Untuk Aljazira Tv klik webtv

Alhamdulillah...













Alhamdulillah, pemacu ekonomi Kedah telah memasuki Fasa baru di bawah pemerintahan PR Kedah. Tidak sampai sehari memerintah, projek ini telah berubah tapak dari tanah sawah ke laut. Selamatlah tanah rakyat seluas 4,300 ekar di kawasan sawah tersubur dalam kawasan MADA.

Setelah 4 bulan berbincang, perancangan baru dibuat dan diluluskan segera. Ketelusan dan kerja keras Pimpinan Kerajaan Kedah di bawah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan, telah menarik lebih banyak syarikat untuk terlibat dalam projek ini. Pelaburan telah meningkat sebanyak 32 bilion (dari 51 bilion kepada 83 bilion). Projek ini akan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor industri minyak bagi rakyat Kedah. Ini adalah satu pencapaian besar dalam sejarah Kedah. Ia dicipta hanya pada penggal pertama pemerintahan PR pimpinan PAS di Kedah.
Ia akan menjadi projek penapisan minyak terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan, daripada ditawarkan syer 5% dalam projek (yang diunjurkan akan mendatangkan hasil kepada Kedah setelah keuntungan diperolehi, setelah 40 tahun operasi), telah meminta ditukar kepada komisyen bagi setiap tong yang diproses, dan dibayar terus kepada kerajaan yang dijangka mendatangkan hasil sebanyak RM400 juta setahun. Ini bermakna, walaupun projek ini belum mendatangkan margin keuntungan kepada pelabur, tetapi kerajaan negeri Kedah tetap mendapat hasil untuk dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini. Inilah hasil kepimpinan yang mendahulukan rakyat.... Ini belum termasuk industri hiliran daripada anchor project ini.

Esok kita sambung lagi....

Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb

PETALING JAYA, 26 Feb: Ikon rock tanah air, Amy Search akan menjayakan program sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 di Masjid Kota Damansara pada hari Ahad, 28 Februari ini.
Namun, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman (gambar) tidak mendendangkan lagu-lagu popularnya tetapi menjadi ahli panel pada forum bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ yang bermula jam 8.00 malam.
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani turut serta sebagai ahli panel pada majlis yang dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob itu.
Wahid Senario pula diundang bagi mengendalikan acara kanak-kanak seperti pertandingan nasyid, bercerita dan menulis khat yang bermula jam 2.00 petang.
Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang diadakan selepas solat Asar.
Sehubungan itu, nazir masjid, Ustaz Mat Taib Pa menjemput masyarakat sekitar untuk sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada anak-anak kariah dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut dan program-program sebelum ini.

Markas PAS Taman Melewar jadi Kolej Universiti


GOMBAK, 27 Feb: Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, akan dijadikan institusi pengajian tinggi yang menawarkan pelbagai kursus bagi memenuhi keperluan negara.
Ianya akan diberi nama Kolej Universiti Prof Dr. Zulkifli Mohamad yang pembinaannya telah pun bermula Disember lalu dan dijangka siap dalam masa enam bulan lagi.

Kampus itu dijangka memulakan operasinya pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub sewaktu meninjau kawasan pembinaan itu petang kelmarin memberitahu, pembinaan kampus tersebut memerlukan dana hampir dua juta dan berharap lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan.

"Setakat ini kita mendapat laporan tidak ada sebarang masalah dalam proses pembinaan kolej ini. Cuma kita masih memerlukan kewangan untuk menampung kos pembinaan yang bernilai hampir dua juta ini. Jadi saya harap lebih ramai para dermawan akan menghulurkan sumbangan," katanya.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad yang turut bersama dalam tinjauan itu pula berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institusi itu.

"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh berharap pembinaan kolej tersebut adalah mesra wanita, dengan menyediakan kemudahan-kemudahan khusus untuk wanita seperti ruang solat dan rehat yang tertutup.

"Saya mewakili muslimat keseluruhannya berbangga dengan pembinaan kolej ini cuma apa yang kami harapkan, pembinaan bangunannya lebih muslimat. Supaya muslimat rasa lebih selesa untuk solat mahupun berehat," ujarnya.

Ditanya rasional kolej itu menggunakan nama Prof Dr Zulkifli Mohamad, Nuridah berkata, ianya bagi menghargai jasa allahyarham sebagai tokoh yang disegani dalam parti dan sebagai ilmuan yang dikenali ramai.

"Kita memilih nama ini sebab ianya bersesuaian dengan hasrat kita melahirkan golongan profesional daripada kolej ini. Allahyarham bukan sahaja seorang politician malah seorang agamawan dan ahli akademik yang disegani ramai," katanya.

Bagaimanapun, salah satu dewannya akan kekal menggunakan nama Allahyarham Datuk Fadzil Nor seperti sebelum ini.

Turut bersama dalam tinjauan itu Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin dan juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Salbiah Wahab.

Penduduk selatan Sabah dinasihat jauhi pantai

Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu, lapor Bernama.
ring of fire in face of tsunami threatKebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan rakyat mereka ke tanah tinggi.

Siren pemindahan penduduk memenuhi ruang udara Hawaii, French Polynesia dan Selatan Pasific. Gempa bumi di Chile mengakibatkan sekurang-kurangnya 147 orang terkorban.

Kira-kira 50 negara dan wilayah dari New Zealand ke Jepun sebelum ini pernah dilanda tsunami di Lautan India yang mengorbankan lebih 220,000 nyawa.
Lima belas jam selepas gempa semalam, ombak tsunami melanda pantai Chile dan wilayah barat French Polynesia dan kepulauan Chatham di New Zealand. Para pegawai bimbang ia bakal diekori ombak yang lebih besar.

Pusat amaran tsunami pasific, memberi amaran mengenai kemungkinan 'kerosakan besar' akibat hempasan ombak yang boleh mencecah sehingga tiga meter.

Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak

Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.

Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi.

Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin.

Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.

Agong selamat pulang dari Jerman

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Jan lalu.

Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan sihat selepas mendapat rawatan di Medical Park, St.Hubertus.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.

Pada 30 Nov tahun lalu, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.

- Bernama

YSB kumpul RM60 ribu untuk program modal Insan remaja

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR ALOR SETAR: Sebanyak RM60,000 berjaya dikumpulkan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) pada peringkat pertama penganjuran pertandingan golf amal yang diadakan di Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani pada 20 Februari 2010. Menurut Pengurus Perhubungan Awam YSB, Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail, penganjuran pertandingan golf amal ‘The Royal Challenge 2010’ itu melibatkan empat peringkat pusingan dalam usaha yayasan berkenaan mengisi dana tabung kewangannya. “Peringkat akhir dijadualkan berlangsung selam dua hari di Darulaman Golf, Jitra bermula 27 Mac 2010 dan hasil kutipan akan disalurkan kepada program membina modal insan remaja di negeri ini dan penubuhan pusat hemodialisis baru di Daerah Kuala Muda,” jelasnya. Tambahnya, YSB menjangkakan kutipan sebanyak RM200,000 dapat dikumpulkan bagi membiayai program itu.

Kampus induk Insaniah bakal jadi kenyataan

Oleh: AMELIA HASHIM KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azzian Abdul Razak menjadi saksi majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dengan Kedah Sato Sdn Bhd (KKSB) bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling. Kemudahan pembiayaan kewangan Islam bersendiket oleh BIMB yang bertindak sebagai pengatur utama pembiayaan itu dengan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM200 juta, manakala Affin Islamic Bank Sdn Bhd sebagai pengatur bersama akan membiayai baki sebanyak RM130 juta. KSSB ialah anak syarikat milik penuh Bina Darul Aman Bhd (BDB) diwakili pengarah Urusannya Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, manakala Affin Islamic Bank oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Abdul Rani Lebai Jaafar. Pengarah Urusan BIMB Dato’ Zukri Samat berkata, menerusi struktur pembiayaan itu, KSSB akan menyelesaikan kemudahan berkenaan dalam tempoh 15 tahun termasuk tempoh tangguh selama tiga tahun. Selain itu, katanya, BIMB merancang membuka 10 lagi cawangan baru di seluruh negara tahun ini, membabitkan pelaburan kira-kira RM7 juta termasuklah Alor Setar, Bukit Jeutung dan Sri Petaling di Lembah Kelang dan Sibu dan Sabah. Menurutnya dengan pelaburan purata RM700 ribu bagi setiap cawangan bergantung kepada saiznya dan yakin cawangan baru bukan sahaja dapat mebantu meningkat lagi penguasaan pasaran BIMB malah turut berupaya memenuhi permintaan terhadap produk berlandaskan syariah. Pembukaan cawangan baru itu juga akan menambah jumlah cawangan BIMB kepada 110 menjelang akhir tahun ini.

Nasib mangsa kebakaran Sungai Limau dapat perhatian

Nasib mangsa kebakaran Sungai Limau dapat perhatian

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
YAN, 17 Februari:  Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) prihatin dengan nasib 13 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran 14 deret rumah kedai di Pekan Sungai Limau pada 15 Februari 2010.



 
Yang Dipertua PBANK, Tunku Bendahara, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah meluangkan masa meninjau tempat kejadian, selain menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada kesemua mangsa.
Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Cina Yok Ming yang merupakan penempatan sementara kesemua mangsa kebakaran.
Hadir sama ialah Toh Puan Bendahara, YTM Dato’ Noor Suzana Abdullah dan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Seramai 11 keluarga Cina dan dua keluarga Melayu menerima sumbangan masing-masing daripada PBANK dan Kerajaan Negeri, selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mari Berarak Ke Semporna: Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Puteranya


Mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah hujung bulan ini dijangka diadakan di Sabah di bawah Bayu, khusus di daerah Pengerusi Perhubungan sekarang, Semporna. Dikhabarkan juga mesyuarat ini yang terakhir bersama Pengerusi Perhubungan yang Afdhal lagi Sempurna ini, kerana sebulan dua lagi, jawatan itu akan berpindah tangan. Siapakah gerangan tokoh UMNO Kedah yang akan menggalas jawatan berprestij itu?
.
Dalam UMNO, Pengerusi Perhubungan biasanya adalah Menteri Besar ataupun bakal MB. Sudah tentu ia menjadi idaman dan rebutan. Hanya dua negeri sahaja di melenium baru ini yang gagal menobatkan Pengerusi Perhubungan sebagai MB gara-gara berkelahi dengan Istana; Terengganu dan Perlis. Di Kedah, sejak dulu ia datang berpasangan, dulu atau kemudian sahaja. Tapi di kedah, jawatan itu 'panas' kerusinya. Tak ramai yang mampu menahan kepanasannya. yang agak lama ialah Tan Sri Osman Aroff. Yang terakhir sebelum ini MK, dua tahun saja.
.
Kita tunggulah Pengerusi akan datang nanti, berapa lama dia mampu bertahan..... jangan kalah dalam pilihanraya sudah laaaa...belum ada yang mencatat rekod itu Dato'!!

Siapa masuk siapa keluar ?

Siapa masuk siapa keluar ?

Siapa masuk, siapa keluar..Tajuk sinar hari ni....

Rombakan EXCO adalah adalah bidang kuasa dan hak eksklusif MB. Setelah nama-nama baru dan lama dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk perkenan baginda, barulah ia boleh diumumkan. Memang kelmarin, selepas Mesyuarat EXCO, MB sebut tentang hal ini apabila ada wartawan bertanya. Jadi kita tunggulah dengan sabar... MB punya alasan dan sebab musabab untuk berbuat demikian.

.

Cara MB bekerja membina ketenangan dan keselesaan, ini yang tidak berlaku di negeri-negeri PR yang lain....Dalam tempoh 25 tahun di Kedah, zaman Ust Azizan jadi MB adalah tempoh paling aman antara orang politik dengan pegawai tadbir... kami syok buat kerja dengan aman.... kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada saya beberapa hari lalu.


Saya jawab MB menjaga hubungan dengan semua orang, semua kelompok dan semua pihak, hingga kadang-kadang mendapat kritikan daripada penyokong parti. MB menjaga hubungan dengan Istana, dengan KCS, dengan kerajaan Pusat dan dengan orang ramai. Dengan menolak konfrantasi dan membina hubungan baik dengan semua orang, prestasi boleh ditingkatkan dan potensi boleh berkembang.
.
Hingga pada satu ketika MB menegaskan mana-mana orang yang dilantik ke mana-mana tempat dalam kerajaan ataupun GLC yang tidak boleh mengikut cara beliau bekerja bolehlah berhenti... Khalas!

Kelantan tunai janji bawa 'Red Worriors' umrah Ogos ini

KOTA BHARU, 25 Feb: Seramai  40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau ‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.

“Walaupun kita telah menghantar surat  tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.

“Mungkin waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.

Tahun lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.

Abdul Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di negeri ini.

Bagaimanapun, jelasnya,  kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium untuk mengurangkan bebanan pada persatuan.

“Selain itu juga kita turut menyampaikan bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama serta mutu bola sepak Kelantan di bawah presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh terkini menghantar skuad ‘Red Warriours’ ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.

Beliau juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam senarai aktiviti bola sepak dikendalikan oleh KAFA.

Terdahulu dalam sidang medianya beliau memberitahu kerajaan negeri buat julungkalinya akan mengadakan Karnival Bola Sepak Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Kelantan 2010.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 20 Mac bagi merebut piala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri 2010.

Menurutnya, johan kategori bawah 14 tahun akan membawa pulang RM1,500 diiringi piala, madel dan sijil, naib johan, RM1,000 dan ketiga RM500 dan saguhati suku akhir RM300.

“Manakala kategori bawah 16 tahun johan RM2,000 beserta piala, madel dan sijil, naib johan RM1,500, medal dan sijil, ketiga bersama RM700 (setiap satu) berserta madel dan sijil dan saguhati suku akhir RM400 disamping sijil,”ujarnya lagi.

Pada majlis itu juga, Fatah turut menyampaikan cek bernilai RM12,000 kepada Pengerusi Akademi Bolasepak Darulnaim, Mahadi Yussof.

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam agar bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul untuk menguatkan iltizam menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun dan sepanjang hayat.
“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” ujarnya dalam Perutusan Maulidur Rasul 1431 yang disambut esok.
Katanya, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Berikut adalah perutusan penuh beliau.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.
Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah  perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?
Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,
PRESIDEN PAS

Abd Rashid tidak terlibat Dewan Ulama PAS Perlis

KANGAR, 25 Feb: PAS Perlis menafikan pembabitan mantan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.
Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional akhbar berkenaan hari ini dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis: Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".
Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Perlis.
"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.
"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.
"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam (gambar)," jelasnya.
Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.

Exco Kedah dirombak

ALOR SETAR, 25 Feb: Desas-desus yang mengatakan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah akan dirombak sebelum ini sudah pasti menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa anggota Exco kemungkinan besar akan ditukar dan digugurkan.
"Adalah satu kebiasaan rombakan dibuat bagi memberi peluang kepada Exco yang dilantik untuk mencuba kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Namun begitu kita akan melihat kepada kesesuaiannya bagi mendapatkan calon yang terbaik,” ujarnya.
Katanya, kuota pelantikan Exco mungkin kekal seperti sedia ada,iaitu tujuh daripada PAS dan selebihnya kepada PKR.
"Sudah dua tahun para Exco berkhidmat,maka eloklah jika diadakan pembaharuan. Apa jua perubahan yang berlaku, akan dimaklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.
“Manakala istiadat mengangkat sumpah jawatan dijangka akan diadakan pada awal Mac yang akan datang. Ia turut melibatkan beberapa portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya.
Ketika ini Exco yang mewakili PAS ialah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Datuk Mohd Taulan Mat Rasul, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Dr Ismail Salleh, Abdullah Jusoh, Ustazah Siti Aishah Ghazali manakala daripada PKR ialah S.Manikumar, Lim Soo Nee dan Tan Wei Shu.

Hishammuddin diselar elak jumpa mangsa tembakan


PUTRAJAYA, 25 Feb: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan badan Bukan Kerajaan (NGO) menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana enggan bertemu sendiri dengan mangsa tembakan polis, Norizan Salleh dan menerima memorandum daripada mereka.

Kira-kira 20 wakil dari PR ke bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi bagi menyerahkan sendiri kepada Hishammuddin memorandum berhubung pendedahan Norizan itu namun malangnya kehadiran mereka tidak disambut baik oleh pihak Menteri.

Pada awalnya, pihak keselamatan memberitahu bahawa Hishammuddin ada di pejabatnya dan membenarkan tujuh orang masuk menemui beliau namun selepas itu, setiausaha sulit kanan beliau yang dikenali sebagai Azmi, keluar menemui mereka di lobi bangunan dan secara tergesa-gesa meminta mereka menyerahkan segera memorandum berkenaan kepadanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa Hishammuddin tiada di pejabat dan seolah-olah tidak mahu mengambil tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka.

Sikap tidak mesra tetamu yang ditunjukkan Azmi itu menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan apabila mereka bertegas mahu menemui Hishammuddin sendiri bagi menunjukkan keadaan Norizan yang tangannya masih berbalut, serta menyerahkan memorandum itu kepda beliau.

Azmi bagaimanapun tidak mempedulikan permintaan itu sebaliknya terus meninggalkan mereka tanpa cuba menyelesaikan pertelingkahan itu secara baik.

Bercakap kepada media selepas itu, pimpinan PR yang hadir menyuarakan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan pihak Menteri.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihak menteri sepatutnya mendengar sendiri daripada mangsa mengenai apa yang berlaku, bukan menunjukkan sikap angkuh.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Ampang, sangat kecewa dengan sikap setiausaha sulit kanan Hishammuddin kerana tidak ada sikap mesra rakyat langsung.

"Saya percaya beliau tidak tahu langsung cerita mengenai Norizan ini. Sepatutnya beliau mendengar dahulu daripada kami mengenai kes ini sebelum bertindak sombong dengan kami.

"Hari ini terbukti slogan Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, kosong. Mereka langsung tidak menunjukkan sikpa mesra rakyat seperti yang dilaungkan," tegasnya.

Timbalan Ketuanya, Rodziah Salleh yang juga Exco Kerajaan Selangor pula meminta Kerajaan membuktikan slogan 1Malaysia yang dicanang mereka selama ini.

"Saya nampak isu ini begitu serius kerana jika perkara begini boleh berlaku kepada kami yang telah diberikan mandat oleh rakyat, cuba bayangkan bagaimana jika Norizan datang seorang diri, sudah tentu kehadirannya langsung tidak dihiraukan.

"Jadi saya minta Kerajaan tolong buktikan slogan yang mereka laungkan selama ini," ujarnya.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Kartini Ahmad pula berkata, pihaknya akan terus menyokong sebarang tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat dan NGO dalam memastikan Norizan mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Kami dari Muslimat PAS sangat terkejut dengan kes ini.Walaupun ianya sudah berlaku lama, tapi belum ada sebarang tindakan dari pihak kerajaan untuk memberi pembelaan kepada Norizan.

"Jadi kami akan terus memberi sokongan kepada sebarang tindakan yang diambil untuk membantu Norizan sehingga kes ini selesai,". katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata, mereka akan menyerahkan meorandum berkenaan kepada Hishammuddin di parlimen yang akan bersidang pada Mac depan.

"Kita memang bawa memorandum. Bukan datang tangan kosong.Kita akan jumpa Hishammuddin di parlimen bulan depan.Kita akan bawa Norizan ke parlimen dan serahkan memorandum. Di Parlimen Hishammuddin tak boleh lari seperti hari ini," katanya.

Turut hadir pagi tadi, Timbalan Ketua Wanita Dapsy kebangsaan, Jenice Lee Ying Ha yang juga Adun Teratai, Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya, dua peguam Norizan, N. Surendram dan Fadiah Nadwa Fikri.

Pada awal pagi 30 Otober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya.  Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Norizan buat pertama kali mendedahkan perkara itu dalam satu sidang media pada Januari lepas. Ia disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Feb 2010 dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari lepas.

Namun sehingga kini, aduannya belum mendapat respon daripada kerajaan.

Sehubungan itu, beliau pagi tadi merayu kepada Menteri yang bertanggungjawab agar mengambil perhatian terhadap kes beliau itu yang didakwa telah menjejaskan kehidupannya.

"Saya sedih bila saya datang sendiri ke sini, pihak Menteri tidak mahu ambil tahu kisah saya. Saya tidak tahu kenapa saya ditembak, dan akibatnya saya terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM18 ribu. Mana saya nak cari duit," luahnya kesal.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25193:hishammuddin-diselar-elak-jumpa-mangsa-tembakan-polis&catid=1:utama&Itemid=50

Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar

MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.
“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.
Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.
“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.
“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.
Hadir sama pada ceramah tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Hassan Muhammad, Adun Temangan, Dr Muhd Fadzli Hassan dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman.

SUMBER  : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25195:azmin-pernah-diugut-polis-supaya-mengaku-diliwat-anwar&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

Hentian Puduraya akan ditutup empat bulan

Hentian Puduraya di Kuala Lumpur akan ditutup selama empat bulan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata tarikh tepat penutupan itu bagaimanapun masih belum dimuktamadkan.

Sepanjang tempoh penutupan itu pengguna bas ekspres untuk destinasi ke selatan akan menggunakan depoh sementara di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur untuk menaiki bas, manakala Hentian Duta pula digunakan bagi menempatkan bas-bas ekspres bagi perjalanan ke utara negara.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat tapak depoh bas ekspres sementara di Jalan Hang Tuah hari ini Raja Nong Chik berkata kajian terperinci masih dijalankan untuk menentukan tarikh sebenar bagi depoh bas ekspres sementara di Jalan Hang Tuah memulakan operasinya.

Beliau berkata pada mulanya depoh sementara itu dicadangkan untuk mula beroperasi pertengahan bulan depan, namun menurutnya beliau meminta pihak yang terbabit supaya mengkaji semula tarikhnya bagi mendapatkan tarikh yang benar-benar sesuai, semata-mata untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

Raja Nong Chik berkata pihak pengurusan Puduraya, UDA Holdings Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah diarah supaya meneliti pelbagai aspek agar perubahan sementara selama empat bulan itu dapat berjalan lancar.

Sementara itu merujuk kepada depoh sementara bas ekspres di Jalan Hang Tuah itu beliau berkata kaunter-kaunter tiket serta ruang untuk gerai-gerai makanan kini sudah disediakan.

"Mereka (pengusaha makanan) yang setuju berpindah akan dipindahkan sementara tanpa bayaran apa-apa, lebih separuh dah setuju, yang separuh lagi ingin berehat empat bulan," katanya.

Tinjauan mendapati beberapa papan tanda jalan yang menunjuk arah ke depoh berkenaan sudah diletakkan bermula dari Hentian Puduraya bagi memudahkan pengguna ke lokasi depoh bas ekspres yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan stesen monarail Hang Tuah serta stesen LRT RapidKL Jalan Hang Tuah itu.

Depoh seluas 1.9 hektar bernilai kira-kira RM6 juta itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kaunter tiket, tempat makan, tempat mencuci bas, tempat rehat pemandu, surau, kafetaria dan pondok kawalan keluar masuk bas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meninjau Hentian Puduraya dua kali sebelum ini, iaitu pada 25 April dan 16 Sept lepas, baru-baru ini mengumumkan peruntukkan RM52 juta untuk mengubahsuai terminal bas Puduraya kepada hub pengangkutan moden.

- Bernama

SPRM nafi tak siasat kes Nik Aziz

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai".

Ketuanya, Anuar Sapian berkata pergerakan itu membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM merupakan sebuah badan bebas.

"Kita mohon Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa di dalam laman blog berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan menteri besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan menteri besar Kelantan itu Januari lalu.

"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada Pendakwa Raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

- Bernama

KDN anggap rencana 'ancam ketenteraman awam'

Kerajaan hari ini memberi amaran akan bertindak terhadap akhbar utama bahasa Inggeris paling besar edaran di Malaysia, The Star berhubung sebuah rencananya yang membidas tindakan kementerian dalam negeri merotan tiga wanita Islam, 9 Feb lalu.

AP memetik seorang pegawai kanan, kementerian dalam negeri, Abdul Razak Abdul Latif sebagai berkata kerajaan menganggap rencana yang disiarkan The Star Jumaat lalu mengancam "ketenteraman awam".

Rencana oleh editor urusan The Star, P Gunasegaram, mengkritik tindakan sebatan syarie ke atas tiga wanita itu kerana mengadakan persetubuhan haram.

Gunasegaram dalam rencananya itu mendakwa tindakan berkenaan mencabuli hak asasi manusia.

Menurut Abdul Razak, pihak kementerian menghantar faks kepada The Star Rabu lalu meminta akhbar terlaris bahasa Inggeris itu membuat permohonan maaf dan menawarkan penjelasan dalam tempoh 14 hari.

Berdasarkan penjelasan berkenaan, Razak berkata kerajaan akan memutuskan tindakan yang akan diambil.

Antara tindakan yang boleh diambil ialah menarik balik permit mencetak akhbar berkenaan. Semua akhbar di Malaysia tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mewajibkan mereka memperbaharui permit setiap tahun.

Menurut AP lagi, The Star menarik balik rencana itu dari laman webnya dan membuat permohonan maaf Rabu lalu.

Menurut akhbar berkenaan, mereka tidak mempunyai niat untuk menghina atau menguris perasaan umat Islam di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, bantahan terhadap The Star berterusan.
Hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat laporan polis terhadap P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam, hukum Syarak serta sensitiviti umat Islam.

Gambar Karnival Kedah Sejahtera Di Sg Limau




Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (Barisan Nasional) mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).
Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP.
Menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.
Katanya, semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai, contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah).
Tambahnya, semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan 3 batu nautika setiap negeri (yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP).
Menurutnya lagi, telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP.
“Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau menambah, pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti).
“Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.
Namun, jelasnya, tiga dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma “luar pesisir pantai” yang kabur di dalam APP.
“Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini,” ujarnya.
Jelasnya, APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud, ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu, maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.
Sebenarnya, kata beliau apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP.
“Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi Petronas  yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah ‘luar pesisir pantai’ di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.
“Oleh itu, cadangan pindaan oleh Datuk Seri Anwar bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah ‘luar pesisir pantai’ yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974 supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan,” jelasnya lagi.

Hikayat terakhir Khairy dalam Umno



Mohd Rashidi Hassan   

KATA pepatah Melayu, 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang'. Dalam pepatah Melayu moden, ayat itu diubah sesuai dengan ungkapan 'jika tiada beruk, masakan pokok bergoncang'.

Dalam terjemahan lain pepatah ini disebut sebagai 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok.'

Pepatah moden ini dipinjam dari seorang tokoh politik muda, sewaktu beliau berkuasa satu ketika dahulu. Ayat ini ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang amat lantang mengkritik kepimpinan PM waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ayat 'beruk-beruk yang menggoncangkan pokok ini', merujuk kepada gangguan terhadap seseorang pemimpin atau sesebuah organisasi. Orang yang menggugat kestabilan seseorang atau sesebuah organisasi, dilabel dengan gelaran beruk.

Istilah beruk dalam politik Malaysia bukannya baru. Ia sudah lama diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, yang pernah menerbitkan cerpen satira politik bertajuk Maharaja Beruk oleh Yahaya Ismail.

Kepada siapa gelaran beruk itu dirujuk, atau mengapa beruk dijadikan modal politik bukan persoalan yang hendak dibahaskan sekarang.

Persoalan yang hendak dilontarkan penulis, dengan meminjam pepatah Melayu moden, 'beruk-beruk manakah' yang menggoncangkan pokok pemuda Umno, sehinga kedudukan ketua nya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergoyang?

Bukan goyang sikit-sikit, tetapi bergoyang macam dipukul ribut, sehingga ada desas desus mengatakan, di kalangan exco pemuda Umno mahukan Khairy meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda, kerana didakwa tidak efektif.

Pemuda Umno menunjukkan 'jalan keluar' kepada Khairy, bukan semata-mata kerana beliau tidak efektif. Soal efektif atau efisyen seseorang dalam menjalankan tugas, tidak penting dalam Umno.

Untuk mengelak persepsi negatif terhadapnya, Khairy membuat kenyataan politik, menafikan wujudnya masalah dalam pemuda Umno.

Namun, pergeseran dengan beberapa orang exco pemuda, khususnya Hishamuddin Yahya, jelas menunjukkan beliau tidak mendapat kepercayaan dari kalangan exconya sendiri.

Lebih parah lagi mereka dikatakan memberikan tekanan hebat, dengan mendesak Khairy meletakkan jawatan ketua pemuda.

Khairy seharusnya memahami, mengapa Umno sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi. Hakikat ini memang wujud. Bukan kerana Khairy dikecam anggota exconya. Indikator yang paling besar bahawa Umno tidak mengkehendaki beliau ialah, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, tidak melantiknya ke sebarang jawatan dalam kerajaan.

Sebelum ini ada laporan mengatakan, Khairy tidak diberikan jawatan, kerana Najib mahu beliau menumpukan tugas mempertingkatkan sokongan golongan muda terhadap Umno.

Ini semua alasan politik semata-mata. Sengaja hendak mencari 'excuse' untuk tidak menjatuhkan 'air muka' Khairy dan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib sudah menunjukkan pendiriannya dengan jelas. Dalam pertemuan pemuda Umno di Putrajaya, 18 Februari lepas. Najib enggan memberikan komitmen untuk melantik Khairy dalam kabinetnya, walaupun ada suara yang mahu beliau diberikan jawatan.

Khairy seharusnya memahami mengapa Najib enggan melantik beliau. Pertamanya, sudah tentu pelantikan Khairy akan dibidas Dr Mahathir. Semua orang tahu Mahathir memang betul-betul anti dengan Khairy. Najib tidak berani lantik Khairy kerana takut diserang Mahathir.

Faktor kedua, barangkali ada kebenarannya cakap-cakap dalam Umno, wujud kerenggangan antara Abdullah dengan Najib dahulu, antaranya berpunca daripada Khairy, dan perkara ini mendorong ramai kalangan penyokong Najib tidak menerima kehadiran Khairy.

Najib sudah menunjukkan sikapnya dengan jelas terhadap Khairy, sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai PM ke-6, beliau menamakan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri.

Lebih jelas lagi apabila beliau melantik Dato' Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan ketua pemuda Umno, sebagai Timbalan Menteri juga.

Khairy tidak dilantik apa-apa jawatan. Nasib Khairy sama dengan nasib Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan ketua pemuda Umno pada tahun 1993 yang lalu.

Zahid tidak dilantik sebarang jawatan kerana beliau dikenali sebagai 'budak Anwar' (bekas TPM, Dato' Seri Anwar Ibrahim) yang dikatakan banyak mengkritik PM Mahathir ketika itu. Zahid tidak dilantik kerana tidak disenangi Mahathir.

Jadi dalam kes Khairy ini, apakah tidak mungkin, Najib enggan melantik Khairy dalam kabinetnya, kerana Najib tidak menyenangi Khairy? Khairy bukan setakat budak, malah menantu kepada bekas PM, Abdullah.

Soalnya, kita tidak harus lupakan sejarah politik Umno pada tahun 1998, iaitu, wujud persepsi di kalangan penyokong Najib, bahawa yang sebenarnya layak menjadi TPM selepas Anwar disingkirkan ialah Najib, kerana Najib adalah Naib Presiden Umno yang memenangi undi paling tinggi dalam pemilihan Umno.

Mereka beranggapan tindakan Mahathir melantik Abdullah, sudah melambatkan peluang Najib menjadi PM, sejak Mahathir meletakkan jawatan pada bulan November 2003 hingga April 2009.

Perkara ini diakui Mahathir sendiri. Acapkali beliau menyatakan kekesalannya melantik Abdullah menjadi PM. Kebencian Mahathir dan termasuk puak Najib, terhadap Abdullah ketika itu disekalikan dengan kebencian terhadap Khairy.

Bukan soal Khairy tidak layak menjadi ketua pemuda atau anggota kabinet. Soal yang besarnya ialah, Khairy memulakan karier politiknya dengan cara yang tidak disenangi oleh orang-orang Umno.

Apabila wujud bad background ini, laluan Khairy untuk melonjak dalam politik Umno tidak akan mudah. Khairy melalui keadaan yang amat sukar sebenarnya.

Masalahnya Khairy dilihat begitu 'arrogant' sejak bapa mertuanya menjadi TPM dan PM ke-5.

Barangkali sifat Khairy tidak begitu, tetapi kedudukannya yang dekat dengan tampuk kekuasaan, menjadikan persepsi orang Umno terhadapnya, sedemikian rupa.

Menjadi lebih bermasalah kepada Khairy, bukan sekadar puak-puak dalam Umno ini tidak menyukai Abdullah dan beliau sahaja. Malah, segala anak beranak, rakan taulan dan kroni-kroninya, semua sekali hendak 'dibakul sampahkan'.

Orang Umno sendiri yang membangkitkan betapa kemarahan mereka terhadap abang ipar Khairy, Dato' Kamaludin Abdullah, kroni-kroni di New Straits Times seperti Dato' Seri Kalimullah Masheerul Hassan dan Brendan Pereira. Turut dikaitkan ialah Dato' Patrick Lim atau Patrick Badawi.

Dari sudut sektor korporat, sebelum kejatuhan Abdullah, Khairy dan kroni dikaitkan dengan syarikat Scomi, ECM-Libra, Equine Capital dan juga penganjur pertandingan Monsoon Cup.

Itu belum masuk isu politik. Bagaimana 'geramnya' orang-orang Umno yang anti Khairy, terhadap langkah-langkah politik Khairy sebelum menang jawatan ketua pemuda. Malah semasa menjadi naib ketua, Khairy di'boo' beberapa kali dalam perhimpunan agung umno.

Jika hendak disenaraikan terlalu banyak tuduhan orang Umno terhadap Khairy. Terlalu banyak alasan untuk mereka tidak menerima Khairy dalam Umno lagi.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkritik Khairy, tetapi fakta-fakta yang dipaparkan ini, atau yang dikatakan bad background inilah sebenarnya, yang mendorong exco pemuda Umno, berani mendesaknya meletakkan jawatan.

Bad background inilah sebenarnya yang bakal mempercepatkan kejatuhan Khairy dan susur galur politiknya tercatat dalam hikayat Melayu moden.

Untuk menyimpulkan kedudukan politik Khairy, penulis memetik perbualan telefon dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

"Hai, Rashidi, apa khabar," ujar Guan Eng menelefon penulis.

"Hai CM (Chief Minister), saya ok," balas penulis.

"Saya nak beritahu you, saya tengah bengang sekarang ini," katanya.

"You bengang dengan siapa pulak, Utusan (Utusan Malaysia) lagi ke?" soal penulis.

"Bukan, bukan. Itu Utusan satu hal, sekarang saya bengang dengan Khairy. Saya mahu bagi penjelasan pada dia pasal isu Maulid. Dia ada cakap dia mahu penjelasan. Jadi saya call dia. Tapi saya call dia beberapa kali, dia tidak jawab. Lepas itu saya guna satu saluran untuk reach (dapatkan) dia. Itu orang cakap, dia sudah beritahu, dia cakap Khairy tahu saya call, nanti dia akan call balik. Tapi sampai sekarang dia tiada call," ujar Guan Eng panjang lebar.

"Tak payah call dia lah, dia mesti tak mahu cakap dengan you punya," kata penulis.

"Ya lah, saya ingat pun dia tak berani mahu cakap dengan saya. Saya hanya mahu bagi penjelasan saja. Saya mahu dia faham ini semua fitnah," katanya.

"Haiya, kalau itu macam penatlah kerja CM, semua orang hantam you mahu kasi call, biarlah dia," usik penulis.

"Haiya, saya pun hairanlah, apa ini ketua pemuda. Saya ingat dia 'miskin' la. Tak faham kerja kerajaan. Ini pasal (kerana) dia belum jadi Menteri, Timbalan Menteri. Apa ini Oxford (Universiti Oxford) punya orang, saya ingat dia profesional, tapi tak profesional," rungut Guan Eng.

"Tak apalah CM, nanti dia senang-senang dia call you lah. Orang politik selalu itu macam," balas penulis.

"Ha, ha, ha," kami sama-sama ketawa.

Apa pun Khairy harus sedar bahawa sudah tiada tempatnya dalam Umno. Lambat laun, beliau terpaksa keluar juga, sama ada secara paksa atau dikalahkan dengan cara yang amat memalukan dalam perhimpunan agung Umno akan datang.

Keranda politiknya sedang dipersiapkan oleh golongan penentang, hanya menunggu ketukan paku terakhir sahaja.

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25127:-hikayat-terakhir-khairy-dalam-umno&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128

Jangan ada tersisih program bersama rakyat

IPOH, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap kerajaan negeri melibatkan semua lapisan masyarakat dalam program bersama rakyat dan jangan ada pihak yang tersisih.
Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh melahirkan rawsa kesal jika benar apa yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama dilihat tiada sambutan daripada rakyat. 
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa majlis sambutan yang telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu.
Manakala, katanya pada 21 Februari yang lalu, akhbar yang sama telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir di mana perbezaan jumlah tersebut  amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.  
Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mengkaji kelemahan setiap majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

Pasar Malam Pekan Pekan Sungai Yan

Mulai Khamis ini, semua peniaga (isalam) di pasar malam di arah untuk memberhentikan operasi selama 20 minit bagi menunaikan solat magrib... notis/barner telah dikeluarkan dan di pasang di kawasan tapak pasar malam. Diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas arahan  yang di keluarkan...

Royalti: Najib membisu, Mustapa pula sibuk

PASIR MAS, 24 Feb: Sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap isu tuntutan royalti minyak dianggap mengundang beban kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila sibuk menafikan hak Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sikap membisu Najib menyebabkan kredibiliti dipertikaikan sehingga Mustapa menjadi mangsa.
“Sepatutnya Perdana Menteri yang bercakap bagi menjawab isu ini. Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap.
“Sebab dia (Mustapa) bukan menteri berkaitan dalam isu tersebut. Rakyat semua tahu dia tidak kena mengena dalam soal ini,” katanya pada ceramah isu semasa di mini stadium di sini, malam tadi.
Kira-kira 5,000 penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut yang turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail.
Jumlah kehadiran tersebut jauh mengatasi mereka yang hadir pada ceramah penjelasan isu royalti yang dianjurkan Umno baru-baru ini, biar pun angka diberi media harian juga 5,000 orang.
Perdana Menteri juga sehingga kini gagal menjawab dua surat yang dihantar Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu royalti.
Husam turut melahirkan rasa hairan mengapa Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatur pelbagai program menafikan hak Kelantan ke atas royalti.
“Sebelum ini beliau bersama timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin bermati-matian menafikan Kelantan ada hak ke atas royalti.
“Namun selepas Perdana Menteri menjelaskan akan memberi wang ihsan, tiba-tiba beliau mengakui ada hak. Pemimpin apa macam itu,” katanya.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan tersebut walau dengan apa cara sekali pun demi manfaat rakyat.

Umno membisu tiada perarakan Maulid di luar Pulau Pinang

KOTA BHARU, 24 Feb: Ketika isu perarakan sempena Maulidur Rasul diriuhkan di Pulau Pinang, Umno pula membisu apabila program sama tidak ada negeri lain termasuk Johor, Perlis dan Pahang.
Begitu juga di Kelantan, perarakan tidak diadakan sejak 20 tahun lalu. Program Maulidur Rasul hanya diisi dengan ceramah agama.
Moderator program Hujah TV9, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof berkata, Umno tidak sibuk apabila negeri-negeri lain juga tidak mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul.
“Ini seolah-olah memperlihatkan ada double standard dalam isu ini. Sedangkan di Kelantan sejak 20 tahun lalu juga tidak ada perarakan Maulidur Rasul,” katanya ketika mempengerusi program berkenaan malam tadi.
Turut menjadi panel pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustapha Ishak.
Dr Mustapha ketika menjawab isu tersebut berkata, perarakan Maulud perlu diadakan di Pulau Pinang memandangkan negeri itu penduduk Melayu merupakan minoriti dan perlu mempamerkan kekuatan mereka.
Dalam perkembangan serupa di Kelantan tahun ini bagaimanapun tahun ada sedikit kelainan apabila majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan di Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang dijangka turut dihadiri Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.
Sedangkan kebiasaannya program tersebut dianjurkan di Balai Islam dan masjid-masjid.
Program tersebut dianjurkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan diadakan malam esok.
Berdasar surat edaran bertarikh 11 Febuari lalu Setiausaha Maik, Che Mamat Che Muda berkata, program berkenaan bermula dengan bacaan berzanji kira-kira jam 6.45 petang.
Selepas itu solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti ceramah khas oleh penceramah jemputan. Difahamkan bekas pegawai agama Istana Negara, Datuk Hassan Din diundang menyampaikan ceramah.
“Bacaan berzanji dan selawat sekali lagi akan diadakan selepas solat Isyak,” katanya.

Akta Hasutan: Naib Presiden PAS, PKR disoal siasat

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengaku disoal siasat oleh polis atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam suatu perhimpunan aman di Pulau Pinang pada 7 Februari lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu Harakahdaily bahawa polis turut menyoal siasat Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah petang tadi selepas menyertai suatu wacana anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat di Parlimen.
“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin sebagaimana dipetik dari suatu akhbar elektronik.
Ditanya motif di sebalik tindak tanduk polis menyiasat kedua-dua mereka, Salahuddin menganggap siasatan tersebut amalan lazim pihak polis.
“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dalam siasatan selama setengah jam, polis bertanya beberapa soalan berkaitan isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa isu politik tanah air.
Pun begitu, beliau enggan menjawab beberapa soalan polis atas alasan Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah membolehkan seseorang saksi untuk menjawab soalan pegawai penyiasat (IO) atau sebaliknya.
Sivarasa, Ahli Parlimen Subang pula berkata, polis tidak bertanya beliau berkaitan isu kalimah ‘Allah’ sebagaimana Salahuddin.
Sebaliknya, beliau diminta menjawab beberapa soalan yang menyentuh kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung sekarang.
Sehubungan itu, beliau turut menafikan siasatan polis bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada awal bulan ini.
Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, kenyataannya yang menyentuh kes Anwar tersebut merupakan suatu analisis politik biasa masyarakat awam.
 “Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kenyataan di Pulau Pinang itu merupakan kenyataan sulung beliau berkaitan peribadi Anwar.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan motif polis menyiasat beliau dan Salahuddin petang tadi.
“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.
Selain Sivarasa dan Salahuddin, dilaporkan Polis turut menyoal siasat disoal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan, Pegawai Ahli Parlimen PAS, Wan Jo sejak tiga bulan lalu atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang pelbagai.
Dalam perkembangan yang sama, Sivarasa berkata, dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan itu dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Februari lalu.
Ekoran itu, beliau mencabar pihak polis sendiri supaya mengenakan tuduhan hasutan terhadap Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terbabit sekiranya pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.
Untuk menghadapi siasatan polis, Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.
Manakala, siasatan mereka tadi direkodkan oleh dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.

Jangan naikkan tarif elektrik

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan, walaupun kabinet petang ini dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak. Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikkan tarif elektrik disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh untuk tidak menaikkan tarif elektrik dengan menguruskan sumber tenaga domestik secara kreatif.
“Walaupun kos bahan bakar sedunia (seperti) minyak, gas dan arang kian meningkat, kalau kerajaan (dan) TNB kreatif, mereka tak perlu menaikkan tarif elektrik,” jelasnya.
Teroka tenaga hidro dan angin
Kretiviti dalam pengurusan sumber tenaga tersebut, menurut Mahfuz termasuk meneroka sumber tenaga yang baru atau tenaga yang diperbaharui seperti tenaga hidro.
“Saya akui memang kerajaan telah pun menjana tenaga hidro seperti di Bakun, Bakun dan dua tiga empangan yang lain, bagaimana dengan sungai yang begitu banyak di Malaysia.
“Tak cukup kerajaan bina empangan di Sungai Balui (Sarawak) saja, bagaimana dengan sungai-sungai yang begitu banyak khususnya di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan sumber tenaga lebih besar berbanding di Borneo.
“Sekiranya kerajaan atau TNB sendiri kreatif, mereka akan membina janakuasa hidro kecil-kecilan atau tenaga angin untuk menampung keperluan sumber tenaga nasional,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengkritik cadangan kerajaan era Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membina Empangan Bakun di Sarawak.
Menurut beliau, Dr. Mahathir sepatutnya membina empangan tersebut di Pantai Barat Semenanjung kerana keperluan perindustrian yang menggunakan sumber tenaga terbanyak menumpu di garis geografi tersebut.
Ekoran itu, Mahfuz tidak menafikan bahawa pemilihan Bakun itu mungkin untuk mencipta bajet perbelanjaan yang lebih tinggi untuk kroni-kroni tertentu dalam parti pemerintah.
“Tidak termasuk kos pembinaan empangan bakun yang bernilai RM6 bilion, beberapa pihak mendapat manfaat bernilai lebih kurang RM2 bilion lagi dalam projek menanam kabel elektrik di dasar Laut Cina Selatan hingga ke Tanjong Sedili (Johor) supaya elektrik boleh dibekalkan ke Semenanjung.
“Kenapa tidak dibina terus empangan Pantai Barat Semenanjung saja, sebab itu saya tak mahu menafikan kalau ada yang mendakwa pembinaan Empangan Bakun tersebut untuk mengkayakan kroni-kroni tertentu saja,” ujarnya.
Tenaga Hijau
Selain meneroka tenaga hidro, Mahfuz juga menasihatkan kerajaan supaya menggalakkan penggunakan tenaga solar sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.
Mengambil contoh negara Jerman, Mahfuz berkata, kerajaan mereka akan memberi insentif kepada rakyat yang menjana kuasa solar untuk keperluan harian.
“Maksimum kuasa yang boleh dijana (adalah) 6 megawatt sedangkan keperluan sumber tenaga harian kurang (dari) 1 megawatt, maka tenaga itu dijual semula kepada syarikat tenaga atau kerajaan yang memberi insentif.
“Agak-agak rakyat di sana sanggup tak berbelanja lebih 20 ribu dolar suatu satu janakuasa solar yang mini, kalau pembayaran tersebut dilakukan secara ‘auto-subsidi’ di mana lebih sumber kuasa solar yang dijana dikira sebagai bayaran balik,” ujarnya.
Di sampung itu, Mahfuz menjelaskan bahawa kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat yang menjana sumber kuasa memperkenal polisi-polisi sampingan supaya sesuai dengan budaya menggalakkan rakyat menggunakan tenaga dari kuasa solar.
“Mereka perkenal potongan harga 20 peratus hingga 35 peratus, umpamanya pagi konsumer yang menggunakan sumber tenaga elektek antara jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi umpamanya untuk mengurangkan penggunaan ‘tenaga secara mendadak’ khususnya pada waktu bekerja.
“Tengah malam sampai pagi, sekeluarga yang di rumah betul-betul menggunakan alat elektronik seperti mesin basuh, seterika, pendingn hawa dan sebagainya secara maksimum kerana harga lebih murah, maka secara tak langsung mengurangkan mereka menggunakan tenaga pada siang hari atau waktu pejabat.
“Kalau kos penyaluran mendadak (cost of distribution) boleh dikurangkan, bermakna kos pengurusan tenaga pun boleh dikurangkan kerana kos ini merupakan salah satu faktor yang digunakan oleh TNB atau kerajaan dalam menentukan tarif elektrik semasa,” jelasnya.
Tambah Mahfuz lagi, pengenalan ‘Polisi Mampan’, iaitu polisi ‘menang sama menang’ tersebut sekaligus mengubah paradigma rakyat dan kerajaan dalam menggunakan sumber tenaga elektrik dan tenaga yang diperbaharui.
“Sekarang, penggunaan solar sudah menjadi suatu status di kalangan rakyat pertengahan, kerana rakyat mampu menggunakan (tenaga solar) kerana kerajaan sendiri mengiktiraf mereka dan memang kerajaan berjaya mengubah paradigme mereka dengan pengiktirafan itu,” jelasnya.
Membandingkan dengan kerajaan Jerman, Mahfuz menganggap kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai kreativiti dalam menangani masalah bahan bakar dunia yang kian meningkat, malah kerajaan juga gagal merancang polisi penggunaan tenaga yang diperbaharui seperti di semua negara dalam Kesatuan Eropah (EU).
“Kalau di negara-negara EU, memang kerajaannya mensasarkan 25 hingga 45 peratus penggunaan tenaga domestik pada tahun 2020 kelak mesti dari sumber tenaga yang diperbaharui, kita hanya ada Wawasan 2020 saja sebab kerajaan kita tidak kreatif dan TNB kita juga mungkin tidak kreatif,” jelasnya.
Di mana biodiesel kerajaan
“Dulu kerajaan bising dengan projek biodiesel sebagai tenaga alternatif, apabila bahan bakar dunia meningkat, di mana projek-projek ini untuk membantu TNB menguruskan sumber tenaga domestik,” soalnya.
Mengakui bahawa kerajaan dan TNB terpaksa menanggung subsidi disebabkan harga arang batu sedunia yang kian meningkat, beliau turut mencadangkan kerajaan menjana tenaga bioethanol menggunakan bahan buangan domestik.
“Kerajaan selalu kata mereka perlu beri subsidi lebih untuk arang batu dalam (mata wang) USD sedangkan mereka menanggung kos akhir yang lebih kerana rakyat membayar tarif elektrik menggunakan mata wang RM (Ringgit Malaysia),” jelasnya.
“Tapi, kalau kerajaan guna tenaga bioethanol, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan hampas kelapa sawit, adakah perlu menggunakan USD lagi sedangkan ia boleh diperoleh di Malaysia sendiri.”
Disebabkan itu, Mahfuz berkata, kerajaan seharusnya menggunakan bioethanol bagi menggantikan biodiesel kerana sumber tenaga yang diperbaharui itu boleh dijana menggunakan bahan buangan, sedangkan biodiesel adalah sebaliknya.
Beliau juga meminta kerajaan menjalinkan hubungan dengan Mitsui Corp., iaitu syarikat janakuasa dari Jepun yang sekarang ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama Sime Darby Berhad, iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menghasilkan bioethanol menggunakan hampas kelapa sawit.
Kos perbelanjaan
Bercakap tentang kos perbelanjaan (cost of financing) yang juga merupakan salah satu faktor dalam menentukan tarif elektrik semasa, Mahfuz turut mempersoal tindakan kerajaan memberi konsesi jana kuasa kepada Kumpulan YTL milik Tan Sri Francis Yeoh.
“Kenapa mesti beri konsesi janakuasa elektrik kepada Francis Yeoh dan janakuasa itu tiba-tiba dibina di Kerteh (Terengganu) sedangkan keperluan sumber tenaga terbanyak sebenarnya lebih diperlukan di Pantai Barat Semenanjung,” soalnya.
“Adakah kedudukan janakuasa di Kerteh itu supaya memudahkan YTL mendapatkan sumber gas yang telah pun kerajaan subsidikan untuk YTL bagi menjana tenaga elektrik domestik.”
Demi meletakkan pusat janakuasa tersebut di Kerteh, Mahfuz turut memaklumkan bahawa kerajaan era 1980-an dahulu telah pun memberikan RM800 juta wang rakyat kepada MRCB untuk menyalurkan sumber tenaga ke Pantai Barat Semenanjung.
“Lebih kurang RM800 juta digunakan secara membazir untuk memberi subsidi kepada YTL, sedangkan kerajaan hari ini berniat meningkatkan tarif elektrik dan menarik beberapa subsidi yang nyata membebankan rakyat,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan niat kerajaan dan TNB sebelum ini untuk membangunkan sumber tenaga yang diperbaharui dengan menggunakan nuklear.
“Baru-baru ini, kerajaan kata nak guna nuklear pula menggantikan arang batu, adakah kerana kos pembinaan prasarana yang begitu besar, lebih kurang RM4 bilion menyebabkan kerajaan dan pihak tertentu begitu berminat untuk menghabiskan wang rakyat,” soalnya.
 Tenaga berteknologi baru
Sekiranya kerajaan jujur mahu membangunkan tenaga alternatif berteknologi baru, Mahfuz sekali lagi mencadangkan kerajaan supaya meneroka sumber tenaga hasil teknologi geothermal.
“Kalau kita guna nuklear yang ditanam dalam bumi, 20 tahun akan datang pun belum tentu akan hilang kesan radiasi.
“Kalau guna teknik geothermal iaitu tenaga dihasilkan dengan air yang diwapkan di perut bumi, ia lebih selamat untuk manusia,” jelasnya.
Cadangnya lagi, kerajaan atau TNB juga boleh menjana tenaga ‘gassification’, iaitu tenaga yang diperbaharui menggunakan tinja manusia sekiranya kerajaan kreatif.
“Kalau kreatif, tahi pun boleh diperbaharui, tak perlu naik tarif elektrik,” ujarnya.

Rombakan exco Kedah: PKR serah senarai baru

PKR menyerahkan senarai baru calon-calon untuk dilantik sebagai exco kerajaan Kedah untuk dipertimbangkan menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Pertukaran tersebut untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ia juga selari dengan janji kita untuk meningkatkan prestasi kerajaan negeri," kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution.

Undang-undang negeri mensyarakat pelantikan exco baru Kedah dibuat bulan depan.

Daripada 10 kerusi exco di negeri itu, tiga daripadanya diberikan kepada PKR. Mereka adalah M Manikumar (pelancongan dan hal ehwal masyarakat India), Lim Soo Nee (pelaburan dan hal ehwal masyarakat Siam) and Tan Wei Xu (Pengangkutan dan hal ehwal masyarakat Cina).

Antaranya ketika-tiga wakil rakyat itu, khabar angin bertip kencang bahawa Tan akan digugurkan, antanya berkaitan prestasi semasa beliau.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Azizan berkata beberapa anggota exco ungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada PKR.
komen : jangan dok dengar tv/radio sangat.. kalau nak tau lanjut lihat la blog  kerajaan kedah...

Ganti dulu pemimpin Umno bersalah, bukan PR

MELAKA, 23 Feb: Pensyarah universiti dan akhbar Utusan Malaysia sepatutnya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah digantikan terlebih dahulu daripada membuat gesaan itu kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berkata, antara pemimpin Umno yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah termasuk oleh parti mereka sendiri seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Adun Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad.
Ini, katanya kerana mereka telah didapati bersalah sedangkan Anwar belum dibuktikan bersalah.
“Ada pemimpin Umno yang 'melarikan' anak raja, membawa duit 'cash' keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu,” ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kenyataan Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib supaya pemimpin Pakatan Rakyat menggantikan Anwar sebagai ketua.
Katanya, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
Bagi Sofi, kenyataan itu merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes itu adalah konspirasi kedua terhadap Anwar sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.
Tambahnya, Utusan adalah akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.
“Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu pemimpin Umno.
“Kadang-kadang professor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut,” ujarnya lagi.

Kedah Perolehi RM38 Juta Hasil Balak






JENIANG, 22 Feb - Walaupun pelbagai tuduhan dilontarkan terhadap kerajaan negeri Kedah namun hakikatnya Pakatan Rakyat berjaya melipat ganda pendapatan daripada pembalakan berbanding pentadbiran lama Umno-Barisan Nasional.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Kedah berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM38 juta berbanding RM8 juta sahaja di bawah BN.
"Saya merasa hairan bagaimana kerajaan negeri dapat pulangan lumayan berbanding pulangan pembalakan zaman BN yang hanya dapat jumlah yang sikit dan ke mana perginya untung balak semasa pentadbiran mereka.
"Kejayaan kerajaan negeri mengamalkan tender terbuka menjadikan perancangan lebih teratur bagi menyalurkan projek kepada kontraktor-kontraktor bagi meneruskan pembalakan," kata Datuk Seri Azizan.
Beliau berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia menganggu pentadbiran negeri dengan dakwaan berlaku penyelewengan pembalakan tetapi pada masa yang sama agensi itu gagal menyiasat mana perginya keuntungan pembalakan ketika pentadbiran BN.
"Kita dah tau taktik kotor BN yang sentiasa tutup penyelewengan mereka tetapi sengaja mengadakan cerita untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah yang berada pada tahap yang memuaskan.
"Sistem tender secara terbuka memberi pulangan terbaik kepada kerajaan negeri kerana perbezaan tinggi sehingga puluhan ribu ringgit seekar daripada kontraktor untuk merebut kawasan pembalakan menjadikan keputusan adil dicapai tanpa berlaku penyelewengan kepada mana-mana kroni," tegas beliau.
Menurutnya Menteri Besar lagi kerajaan negeri membuat perancangan terbaru dengan bantuan Bank Islam Malaysia yang memberi pinjaman RM350 juta untuk membina Universiti Islamiah di Kedah.
"Projek kita bina Universiti Islamiah hanya RM350 juta dan jika kerajaan pusat atau BN nak bina universiti yang sama akan menelan mencecah belanja lebih RM1 bilion.
"Kerajaan negeri sentiasa merancang pengurusan kewangan sebaik mungkin tanpa berlaku sebarang pembaziran," katanya pada ceramah isu semasa bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan di Jeniang, Kedah semalam.
Ceramah tersebut dihadiri lebih 50,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Meneruskan pembelaan terhadap Norizan Salleh yang hampir maut dicedera oleh anggota PDRM


Salam/Selamat Sejahtera Rakyat Malaysia
Norizan Salleh akan ke Putrajaya menemui Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dalam usaha utk mendapat pembelaan kerana telah ditembak berulang kali tanpa hak oleh anggota PDRM.
Norizan telah pertama kalinya mengadu kpd Biro pengaduan MCA tetapi aduannya tidak diambil serius dan terhenti apabila laporan polisnya tidak diambil tindakan.
Diatas nasihat yang diterima, Norizan telah ke kediaman DSAI yang kemudiannya merujuk kes beliau kepada Latheefah Koya (ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN), yang juga peguam kepada Norizan,supaya Norizan mendapat pembelaan yg sewajarnya.
Sidang media pertama mengenai kes beliau telah diadakan di HQ KEADILAN, Tropicana.Ia disusuli dengan Memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 4 Feb.Dan selepas itu ke SUHAKAM pada 11 Feb.
Permohonan kepada SUHAKAM akan mengambil masa utk diketahui jawapan agar suruhanjaya bebas menyiasat kes Norizan Salleh, dan memohon Menteri Wanita mengambil tanggungjawab memelihara kebajikan Norizan Salleh yg mengalami kecederaan kekal sehingga tangan kanannya belum diketahui akan pulih semula, disamping kecederaan lain yang berterusan membuat beliau, seorang ibu tunggal, tidak mungkin diberi pekerjaan untuk menyara diri dan anaknya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat,antaranya ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin telah juga menggesa agar IPCMC ditubuhkan dan kes-kes seumpamanya (yang berakhir dengan kematian) disiasat juga.
Mohon mobilisasi Rakyat ke Putrajaya mengiringi Norizan Salleh pada 25 Feb. 11.00 pagi di Kementerian Dalam Negeri.
Satu Sidang Media Khas akan diadakan selepas pertemuan dengan Menteri Hishamuddin Hussein.
Dilampir dokumen yang telah diserahkan kepada Ketua Polis negara dan SUHAKAM.
Rozaini Mohd Rosli
Exco Wanita KEADILAN
(Biro Penerangan)
—————————————————————–
Tan Sri Musa Hassan,
Inspector General of Police,
Bukit Aman
MEMORANDUM OF PROTEST
Shooting by police of Norizan Bte. Salleh
The Facts
1) On 30.10.2009, 29 years old Norizan bt Salleh was shot 5 times by police.
2) Norizan was travelling in a car when the incident happened. Without justification, police shot at the car from behind, the bullets penetrating through the body of the car and hitting Norizan who was seated at the back seat.
3) After being shot, Norizan was then kicked and stepped on by the police personnel despite bleeding profusely from being shot.
4) No person in the car was armed with any weapon and there was no threat of any kind to the police. Despite this, police chose to open fire repeatedly at the car.
5) Norizan is an innocent woman who has never been charged in court for any crime. She has suffered serious injuries including permanent damage to her hand. A bullet lodged close to her heart had to be removed by surgery at Institute Jantung Negara. Norizan is lucky to be alive today!
6) Norizan lodged a police report on 16.11.2009 complaining of attempted murder by police, but no action has been taken by the authorities against the culprits.
Increasing incidents of unjustified police shootings
1) Activists, lawyers and elected representatives have raised the issue of unjustified shootings by police on many occasions, but have been ignored by both the Police Force and the Government.
2) In almost every case, the police version of the events has been similar; that the victims opened fire and police returned fire, killing all of them. It has been easy for police to get away with this version, as the victims are usually dead and the truth buried. This has also been the police version in two recent shooting cases. [Kulim shooting (February 2009) and Klang shooting (November 2009)].
3) Norizan’s shocking case proves that unjustified shootings by police have reached dangerous levels.
4) The brutality with which Norizan was treated after the shooting indicates the extent and seriousness of problems in the Police Force.
WE THE UNDERSIGNED DEMAND:-
1) An immediate investigation by a Bukit Aman team specially set-up for this purpose;
2) The result of the investigation be made fully public;
3) All those police personnel involve in Norizan’s brutal shooting be suspended/arrested immediately;
4) That the case be classified as attempted murder;
5) That there be immediate and thorough reform of the Police Force;
6) That the IGP explain to the public why the police have never revealed this shocking incident to the public;
7) The leadership of the police support the setting up of the IPCMC.
8) That all suspicious police shooting cases over the past decade be re-opened.
Endorsed by,
1) Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2) Civil Liberties Malaysia
3) Democratic Action Party (DAP)
4) Human Right Party (HRP)
5) Police Watch Malaysia & Human Rights Committee
6) Group of Concerned Citizens(GCC)
7) Lawyers for Liberty.
——————————————————————
Chairman,
Human Rights Commission Of Malaysia,
Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Complaint on the infringement by Police
of the Human Rights of Cik Norizan Bt Salleh
The Facts
1) On 30.10.2009, 29 year old Norizan bt Salleh was shot 5 times by police.
2) Norizan was travelling in a car when the incident happened. Without justification, police shot at the car from behind, the bullets penetrating through the body of the car and hitting Norizan who was seated at the back seat.
3) After being shot, Norizan was then kicked and stepped on by the police personnel despite bleeding profusely from being shot.
4) No person in the car was armed with any firearm and there was no threat of any kind to the police. Despite this, police chose to open fire repeatedly at the car.
5) Norizan is an innocent woman who has never been charged in court for any crime. She has suffered serious injuries including permanent damage to her hand. A bullet lodged close to her heart had to be removed by surgery at Institute Jantung Negara. Miraculously, Norizan has survived to tell the public what happened to her.
6) Norizan lodged a police report on 16.11.2009 complaining of attempted murder by police, but no action has been taken by the authorities against any police officer involved in her wrongful shooting and beating.
7) One of the other occupants of the car has told lawyers of how he was tortured by police in an attempt to get him to confess that the occupants of the car were involved in robbery. He alleges that police hung him upside down and chilli powder was rubbed on his body.
The complaint
1) Neither Norizan, nor any of the other occupants of the car, were armed with any weapon capable of posing any threat to the life or safety of the police personnel pursuing them.
2] The discharge of firearms by the police at the car, was intended to kill or seriously injure the occupants therein and not to stop the vehicle and apprehend the occupants.
3] The use of excessive force and shooting to kill by police in this case, is consistent with many other cases documented by activists. In almost every case, the police version of the events has been similar; that the victims opened fire and police returned fire, killing all of them. It has been easy for police to get away with this version, as the victims are usually dead and the truth buried. This has also been the police version in two recent shooting cases. [Kulim shooting (February 2009) and Klang shooting (November 2009)].
WE, THE UNDERSIGNED;
1. call upon Suhakam to institute an urgent public Inquiry into the shooting and beating of Norizan Salleh;
2. to advise the Government to take immediate steps to institute wide- ranging reforms in the police force and to implement fully the recommendations made by the Royal Police Commission.
Complaint filed by :-
a) Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Democratic Action Parti (DAP)
3. Civil Liberties Malaysia
4. Police Watch & Human Rights Committee
5. Human Right Party (HRP)
6. Lawyers for Liberty.