Untuk Aljazira Tv klik webtv

Kedah Bantah Judi- Sungai Petani


















Semua rakyat M'sia di kapal Rachel Corrie selamat

Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.

Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini.

"SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur.

Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. 

- Bernama

NGO 73 negara bantah serangan rejim zionis

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama Gerakan Pemuda Islam Sedunia dan NGO dari 73 buah negara yang sedang bersidang di Istanbul, Turki hari ini sebulat suara menentang keras tindakan 'kebinatangan' rejim zionis Israel menyerang deligasi Misi Bantuan Kemanusian Gaza awal pagi ini waktu Malaysia.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang menyertai persidangan tersebut berkata, satu pelan tindakan bersepadu oleh pemuda-pemuda Islam seluruh dunia akan dibentuk bagi menangani konflik itu.
Ekoran perkembangan itu juga, DPPP mengarahkan pemuda PAS seluruh negara supaya mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah selama sebulan berturut-turut bermula hari ini.
Ianya bagi mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin dan sekaligus menghancurkan Zionis Israel.
Misi Kemanusiaan yang dianjurkan oleh NGO-NGO antarabangsa disertai hampir 800 sukarelawan yang turut disertai wakil dari NGO Islam dari Malaysia (Yayasan Amal Malaysia) telah berlepas semalam (30 Mei 2010) melalui pelabuhan Anatolia Turki.
Misi ini bertujuan untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza yang di mana umat Islam Palestin di Gaza dinafikan hak mereka oleh rejim zionis Israel.
Serangan oleh tentera rejim zionis awal pagi ini, setakat ini, telah mengakibatkan 20 orang sukarelawan antarabangsa terbunuh.
"Tindakan zalim dan kebinatangan ini tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ianya jelas bertentangan dengan deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 yang dipersetujui bersama di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Nasrudin dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia bersikap ‘double standard‘ kerana begitu bacul untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan kerajaan Hamas yang jelas membela rakyat Palestin yang tertindas di Gaza.
"Sikap kerajaan Malaysia yang enggan mengiktiraf Kerajaan Hamas di Gaza jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih takut terhadap bayang-bayang  dari  Amerika Syarikat dan sekutunya apatah lagi setelah Malaysia dipanggil untuk mengadap Presiden Obama dan diarahkan untuk menghentikan bekalan gasolin ke Iran oleh Obama," jelasnya.
OIC dan PBB juga turut didesak agar mengambil tindakan drastik menangani isu ini.
Dalam pada itu, DPPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam serangan tersebut berikrar untuk terus menentang segala kekejaman rejim zionis Israel sehingga keadilan sejagat tercapai.
Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk bersama menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika, Jumaat ini.

Konvoi Gaza: Kematian meningkat, Gaza berkabung


KUALA LUMPUR, 31 Mei: Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan kejam Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Perdana Menteri Palestin daripada Hamas, Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok beramai-ramai sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan.
Di antaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Palestin, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal Freedom Flotilla.
Ismail Haniyah juga berkata dalam kenyataannya kepada media bahawa mereka yang bersama konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestin, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan Gaza.
 “Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza,” kata Ismail lagi.
“Kami menganggap semua yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestin, syahid atas usaha mereka merobohkan pengepungan terhadap Gaza,” tambahnya.
(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.
Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.
Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

Konvoi Gaza: Serah memo esok, demo Jumaat


KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khusnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.
Mereka diminta membawa bendera Palestinp dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.
Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.
Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.
Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.
Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.
“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.
Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelwasan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.
Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.
Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.
"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelwan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.

PAS sambut seruan Hamas bangkit bantah Yahudi


KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.
Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.
“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.
Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam.
Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengecam keras tindakan rejim haram Israel menyerang konvoi tersebut.
Menututnya, tindakan biadap dan kejam itu diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.
PAS, tegasnya melihat tindakan tidak bermoral itu mencerminkan sikap angkuh rejim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut.
Katanya, tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segera perjanjian itu.
“PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dan membaca qunut nazilah agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.
“PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya para pejuang ini menyemarakkan usaha membebaskan saudara kita di Gaza,” ujarnya

Mana tak bankrap 9 tahun lagi, bila...

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi? Yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai di atas adalah beberapa peratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bankrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semoga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. Malah bukannya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bankrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.



http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26840:mana-tak-bankrap-9-tahun-lagi-bila&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Konvoi Gaza berhenti di tengah Laut Mediterranean


KUALA LUMPUR, 30 Mei: Konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza masih terhenti di tengah Laut Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.
Walaubagaimanapun, Lifeline4Gaza semalam melaporkan penangguhan itu tidak mengganggu jadual asal konvoi untuk tiba di Gaza.
Dalam satu sidang media di atas kapal Mavi Marmara semalam, Presiden IHH, Bulent Yildirim menjelaskan bahawa konvoi itu masih menunggu sebuah kapal penumpang daripada Cyprus yang akan membawa ahli-ahli parlimen Eropah.
Kapal tersebut dijangka sampai dalam masa terdekat.
Terdahulu, sebuah kapal kargo IHH telah mengalami sedikit kerosakan. Kerosakan tersebut telah dipulihkan sepenuhnya oleh sekumpulan jurutera dan juruselam yang dihantar daripada kapal Mavi Marmara.
Walaubagaimanapun, kapal Rachel Corries yang telah berlepas daripada Ireland dijangka mengambil masa lebih sehari lagi untuk sampai.
Dalam satu kenyataanya, Bulent menegaskan bahawa ancaman berterusan rejim zionis Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu sekali-kali tidak membuatkan mereka takut mahupun menukar perancangan.
“Peserta paling muda dalam kapal ini berumur kurang daripada setahun. Peserta paling tua pula berumur lebih daripada 80 tahun.
“Kami tidak membawa sesuatu apa senjata pun. Jadi kalau Israel ingin menggunakan kekerasan terhadap kami, mereka akan benar-benar bertindak di luar akal yang waras,” kata Bulent.
Semua mereka yang menggunakan akal dapat menerima bahawa kapal itu hanya membawa bahan bantuan kemanusiaan.
Ketika ditanya apakah persiapan mereka untuk berhadapan dengan tentera Israel yang mungkin berlaku, Bulent menjawab, “kami tidak bawa apa-apa senjata, kami akan lawan dengan keinginan dan keyakinan kuat kami sahaja”.
“Adalah tidak masuk akal bila mana Israel cuba menentang kami seolah-olah mereka berhadapan dan berperang dengan sebuah negara. Kami hanyalah sebuah konvoi bantuan yang dibawa oleh NGO,” sambung Bulent.
Beliau juga tetap menegaskan pendirian untuk tidak menyerah mana-mana bahan bantuan yang dibawa mahupun peserta-peserta konvoi itu kepada Israel.
Ketika berita ini ditulis, sebuah kapal penumpang baru tiba daripada Sweeden. Kapal itu tidak termasuk dalam peracangan asal, menjadikan jumlah kapal yang menyertai konvoi itu sebanyak tujuh buah.

Israel sedia serang armada kemanusiaan Gaza


KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus daripada kerajaan negara haram itu telah bersedia untuk misi yang mereka namakan Operation Sky Wind (Operasi Angin Laut) bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.
Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiap sedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, sama ada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza.
Laman web Haluan Palestin hari ini melaporkan operasi itu dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel, Mayor Jenderal Elizer Marom.
Serangan yang dirancang meliputi empat tahap:
Pertama, tahap amaran. Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal daripada menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.
Kedua, menghentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.
Ketiga, diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantar balik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.
Keempat, penangkapan sebelum dihantar balik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.
Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.
Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki lapan buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini”.

Robert Lau bawa Maggi mi ke Kota Bharu


KOTA BHARU, 30 Mei: Salah maklumat adalah antara punca kekalahan calon BN di Sibu, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
"Bayangkan, sebulan sebelum dinamakan sebagai calon BN di Sibu, Robert Lau telah datang ke Kota Bharu dengan membawa banyak Maggi mi kerana bimbang tidak ada makanan di sini," kata Husam dalam majlis ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.
Bagi beliau, apa yang dilakukan oleh calon BN ini adalah kedangkalan beliau tentang maklumat.
Husam berkata, Robert Lau datang ke Kota Bharu untuk memimpin pasukan Squash Sarawak bagi menyertai kejohanan squash di Kota Bharu.
"Sesampai beliau di lapangan terbang Kota Bharu, beliau telah dijemput oleh rakannya seorang Cina dari Sibu yang membuat projek hartanah di sini.
"Beliau telah dibawa makan ke merata tempat di sini dan beliau tentu sangat terkejut dengan apa yang beliau lalui di sini. Sebulan selepas itu, bayangkan beliau menjadi calon BN dalam keadaan beliau tertinggal banyak maklumat dan terkejut dengan maklumat sebenar," cerita Husam.
Di samping itu, Husam juga menceritakan, seorang makcik berbangsa Iban di Sibu juga menunjukkan keganjilan yang berlaku dalam pilihan raya itu.
"Makcik ini beritahu anaknya, dia mahu undi parti Nik Aziz dalam pilihan raya kecil Sibu. Anaknya beritahu, parti Nik Aziz tak bertanding di Sibu, hanya parti rakan Nik Aziz sahaja bertanding. Kalau gitu, aku nak undi parti rakan Nik Aziz," cerita Husam.
Bagi beliau cerita sebegini satu yang menarik dan bakal mencorak politik masa depan.
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tidak ada pihak yang menjangka DAP boleh menang dalam pilihan raya Sibu kerana ia adalah kubu BN sejak sekian lama.
"Tetapi kalau Tuhan hendak BN tumbang, akan tumbanglah dia, DAP pun menang dan BN tidak boleh tahan lagi," kata Guan Eng.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan pemimpin PAS dan PKR yang membantu menjayakan calon DAP di Sibu

Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti


KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.
Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.
"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.
Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.
Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah  juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.
Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.
"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.
Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan.

KEJOHANAN PIALA MENTERI BESAR KEDAH


PENJARING GOL





Anugerah "Kasut Emas" Akan Diberikan Kepada Penjaring Gol Terbanyak...
Siapakah Yang Bakal Memenangi Anugerah Ini?? Adakah Nur QusyairiB. Chik(Dun Jitra) atau Rashidi B. Salleh(Dun Kota Seputeh) atau Mohd Faizal B. Che Darus(Dun Kuala Nerang) atau Zulkepli B. Ahmad(Dun Anak Bukit)??
Sehingga Kini, Nur Qusyairi B. Chik dari DUN Jitra Merupakan Penjaring Gol Terbanyak Bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB. Menteri Besar Kedah 2010... Beliau Telah Menjaringkan Gol Sebanyak 5 Jaringan Dan Jaringan Ini Adalah Merupakan Jaringan Yang Terbanyak... Adakah Status Ini Akan Berkekalan???
Ayuh!!!..... Kepada Pemain-Pemain dari Pasukan Setiap Dun Yang Telah Layak Ke "Play Off" dan Suku Akhir!!! Rebutlah.... Peluang Keemasan Untuk Dinobatkan Sebagai Pemenang Anugerah "Kasut Emas" Bagi Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB. Menteri Besar Kedah 2010 dalam Perlawanan Yang Seterusnya..


JADUAL PERLAWANAN





JADUAL UNDIAN



Perubahan Tarikh:
Taklimat dan Cabutan Undi Pusingan Kelayakan (play-off) akan diadakan pada 31 Mei 2010 (Isnin) Jam 3.00 petang Bertempat di Pejabat Urusetia Belia, Wisma Darul Aman.. Semua pengurus yang terlibat dijemput hadir.. Sekian, harap maklum..

TERUSKAN BANTAH JUDI , JUDI ITU HARAM , YANG LULUSKAN MEMANG HARAM JADAH



Majlis Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dan Selangor bertindak mengharamkan judi bola. Bila pula majlis kerajaan tempatan di Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Johor hendak mengikut jejak mereka.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Nak mengundi lagi ka?

Ni berita baru, tapi cerita lama...

Ada seorang Adun BN yang pernah menghadapi kes mahkamah untuk dimufliskan, akan dihadapkan sekali lagi ke mahkamah Isnin depan bagi kes hutang lain pulak. Kali ini UMNO tak dapat tolong dia sebab tak berduit dan kes dia melibatkan jumlah yang terlalu besar. Sebelum ini dia selamat bila kes 130k dibayar oleh 'bosnya' yang menyimpan hasrat kembali ke kerusi no.1. Bila berlaku pergelutan dalaman untuk kerusi itu dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan, dia pun 'malas' la nak selamatkan Adun seorang ni.
.
Berita ni boleh dipercayai dan sudah diketahui umum. Cuma masa menentukan survival politiknya, kalau mahkamah lambat, dia 'bernyawa' lagi, kalau cepat, cepatlah kubur politiknya digali.
.
Cuma saya gusar bila berita itu juga menyebutkan dia akan meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN sebelum kesnya diselesaikan di mahkamah. Peliknya lagi, dia juga akan mengistiharkan diri masuk PAS. Seorang kawan bergurau berkata kepada saya, dia sudah menempah beberapa helai jubah! Saya jawab, nak masuk PAS, pakai seluar jeans pun tak apa.
.
Saya bertambah tawar dengan berita ini bila pembawa berita ialah seorang yang telah hilang kreibiliti dan dituduh 'sasau' oleh kawan-kawanya sendiri. Si sasau ini pernah mengepalai tunjuk perasaan membantah kutipan hutang sewa rumah di Taman Wira. Tapi saya menyimpan sedikit 'kepercayaan' kerana dia memang bekerja dengan Adun itu sekarang, ke mana-mana dilihat sering berdua, dalam dan luar negeri. Saraf apa pula dia ini main lepas adegan cat merah?
Kita pakat tunggula hari isnin ni kot-kot betoi, maka bolehlah kita kata, oooooo!Kebetulannnn!

Muhammad Sanusi Md Nor

KHUTBAH HARAMJUDI DI PERAK.HARAMNYA DI PULAU PINANG..

Mana dia penyangak yang suruh kerajan Pakatan haramkan judi? Pasal apa tak suruh umNO BN haramkan juga? Ibrahim katak mungkin dah tak boleh melalak bila dengar Penang haramkan judi bolasepak. Selangor pun sedang mempergiatkan arahan serupa dalam majlis majlis kerajan tempatan. Nampak gayanya tak de le hujah nak kata judi tu untuk Cina kerana tiadalah cina paling ramai dalam dunia Malaysia selain Pulau Pinang yang dah haramkan judi Bole sepak....

Di Perak hari ni, khutbah hentam judi...lumat terutama judi bola sepak... tetapi di Perak belum diharamkan lagi.... Tak tau le pulak kalau selepas dengar khutbah hari ni Zamry akan terbuka hati untuk mengharamkan judi bolasepak kat Perak. Kalau Zamry tak mau haramkan, lebih baik Harussani jadi mufti Cina kafir yang dibenci Harusani dari jadi mufti Melayu (tak asli) yang mengaku Islam....

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.
“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. 

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama

Semua PBT tidak benarkan terus operasi judi


SUBANG, 28 Mei: Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.
Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp.
“(Mesyuarat) Exco buat keputusan tak benarkan premis-premis kita yang tamat lesen kembangkan aktiviti judi,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, petang ini.
Sebelum itu, beliau merasmikan Karnival Perdagangan dan Produk Islam di pekarangan masjid berkenaan yang berakhir Ahad ini.(Gambar)
Dr Hasan menjelaskan bahawa seluruh PBT di negeri ini tidak lagi mengizinkan premis judi beroperasi apabila tempoh lesennya tamat.
Mengenai karnival itu, beliau berkata, kerajaan negeri memberi galakan kepada pihak masjid menganjurkannya bagi memberi peluang kepada para peniaga berbagai peringkat menyertainya.
Selaku Exco Agama, beliau mahukan pihak surau, masjid atau institusi agama memikirkan agar dapat mengadakan aktiviti bagi mengimarahkan tempat ibadat berkenaan.
Ini, katanya selaras dengan konsep masjid wahana pembangunan umat yang diperkenalkannya dalam konteks membangunkan masyarakat.
Menurutnya, karnival yang diadakan itu adalah percubaan mana-mana masjid dan berharap mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan agar penglibatannya lebih meluas.
“Kita buka ruang yang seluas-luasnya penyertaan dalam program ini,” ujarnya.

Kapal kemanusiaan Gaza dikepung helikopter Israel


SHAH ALAM, 28 Mei: Keselamatan konvoi sembilan kapal kemanusiaan Gaza kini terancam ekoran sedang dikepung helikopter komando Israel dan cuba untuk merampas kapal tersebut.
Menurut Setiausaha Masjid Jamek Raja Tun Uda, Ustaz Nasaruddin Hasim yang menerima mesej dari sana berkata, ketika ini konvoi sedang berada di perairan Gaza dan jam 4.30 petang (waktu Malaysia) akan berhadapan dengan kapal Israel.
Beliau mengumumkan perkara itu sebaik selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda Shah Alam, lebih 500 anak jemaah mendirikan solat hajat memohon bantuan daripada Allah SWT.
Perkara ini disahkan oleh Naib Presiden Muslim Care, Zulkifli Mohd Nani yang baharu sebentar menghubungi Harakahdaily; kini konvoi sedang berada dalam ancaman kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Untuk rekod, seramai 11 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal induk menyertai konvoi itu yang berlepas sejak semalam dari pelabuhan di Turki.
Mereka diketuai oleh Noorazman Mohd Samsuddin dari Haluan Palestin yang menjadi kordinasi utama wakil Malaysia, Dr Mohd Arba’ai Shawal, Dr S Muhamad Haleem S Hassan,  Dr Selamat Aliman, Jamuliddin Elias (Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia), Al Hami Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad (Wakil Media) dan Abdul Halim Mohamed Redzuan (Muslim Care) dan tiga yang lain.
Dalam pada itu, Haluan Palestin di dalam blognya di bawah tajuk  Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza:
Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.
Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”
Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.
 Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.
Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”
 Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”
Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod”  dan semua penumpang akan ditangkap.
Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.
Sementara itu, pihak Israel juga berusaha untuk menghalang hubungan internet dan satelit antara peserta konvoi dengan negara luar; sehingga kini halaman rasmi konvoi Malaysia,  http://www.lifeline4gaza.org/ tidak dapat dikemaskini.

Anwar dedah wakil paling tadah jadi jutawan

PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti yang kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menjelang Kongres Kebangsaan PKR di Kota Bharu, esok.
Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.
Terbaru, ahli parlimen Wangsa Maju, wee Choo Keong mengumumkan tindakannya kelaur parti pada 14 Mei lalu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani rasuah pasir yang dikaitkan dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd.

Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).

Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.

Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah 'dibeli' dan menghurai lanjut