Untuk Aljazira Tv klik webtv

Saman RM218 juta ke atas Umno, Elegant gagal lagi



Hafiz Yatim
Apr 28, 10
1:58pm
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno kerana didakwa gagal menjelaskan bayaran bekalan barangan dan perkhidmatan semasa pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather ketika membatalkan saman Elegant Advisory bahawa tuntutan itu tidak mencukupi dan tidak jelas untuk menunjukkan kuasa tindakan.

Dua hakim lain adalah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie 

Pada 10 September 2009, Anantham membatalkan saman Elegant Advisory selaku plaintif setelah mendapati tiada kontrak yang sah sama ada secara lisan mahupun bertulis dibuat antara syarikat itu dengan Umno.

Anantham juga memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000 kepada Umno selaku defendan dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh berkenaan.

Sehubungan itu, Mahkamah rayuan juga memerintahkan perayu membayar RM5,000 kepada Umno sebagai kos.

Umno diwakili oleh peguam Hafarizam Harun manakala Yusfarizal Yusoff dan Ahmad Termizi Abdullah pula mewakili Elegant Advisory

Memali: Menteri nafi Musa Hitam arah tembak


Memali: Menteri nafi Musa Hitam arah tembak
Apr 28, 10 12:34pm
Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata spekulasi bahawa Tun Musa Hitam mengarahkan polis menembak mati dua penduduk semasa peristiwa berdarah Memali di Baling pada 1985 adalah tidak benar.
Ketika itu, Musa (kanan) merupakan timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri.
Hishammuddin berkata, pada 19 November 1985, polis menjalankan operasi untuk menangkap Ibrahim Mahmud dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.
"Semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim Mahmud dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing," katanya.
Hishammuddin memberitahu demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan lisan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang juga naib pengerusi DAP, di Dewan Negara Isnin lalu.
Menurutnya lagi, pihak polis telah menyeru penyokong Ibrahim supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman.
'Demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan," tambahnya.

Peristiwa
 tersebut, kata Hishammuddin telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.
Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, Musa sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut memandangkan beliau menjadi menteri dalam negeri pada ketika itu. 
Beliau juga pada masa itu memangku tugas perdana menteri ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negar





Peguam Perancis kes Scorpene kini di Kuala Lumpur


Peguam Perancis kes Scorpene kini di Kuala Lumpur
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 28 April: Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam  Scorpene, kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham (gambar), yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.

Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Ia melibatkan pembelian dua buah kapal selam Scorpene-class diesel yang dibina oleh Armaris, anak syarikat kepada syarikat pertahanan milik kerajaan Perancis, DCN.

Breham, salah seorang dari tiga peguam yang memfailkan kes itu kepada Pendakwaraya Paris memberitahu Asia Sentinel, Mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal terhadap kes ini.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan butiran lanjut mengenai kes ini kepada wartawan tempatan.

Breham, Renaud Semerdjian and William Bourdon, peguam utama kes ini, telah memfailkan permohonan untuk menyiasat tindakan memberikan rasuah terhadap DCN pada Disember tahun lepas. Dokumen tambahan kemudiannya difailkan lagi pada February lepas.

Bagi rakyat Malaysia, kes ini bukan sekadar rasuah tetapi juga pembunuhan kejam terhadap wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Abdul Razak turut didakwa tetapi telah dilepaskan sebelum ini. Dua anggota polis bagaimanapun menghadapi hukuman gantung kerananya.

MB Kedah: Mohd Nasir tak perlu mohon ampun


MB Kedah: Mohd Nasir tak perlu mohon ampun
Apr 28, 10 4:58pm
Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan.

- Bernam

April Fool Day’s


April Fool Day’s

Posted on April 2, 2009 by apis-gb
Categories: 
Uncategorized.
Adakah anda ketahui fakta yang agak pahit di sebalik hari April Fool ? 
Kira-kira beribu-ribu tahun yang lampau, negara Sepanyol diperintah oleh orang-orang Islam. Kuasa orang Islam di Sepanyol ketika itu cukup kuat, yang tidak mungkin boleh ditandingi.
Orang-orang Kristian di Barat ingin sekali menghapuskan Islam daripada semua bahagian dunia dan mereka telah berjaya pada satu tahap. Tetapi mereka telah cuba untuk menghapuskan Islam di Sepanyol dan cuba menakluknya (conquer), tetapi gagal.
Mereka kemudiannya menghantar beberapa orang perisik ke Sepanyol untuk mengkaji keadaan orang Islam di sana dan mengesan apakah kekuatan yang mereka miliki. Dan, mereka dapati bahawa kekuatan yang ada pada orang-orang Islam ialah TAQWA. Muslim di sana tidak hanya sekadar muslim pada nama, tetapi mereka mempraktikkan ajaran Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, bahkan melaksanakan kandungan Al-Quran. Mereka berkata ‘tidak’ kepada muzik, mereka juga berkata ‘tidak’ kepada arak dan semua benda yang diharamkan oleh Islam. Jika mereka baca dalam Al-Quran mengenai hijab, mereka laksanakannya, berbeza dengan keadaan kebanyakan masyarakat Islam kita pada hari ini. Marilah kita berganding tangan dan berjanji untuk menjadi Muslim yang benar-benar melaksanakan perintah Allah (Practicing Muslims).
Orang-orang Kristian telah menjumpai satu jalan yang boleh melemahkan kekuatan yang dimiliki orang-orang Islam. Mereka telah menghantar pelbagai jenis alkkohol dan rokok ke Sepanyol dengan percuma (free of cost). Teknik ini nampaknya berkesan dan ianya telah mula melemahkan keimanan orang-orang Islam terutamanya generasi muda Sepanyol.
Natijahnya, Katholik Barat telah berjaya menghapuskan pengaruh Islam dan menawan seluruh Sepanyol yang membawa satu noktah akhir kepada pemerintahan 800 tahun Islam di Sepanyol. Kejatuhan terakhir muslim di sana ialah ketika kejatuhan Grenada (Ghornata) pada 1 haribulan April. Dan, daripada tarikh itu, setiap tahun  mereka merayakan ‘Hari Bodoh’ pada 1 April, yang mana mereka telah berjaya membuatkan umat Islam bodoh pada tarikh ini dan kita sebagai orang Islam juga telah diperbodohkan oleh Kristian yang mana mereka sekarang merayakan bulan April sebagai hari bodoh.
Diterjemahkan daripada bahasa Inggeris dari Mailing List Islam TopSites
(harap maaf di atas segala kelemahan saya  dalam penterjemahan)
Artikel dalam bahasa Inggeris boleh didapati daripada : ibrahim1@onetel.net.uk

April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. 
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga  tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang  tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Eh.. Sejak bila Brahim Ali menjadi Ahli Parlimen UMNO/BN?


Kata Ibrahim Ali “Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,”


Kata dia.. KITA tuu....kah.. kah.. kah.. eh sejak bila Brahim Ali ini diterima oleh Najib menjadi sebahagian dari Ahli Parlimen BN? Perasan sungguh Raja Katak yang tak ada nilai ni, maksud aku tak bernilai langsung jika dibandingkan dengan katak-katak lain..

Raja Katak tu kan Ahli Parlimen bebas yang menyokong BN manakala Najib dan BN tak pernah pula menyatakan mereka menyokong Raja Katak itu..

Bukan pasal itu yang aku nak komen sebenarnya.. Cuma sedikit komen pasal kenyataan Brahim Ali yang telah menggesa kerajaan menangguhkan bantuan buat Kaum Cina kerana menurutnya mereka tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan.

Brahim Ali mungkin terlupa atau pura-pura tidak tahu bahawa kaum Cina adalah kaum yang menguasai ekonomi Negara ini, mereka juga adalah penyumbang terbesar kepada cukai pendapatan yang dikenakan oleh kerajaan.

Kalau Najib mengikut cadangan bodoh Brahim Ali itu, bagaimana pula jika Kaum Cina yang membayar cukai pendapatan itu pula menangguhkan bayaran cukai pendapatan mereka?

Dan bagaimana pula jika Cina yang bernama Vincent Tan itu menangguhkan juga bayaran ‘Director Fees’ kepada Brahim Ali.

Kalau kerana tidak mengundi BN dalam PRK Hulu Selangor yang lalu pengundi Cina dikatakan tidak tahu berterima kasih, Brahim Ali ternyata memang bodoh!!

Itu hak mereka, hak mereka sebagai rakyat Malaysia.. hak mereka untuk memastikan demokrasi terus subur di Malaysia ini.. walaupun kini tercalar sudah.....

Sebagai Ahli Parlimen sepatutnya Brahim Ali berfikir dengan lebih jauh, Brahim Ali sepatutnya berfikir dahulu apa yang hendak diucapkannya, jangan hanya bercakap untuk membuatkan Najib berasa bangga dengan kehadiran beliau..


Hulu Selangor: Perkasa gesa BN tangguh bantu kaum Cina
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 April — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kontroversi menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam.

“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

Walaupun analisis menunjukkan sokongan pengundi Cina masih belum memihak kepada BN tetapi ia menerima peningkatan undi komuniti India hampir 10 peratus.

BN meletakkan sasaran majoriti 6,000 undi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider awal minggu lalu Ibrahim sendiri meletakkan majoriti 3,000 kepada BN tetapi Khamis lalu menurunkannya kepada 1,500 undi.

Kata beliau, apa saja yang kaum Cina minta kerajaan sedia berikan tetapi mereka tidak berterima kasih.

“BN kena ambil hati orang Melayu yangg tetap setia pada BN.

“Oleh itu dasar afirmatif untuk memperkasakan kaum Melayu dan Bumiputera mesti diterus dan dilaksanakan dengan tegas,” kata beliau dengan merujuk kepada Model Ekonomi Baru yang sedang dirangka.

Malam tadi, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

“Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru,” katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata, MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

Ibrahim berkata kemenangan BN membuktikan rakyat mahu ketenangan dan kesetabilan politik.

“Ia juga bukti rakyat menerima kepimpinan Datuk Seri Najib (Razak) sebagai perdana menteri. Ia juga membuktikan politik perkauman ditolak rakyat.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina.

“Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” katanya.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk memburukkan nama Perkasa dalam pilihan raya Hulu Selangor juga tidak memberi kesan

Najib nafi BN beli undi di Hulu S'gor

pengumuman pelbagai projek di Hulu Selangor bukan bertujuan membeli undi pada pilihan raya kecil itu semalam.

Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pengumuman berkenaan adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat yang sudah lama hadapi mereka.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu,kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di Putrajaya.

Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.

Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di
Hulu Selangor.

Semalam P Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katanya.

Najib berkata beliau merasa gusar dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang berhubung perkara itu.

"Mereka perlu tanya diri sendiri, apa yang mereka lakukan dengan sumber kerajaan negeri. Tidakkah mereka yang luluskan entah pelbagai benda untuk orang ramai semasa pilihan raya?

"Mereka yang melakukannya, jadi jangan tunding jari kepada Barisan Nasional, tolong lihat diri sendiri," katanya.

Najib seterusnya menyuarakan rasa puas hati dengan keupayaan BN menawan kembali satu kerusi parlimen yang berada dalam sebuah negeri yang ditadbir pembangkang.

"Saya amat gembira dengan keputusan pilihan raya itu kerana ia menunjukkan bahawa kecenderungan kini nyata dilihat semakin beralih kepada BN. Ia kemenangan yang cukup manis kerana kami memenanginya selepas berjuang di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.

"BN kelihatan sedikit 'handicapped' jika dilihat dalam konteks ini. Bagaimanapun kemenangan yang diraih cukup manis kerana BN boleh bangun bersama dengan kemenangan ini, dan ia memberikan semangat baru serta harapan di masa hadapan," katanya.

Perdana Menteri berkata kemenangan BN di Hulu Selangor perlu menjadi satu kemenangan yang berkekalan.

"Ia perlu menjadi satu kemenangan yang berkekalan, dan ia akan dapat dipastikan dengan cara memahami apa yang perlu dilakukan untuk tempoh jangka masa panjang. Jadi ia tidak boleh berlingkar kepada satu kemenangan singkat, sebaliknya ia perlu dipupuk dan dikukuhkan dengan apa yang perlu dilakukan supaya Barisan Nasional turut menjadi parti untuk masa depan," katanya.

Najib berkata beliau percaya ujian sebenar bagi BN ialah pada pilihan raya umum akan datang.

"Ujian sebenar pastinya pilihan raya umum. Setakat ini daripada apa yang saya dengar, ia amat menggalakkan, ada sokongan dari orang ramai dan kami berharap untuk menunjukkan hasil yang baik, dan orang ramai juga pastinya mahukan hasil yang terbaik," katanya.

- Bernama

PAS ada bukti kerajaan promosikan Israel dalam negara

PAS ada bukti kerajaan promosikan Israel dalam negara
http://idrisahmad.wordpress.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel.

Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Dan Mukhriz pula diletakkan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat

Adun Bukit Lada dilantik Timbalan Speaker Dun Kedah


ALOR SETAR, 26 April: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki (gambar) sebagai Timbalan Speaker Dun, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Datuk Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua).
Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan Adunnya hilang kelayakan kerana melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.

BN lebih berliku selepas Hulu Selangor


ALOR SETAR, 26 April: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor semalam memberikan mesej yang jelas BN bakal menghadapi jalan-jalan yang lebih berliku pada masa akan datang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) ketika sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, hari ini melahirkan rasa terkejutnya dengan kemenangan tipis calon BN, P Kamalanathan.
"BN menang kita tak terkejut, tapi yang kita terkejut BN menang sikit, majoriti undi yang hanya 1,700 lebih tak setimpal dengan apa yang dia sogokkan kepada pengundi di Hulu Selangor. BN akan berhadapan jalan yang berliku jika keputusan ini diambil kira.
"Peruntukan untuk sekolah Cina, peneroka Felda, projek-projek segera dan berbagai-bagai lagi sogokan kepada pengundi termasuk serangan peribadi ke atas calon adalah amalan yang menyalahi undang-undang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kena siasat perkara ini," katanya yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Azizan yang bersimpati di atas kekalahan Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun turut mengucapkan tahniah kepada jentera PR yang berjaya meningkatkan jumlah undi berbanding pilihan raya yang lalu.
Keputusan malam tadi menyaksikan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi, berbanding 23,177 undi yang diperolehi oleh Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika pilihan raya umum yang lalu.
"Ini merupakan petanda baik kepada PR dalam pilihan raya yang akan datang. Kita harap PR akan mencatatkan kemenangan dalam PRK Sibu, 15 Mei nanti," katanya

laporan Dari Hulu Selangor


75.87 peratus keluar mengundi jam 5 petang
Harakahdaily   
HULU SELANGOR, 25 April: Jika benar apa yang dijangkakan oleh bilik gerakan  PAS, Datuk Zaid Ibrahim akan menang sekitar 500 undi apabila peratus keluar mengundi pada jam 5 petang adalah 75.87 peratus.
 
‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
Harakahdaily   
HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.
 
Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid
Zulkifli Sulong   
HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.
 
Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
Harakahdaily   
HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi

Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid


HULU SELANGOR, 24 April: "Saya dicerca dan dimaki oleh Umno, Tok Guru (Nik Aziz) dua kali telefon saya dan menasihati saya, bersabar, bersabar, bersabar dan kita berdoa," kata calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa terharu atas sokongan moral yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
"Saya amat gembira sekali, saya berasakan begitu terharu dengan sokongan Tok Guru," ujarnya lagi sambil memandang muka Nik Aziz pada sidang media di Rumah Rehat Daerah Kuala Kubu Baru, malam tadi.
Bercakap pada sidang media itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta seluruh pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, esok sebagai menolak politik perkauman Umno/BN.
Dengan menolak politik perkauman sebagaimana yang dituntut dalam Islam, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, manusia tidak akan menghadapi masalah walaupun mereka terdiri oleh pelbagai bangsa.
"Dalam Islam menyebut, semua manusia berasal daripada seorang bapa dan seorang ibu, bapa namanya Adam, ibu namanya Hawa, bila saya sebut tentang bangsa manusia, maka tidak timbul masalah bangsa," jelas beliau.
 "Daripada Adam dan Hawa inilah lahirnya anak cucu, bertaburan di seluruh dunia, ada yang jadi Arab, ada yang jadi Melayu, ada yang jadi Cina, ada yang jadi Australia dan ada yang jadi Afrika, sebab itulah tak timbul masalah bangsa."
Bertitik tolak atas asas menolak politik perkauman tersebut, beliau menjelaskan tujuan beliau turun berkampung di Hulu Selangor sehingga selesai tempoh berkempen, hari ini.
"Saya datang sini untuk berkempen Pakatan Rakyat. Saya datang bukan dengan nama bangsa Melayu, saya datang dengan nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
"Insya Allah, saya harap demo (kamu) semua boleh mengundi Pakatan dan Datuk Zaid," jelas beliau lagi.
Ditanya tentang politik adu domba menyerang peribadi Zaid, Nik Aziz menganggap Umno/BN mengamalkan politik budak-budak yang bersifat bodoh.
"Ini kerja budak-budak, dia (Umno/BN) tak boleh lawan hujah (maka) dia serang peribadi (Zaid). Ini suatu perkara yang memalukan, memalukan politik Malaysia.
"Macam budak-budak kecillah, kalau boleh bertumbuk, dia akan bertumbuk. Kalau tak boleh tumbuk, dia lari mencebik (menjelir lidah). Itu semata-mata nak lepaskan," ujarnya

PM dicabar hadir debat perdana malam ini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini. 

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja

Anak Ghafar Baba di pentas Anwar

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh. 

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Tamparan balas

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution. 

Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.

“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.

“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Bergegas pulang

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan. 

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk SeriDr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru.

Umno Teluk Kemang nafi pemimpin keluar parti

Pemuda Umno Teluk Kemang menafikan terdapat ahli dan pemimpinnya keluar parti dan menyertai PKR, seperti yang diumumkan dalam satu ceramah PKR malam semalam.

Ketua penerangannya, Rosman Mohmmad berkata, perkara tersebut tidak berlaku di semua peringkat pergerakan itu sama ada di peringkat cawangan atau bahagiannya.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau menyifatkan pengumuman semalam sebagai satu “propaganda” yang dijalankan Pakatan Rakyat, kemungkinan disebabkan “gelora kemenangan Tan Sri Isa Samad” dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang sebelum ini.

“Bahagian Teluk Kemang makin kuat hari ini berikutan makin ramai anak-anak muda termasuk ahli pemuda PKR di kawasan Teluk Kemang menyertai Umno,” kata Rosman.

“Jika ada mana-mana pihak yang mendakwa berita itu masih benar, kita pihak Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang minta buktikan dengan jelas perkara itu.”

Malam semalam, dalam ceramah perdana yang dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Buaya, PKR mengumumkan terdapat 20 pemimpin Pemuda cawangan di Teluk Kemang keluar Umno dan menyertai parti itu.

Tahniah Malaysia...............

Lebih 200 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Blair (kiri, berbaju cerah) hadir di Malaysia sebagi penceramah jemputan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Presiden Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dan NGO lain seperti Belia 4B Malaysia, Persekutuan Persatuan Kwong Siew Malaysia, Viva Palestina Malaysia dan Yayasan Perang Penjenayahan Kuala Lumpur.

Mereka membantah sekeras-kerasnya kehadiran Blair kerana peranan bekas perdana menteri Britain itu dalam pendudukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq pada 2003, yang mengakibatkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq.

Sebelum ini Ibrahim berjanji ribuan selipar akan "menyambut" Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.

Bagaimanapun, kehadiran mereka dikawal ketat oleh lebih 50 anggota polis yang berkawal di sekitar pusat konvensyen berkenaan sejak awal pagi.
Blair dilaporkan masuk di pusat konvensyen berkenaan menerusi laluan lain.
Sementara itu Berita Harian Online melaporkan Ibrahim Ali kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan Blair berikutan kawalan keselamatan polis yang ketat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Katanya, beliau hanya dapat menyerahkan memorandum kepada wakil Blair yang beliau sendiri tidak tahu namanya di pusat konvensyen berkenaan.
Kumpulan berkenaan bersurai kira-kira 11.30 pagi tadi.