Untuk Aljazira Tv klik webtv

UNIC - AINUL MARDHIAH




lagu untuk Pejuang Islam
sama-samalah hayati liriknya...

Hasan Ali Bersedia Disiasat Jawatankuasa Disiplin PAS

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata tiada pergeseran serius berlaku di kalangan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia mahupun Pakatan Rakyat.

Beliau menambah walaupun adanya perbezaan pendapat, namun kerjasama dalam tugas dan kerja sentiasa baik dan profesional.

"Tidak ada perpecahan sebenarnya, walaupun ada tempat-tempatnya kami berselisih pandangan, namun hubungan harian dalam mesyuarat amat baik. Kita berada dalam keadaan musyawarah dengan kemesraan yang jelas menyanggah adanya pergeseran," kata Dr Hassan.


Berkata demikian kepada TV Selangor ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Sumbang Saran, Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau kesal terhadap sesetengah media yang sengaja mensensasikan isu ini sehingga menjejaskan hubungannya dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain.

“Saya harap sangat bahawa kita mesti menyatakan fakta dan kita mesti beramanah dalam kita melaporkan sesuatu, bukan nak menimbulkan sensasi, bila kita menimbulkan sensasi, ada orang suka, ada orang tidak suka," jelasnya.

Tambahnya, beliau bersedia untuk disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin pada 7 November di Markas Pas Taman Melewar nanti sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat di

PAS S'gor diseret ke JK disiplin

PAS S'gor diseret ke JK disiplin
dari Malaysiakini

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu bagi menggantikan idea muktamar khas - yang disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

Dua keputusan penting itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Mesyuarat ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan.

Mesyuarat bermula jam 8.45 malam ini untuk membincangkan pertikaian Nik Abdul Aziz terhadap beberapa tokoh PAS, khususnya timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Selain Nik Abdul Aziz yang menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam, semua tokoh yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan mesyuarat itu, setakat ini, belum dapat dipastikan.

Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut

3 Keputusan Mesyuarat Khas

3 Keputusan Terhasil.....
laporan dari UtaraOnline

Sidang akhbar sudah berakhir. Kenyataan dari keputusan meeting malam tadi telah dikeluarkan.

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

*Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslam Sms masih lagi mengekalkan status quo masing-masing

Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat

KUALA LUMPUR, 28 Okt: PAS mengadakan mesyuarat khas AJK PAS Pusatnya jam 8.45 malam dengan dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam ini.

Turut serta di sebelahnya adalah Mursyidul Am yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz tiba ke pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut jam 8.40 malam. Ia disambut oleh Abdul Hadi dan kedua-dua mereka berbual mesra sambil Abdul Hadi memerhatikan Nik Aziz makan malam.

Abdul Hadi sampai lebih awal dan telah selesai makan malam di situ.

Nik Aziz kelihatan makan nasi berlauk ayam goreng yang disediakan oleh pejabat Agung PAS untuk semua peserta mesyuarat itu.

Di pintu masuk Pejabat Agung, berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar menunggu ketibaan para pimpinan PAS itu.

Bagi meraikannya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah memutuskan untuk membenarkan kesemua mereka mengambil gambar pimpinan PAS itu sebelum mesyuarat bermula.

Maka berlari-larilah para jurugambar memanjat anak tangga bangunan PAS itu ke tingkat lima, tempat mesyuarat berlangsung, menggunakan tangga.

Ini kerana, hanya satu lif sahaja yang ada di bangunan itu dan mereka bimbang tidak sempat merakamkan detik bersejarah dalam PAS itu.

Namun, para petugas PAS telah bersedia menghadapinya dan hanya membenarkan mereka masuk mengambil gambar apabila kesemua mereka sudah berada di tingkat 5 bangunan PAS itu.

"Waw ramainya," sungut para pemimpin PAS yang memenuhi Dewan Mesyuarat Utama Pejabat Agung PAS itu apabila jurugambar menyerbu masuk.

Pelbagai ragam mereka mengambil gambar para pimpinan PAS. Yang menjadi fokus adalah Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz yang duduk sebelah menyebelah dalam mesyuarat ini.

Mereka meminta kedua-duanya senyum, bersalam, memandang kamera dan sebagainya.

Semuanya dipatuhi dengan baik oleh kedua-duanya di samping timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mesyuarat ini dijangka selesai menjelang jam 12 malam. Adalah dipercayai satu sidang akhbar akan dibuat selepas itu kerana wartawan penuh di hadapan bangunan PAS bagi menunggu keputusan mesyuarat khas ini.

Admin : Chanel PAS Jerai

Rakaman Video...
video yang memaparkan isu-isu semasa
sila lawati http://www.youtube.com/pkjerai
pihak admin masih lasi sedang mengumpul koleksi video ucapan dan ceramah.
harap maklum

Ketua Dewan Ulama' PAS mengulas Isu EGM

Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat.
Dato' Haji Harun Taib

PAS Pahang desak selidik laporan seleweng petrol


TEMERLOH, 26 Okt: PAS Pahang memandang serius Laporan Ketua Audit Negara berkaitan keraguan penggunaan minyak petrol oleh kenderaan kerajaan negeri di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di pejabatnya semalam mahukan kerajaan Umno BN Pahang melakukan siasatan terbuka dan telus bagi mendedahkan penyelewengan yang berlaku.

"Kerajaan Pahang perlu mendedahkan penyelewengan dan membersihkan kerajaan dalam kenyataan yang mengaibkan oleh laporan tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS menuntut kerajaan Pahang tidak melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak dalam usaha menjaga harta rakyat.

"Kerajaan seharusnya tidak cuba melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak bagi kebaikan dan penjagaaan harta rakyat. PAS mengesa agar pendakwaan dibuat sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan sebagaimana yang dilapor.

"Tindakan lima buah kenderaan rasmi sebagaimana yang didakwa mendedahkan kepada tanggapan umum bahawa pihak kerajaan melindungi pihak yang melakukan penyelewengan.

"PAS Pahang melihat teguran yang dibuat Ketua Audit Negara seolah-olah tidak diambil tindakan oleh kerajaan sebagaimana teguran-teguran sebelumnya.

"Akibatnya rakyat menanggung kerugian akibat daripada penyelewengan. Begitu juga dengan unsur penyelewengan pembinaan Hospital Pekan yang bernilai RM 81.59 juta memerlukan siasatan secara telus dan tindakan mesti diambil kepada pihak yang terlibat,"katanya.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato? Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022969&Itemid=115]

Premis diberi insentif jika tidak jual rokok

KOTA BHARU, 22 Okt: Kerajaan Kelantan bercadang untuk mengkaji cadangan pemberian intensif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai sebagai usaha untuk menghalang lebih ramai masyarakat menjadi tabiat merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada sidang Dun sebagai reaksi awalnya terhadap cadangan itu berkata, kerajaan negeri memang dukacita terhadap penularan itu.

Menurutnya, usaha kerajaan Pusat untuk mengekang tabiat berkenaan di kalangan masyarakat juga tidak berjaya biarpun pelbagai kempen dibuat di samping menaikkan cukai rokok.

"Kerajaan negeri memang dukacita terhadap perkembangan itu, bagaimanapun usaha akan terus dilakukan termasuk memberi penerangan kepada masyarakat bahawa amalan itu sebenarnya telah menjadi haram mengikut fatwa,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan yang dikemukakan Drs Zainuddin Awang Hamad, supaya memberikan insentif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai.

"Ianya sebagai usaha dorongan kepada pemilik kedai untuk menyekat amalan yang tidak berfaedah itu untuk dijejaki oleh premis yang lain,"ujarnya.

Adun (PAS-Limbongan) itu berkata demikian sewaktu mengambil bahagian dalam menyokong titah Pemangku Raja Kelantan dalam Sidang Dun Kelantan semalam bagi menyokong kenyataan Haji Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) yang mencadangkan supaya kerajaan negeri menyekat kenaikan pangkat Adun dan pegawai kerajaan yang merokok.

Menurut Abdul Fatah, cadangan itu selaras dengan hasrat Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mahu pemimpin di negeri itu mengamalkan budaya tidak sihat.

"Saya mencadangkan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,"ujarnya

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat

ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.

"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu?adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.

Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali._

PAS panggil mesyuarat khas JK Rabu ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam, Rabu ini di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

"Mesyuarat insyaAllah akan diadakan pada 28 haribulan ini, hari Rabu malam," katanya.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

"Beliau (presiden) telah mengarahkan saya supaya mencari satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pusat dalam waktu terdekat," katanya lagi.

Mesyuarat ini yang akan dihadiri oleh pimpinan pas pusat dan pesuruhjaya setiap negeri itu katanya, akan membuat keputusan tindakan yang akan dibuat selepas ini.

"Jadi apa-apa yang berkait kita akan bincang dalam mesyuarat pusat nanti," katanya.

Nik Aziz akan hadir sebagai pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan ahli mesyuarat mendengar sendiri penjelasan beliau berhubung cadangan dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas.

Menjawab soalan pemberita mengenai cadangan mengadakan muktamar khas, beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa hanya boleh diadakan mengikut tiga cara.

Ia boleh dilakukan apabila ada arahan daripada presiden parti, ada permintaan bersurat satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat, atau permintaan bertulis satu pertiga daripada PAS kawasan-kawasan.

Semalam, Naib Presiden, Salahuddin Ayub selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu memberitahu, mesyuarat agung luar biasa tidak akan diadakan kerana Nik Aziz sendiri mencadangkan ianya ditukar kepada mesyuarat khas.

Ditanya sama ada cadangan Nik Aziz itu berkait dengan beberapa pemimpin yang dikatakan pro kerajaan perpaduan, beliau berkata isu itu tidak lagi berbangkit kerana ianya telah diputuskan dalam muktamar Jun lalu.

"Saya pernah buat kenyataan dulu, masalah kerjasama dengan Umno sudah tutup buku. Ia satu keputusan yang dibuat oleh pimpinan dalam muktamar sendiri," katanya.

Bersihkan senarai nama dalam e-Kasih

ALOR SETAR 25 Okt. - Semua Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah diminta melakukan pembersihan terhadap senarai nama di dalam sistem e-Kasih yang akan digunakan bagi menyalurkan kupon subsidi beras untuk golongan miskin mulai 1 Disember ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembersihan itu perlu dilakukan kerana senarai nama yang terdapat di dalam sistem e-Kasih adalah meragukan.

Jelasnya, kesemua JKKKP diberi masa sehingga hujung bulan ini bagi melakukan pembersihan nama golongan miskin dalam sistem berkenaan.

"Senarai baru akan diserahkan pada 1 November depan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan pengeluaran kupon subsidi beras berkenaan.

"Pembersihan ini dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak boleh menikmati keistimewaan yang diberikan kerajaan," ujarnya di dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Al Fatihah... Atas Pemergian Tok Guru Hj Man Sg. Pau


Al-Fatihah kepada pemergian Tok Guru Hj Man Sg. Pau atau nama penuh beliau Hj. Abd Rahman Salleh pada 25.10.2009 lebihkurang pukul 7.00 pagi. Almarhum merupakan seorang Guru dan merupakan pencetus kepada tertubuhnya pondok di Sg. Pau Sik, Kedah. Berasal daripada Jerlun, Kedah. Beliau merupakan menantu kepada Tuan Guru Pak Chu Him (Hj. Wan Ibrahim) Pondok Gajah Mati.

Sepanjang hayat beliau, merupakan seorang pejuang Islam dan Guru yang menyediakan tempat belajar bagi masyarakat Sg. Pau dan disekitarnya. Pondok beliau merupakan juga tempat pencetus aktiviti-aktivi PAS kawasan SIK dan cawangan Sg. Pau. Beliau meninggalkan beberapa orang anak yang mampu menyambung perjuangan beliau, Ustaz Wan Badruddin pensyarah Maktab Sultan Abdul Halim, Ustaz Wan Alauddin imam besar Masjid Muzaffar Sg.Petani, Ustazan Ibrahim, pengajar di Sek Agama Bidong dan Ustaz Wan Basyiruddin, Setiausaha kerja PAS Kawasan SIK.

Semuag rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan merupakan kehilangan permata yang besar bagi masyarakat Sg. Pau, Kawasan Sik.

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan

Seterusnya

Kerusi Parlimen Batu, perlu tunggu keputusan mahkamah - SPR

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia untuk mengadakan pilihan raya kecil yang kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu jika menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kedudukan kerusi Parlimen Batu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

"Pihak SPR tidak ada apa-apa halangan, namun ikut prosesnya kita kena terima dahulu notis kekosongan daripada Speker Dewan Rakyat yang memaklumkan mengenai kekosongan tersebut dan kita akan teliti," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan Mahkamah Majistret semalam terhadap ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya, dua tahun lalu.

Di bawah peruntukan itu, seorang Ahli Parlimen yang disabitkan bersalah di mana-mana mahkamah dan dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan daripada jawatannya.

Bagaimanapun hakim membenarkan hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Tambah Abdul Aziz, kedudukan Tian Chua sebagai wakil rakyat hanya akan diketahui selepas keputusan rayuan itu nanti.

"Kalau hukuman itu kekal selepas proses rayuan berakhir, maka mengikut Perlembagaan akan wujudnya kekosongan bagi kerusi berkenaan.

"Tapi bagaimanapun kita kena tunggu dulu proses mahkamah itu berakhir," katanya.

Jubli Emas PAS Jerai


JUBLI EMAS PAS JERAI
Tarikh : 19 sehingga 22 Nov 09
Tempat : Dewan Serbaguna
Guar Chempedak

Majlis Meraikan Bakal Haji





Sabtu, 17 Oktober berlangsung majlis meraikan 147 bakal-bakal haji dari Parlimen Jerai di Surau Perwaja. Program anjuran PKWR Parlimen Jerai dengan kerjasama Surau Perwaja ini dirasmikan oleh Dato' Mohamad Taulan Rasul, Exco Agama dan Pelajaran Kedah.

Turut diselitkan dalam majlis tersebut ialah Bacaan Yasin Perdana dan Doa Selamat bagi mengiringi perjalanan bakal-bakal haji ke Tanah Suci Mekah yang dijadualkan bermula pada 21 Oktober ini.

Bakal-bakal haji juga diraikan dengan majlis jamuan dan penyampaian cenderahati oleh Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai dan isterinya.

Pemuda cabar Mohamad Hasan berdebat

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berdebat mengenai isu ruang manipulasi dalam pengurusan undi pos di Malaysia.

Cabaran ini dibuat oleh Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat melalui kenyataan medianya yang bertarikh 14 Oktober bagi menjawab kritikan Mohamad terhadap PAS yang disiarkan melalui Utusan Malaysia pada 13 Oktober lalu.

Menurut Suhaizan, PAS menerima kekalahannya di Bagan Pinang dan akur dengan keputusan tersebut, namun PAS tetap yakin sistem pengundian pos yang dimanipulasikan adalah penyumbang besar kekalahan parti itu.

Suhaizan mendakwa, PAS mempunyai asas kukuh untuk membuktikan wujudnya ruang penyelewengan dan bersedia menyenaraikan setiap kelemahan sistem yang mudah dimanipulasikan pihak tertentu dalam perlaksanaan pengundian pos.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya DPPP, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar ketika dihubungi mendakwa, keputusan undian pos bagi karung bernombor 14, 15 dan 16 membuktikan undian pos telah dimanipulasikan.

"Adalah suatu yang amat pelik tapi benar apabila calon PAS tidak langsung mendapat undi bagi karung-karung itu," ujarnya.

"Tapi inilah yang berlaku di Bagan Pinang, tidak mungkin PAS boleh menerima penipuan secara terang-terangan yang dilakukan lawan. Kenapa pula Hishamuddin secara tiba-tiba menasihatkan PAS agar tidak pertikai undi pos?" soalnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dilaporkan menasihati PAS agar tidak mempertikaikan proses pengundian pos kerana telah memperolehi 601 undi pos di Bagan
Pinang.

Calon BN memenangi kerusi Dun Bagan Pinang setelah menewaskan calon PAS dengan majoriti 5435 undi.

SPRM tutup kes ADUN Lunas

ALOR SETAR 15 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah menutup siasatan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas (ADUN), Mohammad Radzhi Salleh berhubung dakwaan beliau membuat tuntutan tidak munasabah ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri. - Utusan

Kerajaan PR Peka Nasib Semua Kaum


YAN- Masalah yang menimpa penduduk kurang berkemampuan tetap mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mereka untuk meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

Untuk tujuan itu, Menteri Besar dengan kerjasama Ahli Parlimen Jerai dan Kelab Penyokong Pas telah mengadakan Majlis Sumbangan Sempena Deepavali untuk penduduk sekitar bertujuan menghulurkan bantuan.

Pegawai Khas Menteri Besar, Muzaini Azizan berkata, majlis tersebut adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri mencari penduduk kurang berkemampuan khususnya kaum India supaya mereka dapat dibantu.

“Menteri Besar tidak pernah meminggirkan rakyatnya, Kerajaan Pakatan Rakyat dengan bantuan daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan komuniti kaum Cina serta India maka setiap penduduk yang layak menerima bantuan akan dibantu dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, bantuan akan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama mahupun kaum dan setiap permasalahan rakyat diminta pemimpin peringkat kampung mengambil tindakan segera menghubungi ketua komuniti di kawasan masing-masing.

Muzaini berkata, pihaknya tidak mahu masih ada komuniti India di negeri ini tercicir daripada perhatian Kerajaan Negeri dan untuk menjayakan usaha tersebut maka aktiviti turun padang seperti ini diadakan dalam usaha mengenal pasti jumlah penduduk yang kurang berkemampuan.

Pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar dan Penyelaras PKR Gurun, Arumugam menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada 180 orang.

Muzaini berkata, sumbangan itu adalah sumbangan peribadi daripada Menteri Besar selaku YDP Pas Kawasan Jerai dan Ahli Parlimen Jerai.

“Bukan hanya di DUN Gurun sahaja program seumpama ini diadakan kerana selepas ini satu lagi program peringkat negeri Kedah akan diadakan di Dewan Seri Mentalun.

“Setiap DUN akan diwakili ketua komuniti masing-masing untuk menerima bantuan untuk disampaikan kepada orang yang berkelayakan,” katanya.

Sekitar 1,000 membanjiri majlis yang bermula jam 6 petang dan tetamu dihidangkan dengan juadah sempena sambutan Deepavali, lusa.

Anak Kedah di Sabah dan Sarawak anjur Pertemuan Aidilfitri bersama Exco Kerajaan negeri Kedah

Majlis Aidilfitri Anak -Anak Kedah di Sabah disambut meriah. Majlis dihadiri oleh YB Dr Hj Hamdan bin Mohamed Khalib dan dua orang Pegawai Khas MB Hal Ehwal Belia. Majlis diadakan di Dewan Perhimpunan Perempuan Sabah pada 10 Okt 2009. Seramai 120 orang anak Kedah serta keluarga masing-masing hadir ke program tersebut.

Bersama Majlis Pertemuan Aidilfitri Anak Kedah di Sarawak bersama YB Dr Hj Hamdan bin Mohamed Khalib,Exco Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan pada 11 Okt 2009 bertempat Taman Matang Jaya, Kuching Sarawak. Pertemuan itu yang melibatkan 100 orang kehadiran anak-anak Kedah yang berada di Sarawak untuk beramah mesra sempena Aidilfitri. Ini Adalah program yang kedua melibatkan anak Kedah di Sarawak bersama Wakil Kerajaan Negeri Kedah.

Turut bersama beliau dua orang Pegawai Khas YAN Menteri Besar Kedah Hal Ehwal belia ,Ust Musoddak Hj Ahmad dan Ust Mohd Rosli Azmi yang turut berucap tentang perkembangan Kerajaan Negeri Kedah

Keputusan PR (2004-2008)

Proses pengundian petang, pergaduhan masih berlaku

SUNDAY, 11 OCTOBER 2009 17:40
BAGAN PINANG, 11 Okt - "Keadaan masih terkawal dan teratur di kawasan pengundian, Sekolah Kebangsaan Teluk kemang, namun berlaku beberapa masalah mengundi yang hampir sama dengan tempat lain," demikian ulasan yang diberikan oleh Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS ketika ditemui di sini pagi ini.

Kurangnya pengawasan teliti oleh pihak SPR - ada individu yang bertindak sebagai perayu undi di kawasan larangan. Perkara ini telah diajukan kepada Mafrel yang bertugas namun gagal mendapat sebarang tindakan.

Berlaku kelonggaran perlaksanaan peraturan pengundi yang hadir ke tidak seramai biasa, hanya pengundi bukan Melayu, Cina dan India yang telah ramai keluar mengundi. Kemungkinan pengundi telah diberikan slip pengundi lebih awal.

Ditanya mengenai provokasi yang berlaku pada pilihan raya kecil ini, beliau berkata ianya merupakan saat kritikal bagi BN kerana kekalahan BN di Bagan Pinang akan memberi impak besar kepada politik malaysia secara keseluruhannya.

Menurutnya, BN kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka mencetuskan ketegangan bahkan terdapat maklumat yang diperolehi daripada UMNO mengatakan bahawa calon PAS sedang mendahului dari segi sokongan rakyat di sini.

Tambah beliau lagi,"Oleh sebab bilangan penyokong serta petugas PAS yang hadir pada hari ini lebih ramai berbanding penyokong BN maka apabila sebarang kekecohan berlaku, PAS dilihat sebagai pencetus ketegangan tetapi hakikatnya kita idak pernah bermaksud membuat sebarang provokasi melampau".
[http://prkn31baganpinang.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223:proses-pengundian-petang-pergaduhan-masih-berlaku-&catid=25:berita-terkini&Itemid=53]

Lagi pemuda Umno ditangkap polis

BAGAN PINANG, 11 Okt - Polis telah menangkap seorang lagi pemuda dipercayai diupah oleh Umno bagi menimbulkan kekecohan di sekitar kawasan pengundian Teluk Kemang pagi ini.

Pemuda tersebut yang dipercayai berusia awal 20-an ditangkap atas kesalahan menimbulkan kekecohan sehinggga mencederakan beberapa para penyokong yang hadir.

Pemuda tersebut memulakan insiden kekecohan tersebut dengan menghampiri kawasan perhimpunan penyokong PAS lalu membaling beberapa objek berupa botol minuman dan batu.

Kekecohan yang berlaku kian menjadi-jadi ekoran berlanjutnya kejadian baling membaling tersebut antara kedua belah pihak selama beberapa minitg.

Polis berjaya mengawal keadaan dan menenangkan orang ramai yang hadir. seterusnya pemuda yang berjaya ditangkap tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut oleh sebuah kereta polis.

Kejadian tangkapan ini merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas kejayaan polis menahan seorang pemuda yang dipercayai membawa sejenis senjata merbahaya di kawasan pengundian Teluk kemang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Pemakaian lambang parti : Keputusan mengejut SPR

BAGAN PINANG, 11 Okt - Polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Tindakan polis itu atas arahan mengejut yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Arahan suruhanjaya tersebut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Malah, penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga turut dilarang menggunakannya.

Undilah Dengan Bijaksana- PR

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini dicemari dengan beberapa siri kekecohan membabitkan penyokong UMNO-BN yang melakukan provokasi.
Walau bagaimanapun keadaan terkawal dan pengundian masih diteruskan.

Bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apa yang diharapkan ialah penduduk Bagan Pinang bijak untuk membuat pilihan dan menilai calon yang paling layak untuk mewakili mereka nanti.

Bagi Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, beliau menasihati penduduk Bagan Pinang agar belajar menerima perubahan dan membuka minda untuk menerima sesuatu yang baru termasuklah politik baru.

" Komponen Barisan nasional sedang hancur satu demi satu. Pakatan Rakyat sedang bina satu kekuatan baru yang manawarkan politik baru. Politik yang menawarkan kasih sayang di antara Melayu, cina dan India. Dalam kalimah kita, saya orang Melayu, Mahfuz orang Melayu, Shamsul orang Melayu, walaupun kita orang Melayu, politik baru Pakatan Rakyat, masalah Melayu masalah saya, masalah Cina masalah saya, masalah India masalah saya. Ini politik baru Pakatan Rakyat".

Ujarnya lagi, perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah perubahan yang membawa kepada kebaikan bersama tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina atau India.

Sementara itu, bagi Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula, beliau menggesa penduduk Bagan Pinang melihat dengan mata hati bagaimana UMNO-Barisan Nasional menggunakan kuasa yang mereka miliki demi menjaga hak dan kepentingan mereka.

Malah Mahfuz berkata, tindakan UMNO memperkudakan organisasi di bawah mereka sebagai menunjukkan kelemahan parti itu berdiri sendiri untuk mentadbir negara.

" UMNO cukup lemah. Menggunakan apa sahaja institusi-institusi yang ada bagi memberikan perlindungan kepada kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.Tetapi saya percaya dan penuh yakin pengundi di Bagan Pinang ini mempunyai maruah dan harga diri yang sangat tinggi".

Sementara itu, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebut tentang sikap tamak haloba UMNO-Barisan Nasional yang tidak pernah mahu melihat kesusahan rakyat di bawah dan mahu penduduk di Bagan Pinang menilainya sendiri.

" MCA hari ini sudah tidak mempunyai ketua. Jangan bergaduh sangat mengenai ketua, ahli juga sudah kurang. Jadi sebab itu lihat sendiri kekacauan politik dalam Barisan Nasional kerana orang Cina tahu, UMNO dengan angkuh mereka melalui rasuah dan penyelewengan mereka yang keterlaluan. Orang Cina ini umumnya lebih terdedah kepada maklumat sebab surat khabar Cina ada cerita mengenai PKFZ, masalah-masalah politik, Utusan Malaysia langsung tidak ada".

"Apa masalah sebenarnya ini? Sampai permit teksi? Yang besar kapal selam dari Prancis yang berbilion-bilion ringgit mereka ambil, tanah balak pun mereka ambil, teksi pun mereka ambil. Ini tender makan tentera pun mereka ambil. Cuba tanya Khairy Jamaluddin keluarga siapa yang dapat tender makan tentara?" soalnya kepada penduduk Bagan Pinang.

Proses pengundian di Bagan Pinang hari ini membabitkan lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Seramai 13, 994 pengundi termasuk 4, 604 pengundi pos layak untuk mengundi di Bagan Pinang.

Rentetan perjalanan Hari Membuang Undi Pilihan Raya Kecil N.31



Rentetan perjalan hari mengundi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang (terkini)

Sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa

2.30 petang : Laporan dari SJKT Ladang Bradwall - atas desakan petugas PAS, sejumlah kereta pemuda Umno yang membawa lambang 'dacing' telah ditahan pihak polis, mereka ini di syaki ingin membuat hura-hara di sana pula.

1.30 tengahari : Dari pos PAS di SJKT Sua Betong - 49% telah keluar mengundi sehingga jam 1 tadi. Manakala di SJKT Ladang Siliau 53.5%.

1.10 tengahari : Terbaru! seorang pemuda PAS cedera dibelasah 15 orang pemuda Umno. Namun pihak polis yang berada ditempat kejadian hanya menangkap seorang sahaja daripada pemuda Umno itu. Kejadian pergaduhan itu berlaku kali ke empat di tempat yang sama sejak pagi tadi. Petugas yang cedera itu dikejarkan ke hospital

LUMUT - Orang ramai khususnya penumpang feri Lumut-Pulau Pangkor di sini gempar lagi semalam apabila melihat KD Sri Inderapura, kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbakar pagi kelmarin, kembali marak dijilat api.

Kepulan asap tebal dari KD Sri Inderapura itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer walaupun kapal tersebut ditunda ke tengah laut.

Pada masa yang sama kelihatan sebuah pesawat amfibia Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melepaskan air dari udara bagi memadamkan kebakaran.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Perak Selatan di Bagan Datoh semalam menjelaskan ia bukanlah kebakaran baru.

"Ia adalah saki-baki bara kebakaran semalam (kelmarin) dan langkah mengawal kebakaran sedang diambil oleh TLDM," katanya.

Beliau juga menafikan faktor kecuaian atau sabotaj menjadi punca kejadian yang memusnahkan sebahagian besar kapal berusia 40 tahun itu.

"Siasatan kami mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas, maklum sahajalah kapal itu sudah pun berusia lebih 40 tahun," katanya.

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak


Serangan Gerak Gempur Umno/BN keatas Markas PAS bermula, Seorang Petugas PAS cedera parah dan 8 cedera ringan.

9 laporan Polis telah dibuat pagi ini ekoran serangan hendap Pemuda Umno keatas petugas PAS pada jam 3.30 pagi, kata Pengarah Opreasi, Jentera Pilihanraya Kecil PAS Bagan Pinang, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzukefly berkata, nampaknya Umno/BN semakin terdesak melakukan tindakan ganas terhadap petugas-petugas PAS. (Berita lanjut baca Markaz PAS diceroboh, petugas ditetak)

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebentar tadi di Markaz Induk PAS Bagan Pinang yang turut dihadiri oleh Pemimpin Pakatan Rakyat.

Baca juga: Pergaduhan: Seorang petugas PAS cedera dipukul 100 Pemuda

Sebelum itu, Pakatan Rakyat akan terus melaksanakan Program Lawatan rumah ke rumah melalui Program Gerak Gempur ke atas semua UPU-UPU yang diketuai olh pimpinan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP sehingga hari akhir berkempen pada 10 Oktober 2009.

Turut berucap dalam pelancaran Gerak Gempur Pakatan Rakyat sebentar tadi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Ahli MPT PKR Dato’ Johari Abdul dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Antony Loke Siew Fook.

Kenyataan Akhbar N31 Bagan Pinang
8 Oktober 2009

1. Terima kasih kepada semua pihak, wartawan dan media kerana masih setia melaporkan berita secara adil dan berani. Semoga tiga hari berkempen yang mencabar ini terus mendapat laporan Tuan Puan sekalian.

2. Semalam, sebelum dan selepas pertemuan kami dengan SPR di Putrajaya; Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah mengakui bahawasanya terdapat pertindihan dalam daftar pemilih N31 Bagan Pinang.

Akhirnya, apa yang kita perjuangkan, apa yang kita dakwa selama ini adalah yang benar.

Petugas PAS Ditetak, Markas Diceroboh

Petugas- petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi. Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. "Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP. Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi. Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi

Lembaga Rayuan Kedah terima 32 kes

ALOR SETAR 6 Okt. - Lembaga Rayuan Negeri Kedah telah menerima sebanyak 32 kes rayuan sejak lembaga berkenaan ditubuhkan pada tahun 2000 hingga hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu, daripada jumlah tersebut, sembilan kes berjaya diselesaikan oleh lembaga berkenaan, 12 kes telah ditarik balik oleh perayu, tiga kes ditangguh dan lapan kes lagi akan didengar.

''Lembaga Rayuan Negeri Kedah sebuah badan berkecuali, ditubuhkan bagi mendengar rayuan pihak awam yang terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, seramai sembilan ahli lembaga tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing bagi sesi 2009-2012 yang terdiri daripada Pengerusi, Datuk Ahmad Zakiuddin Harun (Pengerusi) dan Timbalan Pengerusi, Datuk Mohd. Kamal Mohd. Noor.

Lain-lain ahli yang menganggotai lembaga berkenaan ialah Datuk Wira Hashim Mat Noor, Datuk Ir. Dr. Nordin Yunus, Datuk Abu Bakar Yaacob, Datuk Syed Azizan Syed Mohamad Al-Idrus, Datuk Wira Ismail Hamid, Wan Fatimah Md. Arshad dan Chin Len Chong.

Azizan menjelaskan, jenis-jenis rayuan yang dikemukan oleh orang awam ialah rayuan keputusan PBT yang menolak kebenaran merancang atau merayu terhadap syarat dikenakan, rayuan pemilik tanah berjiran, rayuan amaun pampasan, rayuan notis rekuisisi, rayuan pampasan notis rekuisisi dan rayuan pemeliharaan pokok, penggantian pokok dan pampasan perintah pemeliharaan pokok.

400 nama berganda dikesan di Bgn Pinang

PAS mendakwa mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

"Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih. Kita berjaya mengesan kira-kira 200 (kemungkinan) undian dua kali.

"Terdapat (kemungkinan) undi di dua tempat. Mereka ini ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa)," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan, yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, berkata pendaftaran berganda berlaku apabila terdapat anggota tentera yang mendaftar dua kali sebagai pemilih – ketika masih bertugas dan juga di luar perkhidmatan dengan pasukan keselamatan.

Ditanya bagaimana PAS dapat mengesan perkara itu, Suhaizan hanya berkata: “Kita ada sistem untuk mengesannya”.

Sehubungan itu, tambahnya, rombongan PAS yang diketuai oleh naib presidennya Salahuddin Ayub dan setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali akan membangkitkan isu itu dalam pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya esok.

Difahamkan, maklumat terperinci mengenai dakwaan mereka akan didedahkan kepada media kira-kira 3 petang selepas pertemuan tersebut.

Suhaizan juga mempersoalkan tindakan SPR yang hanya membenarkan seorang ejen calon bagi memantau perjalanan pengundian pos kira-kira 4,500 tentera sedangkan ia melibatkan lapan saluran di satu tempat pembuangan undi.

“Kalau hanya satu orang ejen sahaja dibenarkan, dengan kapasiti lebih 4,000 pemilih, ini bukan ejen, Lebih baik dipanggil 'patung' pilihan raya,” katanya.

Beliau mencadangkan 16 ejen dibenarkan bagi mewakil setiap calon pada hari mengundi pilihan raya kecil tersebut, 11 Oktober ini.

Pada Khamis dan Jumaat ini, anggota-anggota tentera di lapan kem akan memilih sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad atau calon PAS Zulkefly Mohamad Omar di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Sementara itu, dalam sidang media harian PAS di Bagan Pinang pagi tadi, Salahuddin mempersoalkan pemendekan tempoh bagi membuang undi pos daripada lima hari – seperti diamalkan sebelum ini – kepada dua hari.

Ahli parlimen itu berkata, pengurangan itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat umum.

“Kita bukan hendak menuduh sesuatu, tetapi kita mempunyai hak untuk merasa ragu-ragu,” tambahnya.

Dalam setiap pilihan raya, undi pos sentiasa menjadi isu pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang memihak kepada calon BN.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.
[http://www.malaysiakini.com/news/114330]

Calon Pakatan janji tiga perkara


TELOK KEMANG, 6 Okt: Berbekalkan pengalaman bergiat dalam kerja-kerja kemasyarakatan, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar bertekad mahu meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk tempatan seandainya diamanahkan menjadi Adun Bagan Pinang kelak.

Bercakap pada pemberita di sini semalam, Zulkefli menggariskan tiga fokus utama dalam manifestonya 'Bersama Kehendak Rakyat' beliau.

"Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat (Bagan Pinang), umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.

"Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.

"Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri turut mengulas dakwaan Umno, kononnya permasalahan malar segar N31 tidak mampu ditanganinya, walaupun Zulkefly ditakdirkan menang kelak.

"Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List)," jelasnya.

"Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang.

"Sedangkan, jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan," tambah beliau.

Beliau turut menasihatkan kepemimpinan Umno agar mengutamakan kepentingan rakyat selagi mempunyai kuasa memerintah kerajaan negeri dan persekutuan.

"Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang (Datuk Kamarul Baharin Abbas) membawa isu ini di Parlimen.

"Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan," katanya.

Dalam perhitungan khalayak, jika Zulkefly menang, bermakna perbezaan kerusi Pakatan dan Barisan Nasional hanya 2 kerusi sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkefly mahu rakyat tempatan bersama beliau, mendesak pihak berwajib menyelesaikan isu perparitan ? yang dianggapnya sebagai 'akar masalah' pada banjir kilat, pembiakan lalat-nyamuk, sampah-sarap serta bau busuk, di sini.

Tiga inti manifesto Zulkefli itu meletakkan calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terus dalam sindrom penafian; kerana kebanyakan projek terbengkalai yang menjadi rahsia umum rakyat tempatan sebelum itu melibatkan peribadinya; sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun yang lalu.

RM1,000 jika ada foto Azeez ditumbuk

Sebuah NGO menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti bergambar ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk penyokong PAS.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net hari ini.

Timbalan Presiden NGO itu Mohd Dzohir Hamid dilaporkan berkata mesyuarat ahli majlis eksekutif PEMBELA semalam mengambil keputusan menawarkan wang kepada pihak yang memiliki atau mahu menjual gambar insiden tersebut - kini menjadi isu menyerang PAS.

Bekas exco Pemuda Umno itu mendakwa ditumbuk oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Sabtu lalu, sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Mohd Dzohir juga dipetik berkata PEMBELA membuat tawaran itu untuk mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Abdul Azeez itu.

"PEMBELA harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekali gus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghubungi pemimpin PEMBELA itu di talian 019-49 80 230 pada bila-bila masa.

Abdul Azeez dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, Harakahdaily.net semalam pula memuatkan tiga keping foto yang tidak menunjukkan Abdul Azeez dipukul sewaktu berjalan kaki dekat kumpulan penyokong pembangkang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua penerangannya Idris Ahmad dipetik berkata dakwaan Abdul Azeez itu sebagai "pembohongan" berdasarkan tiada kesan lebam atau calar di bahagian badannya dan juga rakaman tiga foto berkenaan.
[http://www.malaysiakini.com/news/114308]

CALON BN LUPUT TARIKH


Guar Chempedak, 4/10/09 : Umno dan Barisan Nasional disifatkan tersilap langkah bila mencalonkan Tan Sri Isa Samad untuk menggalas cabaran mereka dalam PRK N31 Bagan Pinang 11 Oktober ini. Kenyataan ini dibuat oleh Ustaz Mohamad Ismail, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ketika ditanya pendapatnya tentang calon BN di kerusi Dun Bagan Pinang.

"Isa Samad yang digambar sebagai seorang yang berwibawa sebenarnya sudah luput tarikh, zamannya sudah berlalu apabila beliau disabitkan dengan politik wang suatu ketika dulu", katanya.

Rasuah sudah sinonim dalam dirinya dan antara yang terpopular dalam Umno itu sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Umno tidak boleh menafikan hanya dengan membuat kenyataan bahawa Isa telah dibersihkan. Muhyiddin tentu ingat ketika Isa menggunakan kekayaannya yang tersembunyi untuk menang dalam pemilihan jawatan ketiga tertinggi dalam Umno.

"Umno dan BN sepatutnya mencari nama yang masih segar bugar dan bukannya yang sudah terpalit dengan kejahatan seperti yang ada pada diri Isa Samad. Dato Seri Najib sepatutnya menolak cadangan ini dari awal lagi", katanya.

"Mungkin kerana Najib takut dengan ugutan atau mungkin ada rahsia yang tersembunyi, hingga memaksanya menerima desakan agar Isa dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang", jelasnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan tindakan Najib yang mengenepikan keutamaan rakyat hanya kerana takut kepada desakan Isa. Keputusan yang dibuatnya memilih Isa sebagai calon meletakkannya sebaris dengan pengamal-pengamal rasuah dan politik wang dalam Umno itu sendiri. Kehendak rakyat tidak diutamakan tapi sebaliknya kehendak Isa Samad yang menjadi keutamaannya.

Kerusi N31 Bagan Pinang kini menjadi mangsa pertaruhan Umno untuk diuji kemampuan dan sokongan rakyat kepada BN. Kalaulah Bagan Pinang kali ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon PAS, jelas sekali Pakatan Rayat akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 nanti.

Beliau turut menyeru pengundi-pengundi di N31 Bagan Pinang memilih calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar, anak jati Negeri Sembilan untuk dinobatkan sebagai Adun Bagan Pinang yang baru dan sekaligus menolak anak kelahiran Melaka yang dikemukakan oleh BN sebagai calonnya di kerusi tersebut.

Syarikat rayu keputusan mahkamah tolak saman RM218 juta

KUALA LUMPUR 5 Okt.— Sebuah syarikat memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman RM218 oleh syarikat itu terhadap UMNO berhubung bekalan barangan semasa pilihan raya umum 2004.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan notis rayuan itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lepas melalui Tetuan Termizi & Co.

Peguam Mohd Nazruddin Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiapkan alasan rayuan dan tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mendengar rayuan itu.

Pada 10 September lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Anantham Kasinater, yang membenarkan permohonan Umno bagi menolak saman syarikat itu, memutuskan saman terhadap UMNO itu tidak berasas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Beliau berkata, peguam syarikat itu mengakui tidak terdapat sebarang kontrak bertulis selain tidak dapat menjelaskan mengenai intipati kontrak secara lisan.

Elegant Advisory yang mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun 2008 menamakan Bendahari UMNO (ketika itu), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan UMNO sebagai defendan berkata, ia dilantik untuk membekalkan peralatan pilihan raya dan bahan penerbitan serta menyediakan pengangkutan kepada Umno bagi pilihan raya umum ke-11.

Syarikat itu mendakwa ia mengemukakan invois berjumlah RM218,013,475 tetapi UMNO gagal menjelaskannya.-Bernama

Wang Kempen PAS Bersih Rasuah

Bahang kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang semakin hebat dirasai. Kedua-dua parti sibuk berkempen. Disebalik kehangatan kempen itu, timbul persoalan dari mana mereka mendapat wang untuk berkempen?

Kami ajukan persoalan ini kepada pengarah pilihanraya kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub bagaimana PAS memperoleh dana untuk membiayai kempen pilihanraya kecil Bagan Pinang dan ini jawapan beliau.

" Bagi PAS sendiri, kita ada tabung pilihanraya yang kita tubuhkan di peringkat UPU, unit peti undi dan tabung itu sendiri diisi oleh ahli-ahli PAS. Itulah cara PAS dalam mendapatkan dana.

Pada 14 Ogos tahun lalu, sejumlah RM16 juta cuba diseludup keluar dari Hong Kong ke Malaysia oleh orang suruhan Umno-BN bagi memperkasa kempen UMNO-Barisan Nasional di Permatang Pauh.

Konco ini, Michael chia Tien Foh, dikatakan akrab dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan jutaan ringgit yang cuba diseludup itu dipercayai wang hasil sindiket pembalakan haram yang berleluasa di Sabah dan disimpan di akaun-akaun selamat di Hong Kong.

Meskipun mendapat liputan meluas media antarabangsa, namun selepas setahun berlalu, tiada tindakan diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) keatas konco Musa Aman ini.

Dengan isu ini kembali menerjah ke perhatian media, Pengarah Pilihanraya Kecil Pas di Bagan Pinang Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap berhati-hati dan cermat dalam hal-ehwal dana pilihanraya.

Salahuddin menambah wang ringgit amat penting untuk menggerakkan jentera kempen, namun itu tidak bermakna Pas perlu merendahkan maruahnya dengan menggunakan wang hasil penyelewengan atau kegiatan haram - sepertimana yang berlaku dalam kes konco Musa Aman itu. " Dana haram ini yang melibatkan satu-satu pihak ini yang ada kepentingan. Saya bagi contoh kita di pihak kerajaan, semua parti yang mendokong kerajaan yang ada pada hari ini, kita boleh melihatlah sumber-sumber itu. Kita boleh guna alasan ini disumbangkan oleh para dermawan. Jadi kita kena tengoklah siapa yang memberi itu. Adakah mereka ini kontraktor, adakah mereka ini tauke-tauke besar yang ada kepentingan kepada projek. Itu yang kita katakan berlakunya penyalahgunaan kuasa itu".

Tegas Salahuddin, seharusnya semua pihak mengamalkan ketelusan dalam memiliki hati rakyat dan bukannya menggunakan wang rasuah.

" Menerima itu, ya, mereka seharusnya kalau kita bercakap soal integriti, tentang kredibiliti, di situlah nilai yang kita pandang tinggi itu. Jadi saya rasa itu yang kita kena pertahankan, yang kita kena perjuangkan."

Salahuddin di hujung perbualan turut menambah, salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam kempen-kempen pilihanraya ujarnya adalah melalui keadilan media dalam memberikan publisiti kepada calon yang bertanding.

" Satu cara sahaja saya rasa untuk mengelakkan berlakunya perbelanjaan besar dalam pilihanraya ini, antara cara yang boleh menyelesaikan perkara ini setidak-tidaknya ialah kebebasan media. Khususnya kalau media ini diberikan, tidak banyak perbelanjaan perlu dibuat untuk memperkenalkan calon. Itu antaranya jalan penyelesaian yang terbaik.

Speaker DUN Kedah Saman Adun Kota Siputih

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abd. Isa Ismail hari ini menfailkan saman terhadap ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Abd. Isa memohon perintah isytihar Abu Hasan bukan ADUN Kota Siputeh dan menghalang dari menjalankan tugas sebagai ADUN, batalkan keputusan SPR serta memaksa untuk mengadakan pilihan raya kecil DUN itu