tiada tuhan disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’ akan diaplikasikan oleh Pas bukan sahaja dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara,” katanya.

Menurutnya, situasi sebeginilah yang membezakan antara UMNO dan Pas memandangkan dasar serta matlamat perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

“Kita dapat lihat kepimpinan negara, terang-terangan menolak hukum Allah,” katanya.

Beliau berkata, UMNO membenarkan ‘Riddah’ atau murtad: berleluasa di samping mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Harun berkata, sekiranya hanya menghebohkan soal pembinaan masjid, semua dunia membina rumah Allah itu, namun pentadbiran mereka sama juga tidak mengikuti ajaran Islam.

“Status kedudukan pemimpin di negara barat dan timur yang sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO di Malaysia ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya masih wujud benih keimanan dalam hati pemimpin UMNO, beliau merayu mereka kembali bertaubat ke jalan Allah SWT
[http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2365&Itemid=1]