Untuk Aljazira Tv klik webtv

Dinar Kelantan diperkenal ke Acheh

KOTA BHARU, 21 Julai: Dinar Emas Kelantan yang dilancar empat tahun lalu kini turut menarik minat masyarakat antarabangsa. Antaranya kerajaan wilayah Acheh, Indonesia turut berminat mendapat gambaran lebih jelas mengenai Dinar Emas Kelantan. Ekoran itu rombongan kerajaan negeri yang diketuai anggota Exco, Datuk Husam Musa dijangka menyampaikan taklimat mengenai Dinar Emas Kelantan kepada kerajaan Acheh sempena lawatan ke wilayah berkenaan. Rombongan yang disertai 11 delegasi itu berlepas ke Acheh hari ini. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh. Selain itu Pengarah Urusan PMBK Sawit, Ramli Abu Bakar, pegawai kanan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta wartawan Harakahdaily. Dinar Emas Kelantan dilancarkan pada 22 September 2006 mempunyai tiga bentuk iaitu satu dinar seberat 4.25gm berharga RM332.25 (ketika dilancarkan). Selain itu separuh dinar seberat 1.06 gm (RM176.76) dan suku dinar seberat 0.5 gm (RM99.38). Bagaimanapun nilainya sekarang sudah meningkat. Dinar Emas Kelantan boleh didapati di premis Ar Rahn milik Permodalan Kelantan Bhd di seluruh negara. Ia digunakan bagi menyimpan nilai dan mas kahwin. Sejak dilancar sambutan begitu menggalakkan. Difahamkan rombongan kerajaan Kelantan juga akan mengunjungi hormat Gabenor Acheh. Jurucakap delegasi itu berkata, kerajaan Kelantan juga akan mengadakan kerjasama berkaitan dinar dengan kerajaan Acheh. ”Kerajaan negeri akan melancar matawang syariah Dinar Dirham Kelantan pada 12 Ogos ini sempena Ramadan di Kota Bharu. ”Selain itu usahawan Acheh juga dijemput menyertai ekspo Cheng Ho yang akan diadakan di sini pada Oktober depan sempena perayaan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan,” katanya. Menurutnya, Laksamana Cheng Ho juga singgah di Acheh dalam pelayaran mengelilingi dunia pada abab ke-15. Selain itu, kerajaan Acheh juga berminat untuk mengetahui lebih dekat mengenai skim Takaful Kifaalah yang diperkenalkan di Kelantan membabit warga emas berusia 60 tahun ke atas. Rombongan tersebut berlepas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 9 pagi tadi. Penerbangan ke Acheh pula jam 11.55 pagi. Mereka dijangka akan berada di sana selama tiga hari.

Rakyat muak dengar cerita politik lama Umno BN

SHAH ALAM, 25 Julai: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali (gambar) menegaskan, rakyat negeri ini sudah muak dengan cerita politik lama Umno BN sebaliknya mereka ingin mengetahui bagaimana cerita politik baharu Pakatan Rakyat. Menurutnya, rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita lama Umno BN yang penuh dengan rasuah, salah kuasa dan skandal sebab itu majlis penerangan Umno kelihatan muram sahaja meskipun membariskan enam pemimpin mereka dalam satu ceramah. Dr Hasan berkata demikian ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Muktamar PAS ke-56, yang diadakan di Wisma MBSA pagi tadi dengan pembentangan kertas bertajuk Islam Adil Untuk Semua oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Mengulas sambutan rakyat terhadap program siri penerangan Umno Selangor, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang bermula pada 23 Julai lalu hingga 7 Ogos di 19 tempat, Dr Hasan menyifatkan sebagai muram. Portal Malaysiakini melaporkan sambutan lembab terhadap majlis itu yang hanya hadir seramai 250 sahaja di Seksyen 17 dekat sini pada malam pertama sedangkan Selangor mempunyai 5 juta rakyat. "Sebab itulah kita yakin kemenangan lebih besar akan dapat dicapai dengan kesungguhan kerja kita secara bersama kerana kita telah membuktikan sepanjang dua tahun setengah ini, PAS dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam di negeri ini. "Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, PAS tetap setia dalam PR; sama melangkah, sama berlari, sama berpenat dan sama-sama lelah demi memastikan negeri ini bertukar wajah ke arah lebih baik. "Hubungan antara PKR, DAP dan PAS paling mantap dalam PR, ketua parti sering bertemu paling lama dua minggu sekali termasuk rundingan meja bundar dalam usaha meneguhkan kekuatan dalam pentadbiran," tegasnya. Selangor kini khususnya menjadi tumpuan Umno BN untuk dirampas kembali dalam pilihan raya depan, kerana itu, jelasnya, semua pendepan-pendepan parti dalam PR mesti pertingkatkan usaha pertahankan kemenangan. Bercakap lebih lanjut kepada semua pimpinan PAS seluruh kawasan, Pesuruhjaya PAS Selangor berharap, seluruh jentera parti terutamanya penerangan akan menggunakan berbagai jenis media sebagai sesungut parti secara lebih tersusun. "Kini kehadiran kita bukan sahaja dirasai oleh semua lapisan rakyat dari Sabak Bernam ke Sepang, dari Pelabuhan Klang ke Gombak, tetapi dihayati oleh semua pihak. "Paling utama untuk masa kini adalah synchronism, keutuhan dan kesatuan dalam parti menjadi amat utama, mari kita lupakan yang lepas-lepas kerana dasar kita sama cuma pandangan sahaja berbeza disebabkan kelainan diversiti kehidupan," tegasnya. Lima minit terakhir digunakan beliau untuk menjelaskan isu pertemuannya dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dua bulan lalu yang menjadi heboh seminggu ini. Jelasnya, beliau berjumpa atas sikap sebagai Exco Kerajaan Selangor yang menjaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu untuk mendapatkan pandangan sejauh mana tahap perjalanan Mesyuarat Hal Ehwal Islam Kebangsaan yang akan dihadiri keesokan harinya. Pengalaman mufti itu selama 30 tahun bertugas dalam bidang berkenaan dirasakan perlu didengari, cuma itu, tegasnya, tiada sebarang rundingan ke arah perpaduan Melayu anjuran Umno seperti didakwa mufti berkenaan.

Pasir: Khir Toyo jangan cakap besar

PUTRAJAYA, 25 Julai: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sewajarnya menutup mulut mengenai isu pasir kerana semakin besar beliau bercakap semakin teruk bau busuk yang dikeluarkan. Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Suhaimi Shafie berkata, sewajarnya pemimpin Umno itu bergabung tenaga dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi sama-sama berusaha membanteras isu pasir yang telah lama berlaku di negeri itu. Sebaliknya, tegas beliau, dengan isu pasir ini pula terdedah pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno Selangor khususnya antara Khir dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar ekoran wujud dua agenda berbeza meskipun isunya adalah sama iaitu pasir. Bagaimana hendak sembunyikan pertelingkahan sesama mereka kerana masing-masing dengan pendekatan berbeza bercakap tentang isu serupa iaitu pasir dengan seorang gemar melawat tapak lombong pasir dan seorang lagi menggunakan helikopter meninjau keadaan, sinisnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan di dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam selepas lawatan ke tapak lombong di Mukim 12, Kuala Langat yang disertai sekitar 40 wakil pelbagai media di negara ini yang dibawakan oleh syarikat milik Kerajaan Selangor bagi menguruskan pengeluaran pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Suhaimi yang juga Adun Seri Muda baharu sahaja dua bulan dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam KSSB menegaskan, beliau akan mengeluarkan semua salahlaku Khir dan rakan-rakannya secara bersiri jika pemimpin Umno Selangor itu masih lagi dengan sikapnya yang menjadikan Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri sebagai kambing hitam. "Jika Khir masih terus bersuara dan terus menolak kami sehingga ke dinding, kami akan dedahkan satu persatu salahlaku mereka yang sebenarnya kami tidak mahu berbuat demikian tetapi jika keadaan memaksa, kami akan melakukannya. "Kenapa pula hendak jadikan Kerajaan Selangor di bawah PR ini sebagai kambing hitam di dalam usaha mereka bertembung sesama mereka, sedangkan isu berkaitan pasir ini sudah berpuluh tahun berlaku, di mana mereka selama ini? "Isu pasir ini telah dipolitikkan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka selama ini kepada membesarkan isu pasir ini namun apa yang kelihatannya pergaduhan sesama mereka masih tidak dapat disembunyikan lagi," tegasnya. Suhaimi juga mempersoalkan sikap Khir yang beria-ia sangat bercakap tentang isu pasir sedangkan perkara sama tidak dapat diselesaikan ketika beliau menjadi menteri besar sebelum tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 sedangkan PR dapat melakukannya dengan baik sepanjang dua tahun mentadbir. Tegasnya, jika mereka masih tidak berhenti mempolitikkan isu pasir ini kononnya kerajaan negeri sekarang menyebabkan Selangor menjadi 'lubang', wartawan media akan dibawa ke Bestari Jaya, Kuala Langat yang lebih teruk untuk pendedahan kepada rakyat seluruhnya.

Hasan Ali diminta saman Harussani

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno. Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Kamaruddin dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti. Bagaimanapun, ketika dihubungi selepas mesyuarat tersebut, Siti Mariah enggan mengulas mengenainya. Sebelum ini, pemimpin PAS, termasuk naib presidennya Mahfuz Omar (kanan) menuntut Harussani memohon maaf selepas Hasan Ali menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak itu membincangkan kerjasama PAS-Umno. Versi online akhbar rasmi PAS - Harakah - hari ini melaporkan tuntutan Mahfuz itu di mana beliau berkata Harussani juga harus meletak jawatan sebagai mufti Perak kerana beliau pernah berkata bahawa sebagai mufti, beliau tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan, sedangkan dakwaannya yang dibuatnya mengenai Hasan adalah palsu. Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa Hasan telah menjelaskan dalam majlis munaqasah hari ini mengenai pertemuannya dengan mufti Perak itu, serta mengulangi penafiannya berhubung perkara tersebut. "Beliau berkata beliau menemui Harussani hanya untuk belajar dari mufti Perak yang telah menjadi mufti selama 30 tahun. Dia menyangkal bercakap tentang isu kerajaan perpaduan. Pada dasarnya, beliau berkara Harussani pembohong. Itu adalah intipatinya," kata. Khalid. Hasan yang terlihat untuk cenderung bekerjasama dengan Umno, menjadi sasaran kecaman hebat berhubung pertemuannya dengan mufti Perak itu. Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha "menyatukan umat Islam kdan orang Melayu" di negeri ini. Menurut mufti Perak, pemimpin dari PAS dan Umno telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini.

sedih lagu nie

Suara Keadilan "baru" diedar percuma esok

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat edaran percuma akhbar rasmi parti itu, Suara Keadilan di sekitar ibu negara esok.

Akhbar versi baru itu difahamkan sekali lagi membuat pembongkaran tentang Felda dan akan diedar di sekitar Masjid Jamek bermula jam 8 pagi esok.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga difahamkan sudah menerima arahan untuk membuat edaran tersebut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menggantung tidak bertali permit penerbitan Suara Keadilan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pihak akhbar tersebut berhubung laporan "Felda Bankrap".

Permit penerbitan akhbar itu telah tamat 30 Jun lalu.

Biarpun diberi amaran oleh KDN, penerbitan akhbar tersebut tetap diteruskan seperti ditegaskan pemimpin mereka sebelum ini.

KDN juga sebelum ini didakwa membuat sebuat ke syarikat pencetak Harakah, Angkatan Edaran, untuk mencari terbitan terbaru Suara Keadilan.

KDN bagaimanapun menafikan melakukan serbuan tersebut.

Selain Suara Keadilan, Harakah juga berdepan masalah penerbitan apabila permitnya tamat 7 Julai lalu dan diberi surat tunjuk sebab oleh KDN.

Pihak Harakah juga bagaimanapun telah mengemukakan penjelasan pada 9 Julai lalu.

Urusan pembaharuan permit juga sedang diusahakan.

Pekerja KTM piket petang ini

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) akan menggerakan lebih 3,000 ahlinya di seluruh negara bagi berpiket menentang penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Piket tersebut akan diadakan di perkarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Hishamuddin di ibu negara pada jam 5.30 petang ini.

Menurut presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan, perhimpunan petang ini juga bagi mendesak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletakkan jawatan.

"Sekiranya beliau enggan letak jawatan maka kementerian kewangan hendaklah menilai keududkan presiden KTMB melalui KPI (Indeks Petunjuk Utama)," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah itu, antaranya kerana tindakan menganaksyarikatkan pengendali ETS didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.

Katanya kira-kira 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam hari ni manakala satu lagi piket dirancang diadakan di 10 cawangan di seluruh negara pada 21 Julai.

Kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota



http://www.malaysiakini.com/news/136633

Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok

Surat rasmi debat mengenai isu dakwaan kemerosotan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan esok.

Menurut kenyataan biro penerangan Pemuda PAS, surat tersebut akan diserahkan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi esok.

Ia akan diserahkan oleh pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sebelum ini mencabar Ahmad untuk berdebat.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu.

Felda pula kemudiannya dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan".

Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata cabaran untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan dilaporkan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di Felda (dalam debat itu)," Mazlan dilaporkan berkata.

Mazlan juga dilaporkan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa.

ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai Felda itu.

KUTUK ISRAEL TAPI SAMBUNG KONTRAK YAHUDI?

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Parlimen bagi menjelaskan tindakan kerajaan menyambung kontrak perkhidmataan Apco Worldwide Sdn Bhd.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung KEADILAN meminta Najib bertanggungjawab mendedahkan segala butiran kontrak antara kerajaan Malaysia dengan firma yang mempunyai hubungkait dengan rejim Zionis-Israel itu.

"Kita mendapat tahu bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah memperbaharui kontrak perkhidmatan Apco pada akhir bulan lalu. Perkara berkaitan dengan Apco telah kita cabar di dalam parlimen tiga bulan lalu sehinggakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana pendedahan tersebut.

"Hari ini ada empat perkara yang saya cabar Najib berikan penjelasan dan berharap beliau dapat hadir ke parlimen untuk penjelasan tersebut.

"Saya mahukan Najib secara terbuka mengeluarkan fakta-fakta cadangan penyambungan kontrak tersebut kerana perkara ini kita mahu tahu atas dasar apakah kontrak itu disambung.

"Keseluruhan isu Apco telah didedahkan oleh Anwar tetapi tindakkan lain dikenakan ke atas beliau, bermula dari pendedahan itulah kita dapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta hanya untuk perkhidmatan Apco. Jumlah ini diketahui apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengemukakan soalan susulan.

"Bagi penjelasan yang kedua, Najib perlu nyatakan berapa jumlah kos yang kerajaan perlu keluarkan bagi perkhidmatan seterusnya, kalau sebelum ini RM76.8 juta dan penyambungan yang dilakukan ini berapa pula wang rakyat digunakan untuk membayar nilai kontrak tersebut. Selain itu juga Najib perlu nyatakan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Apco untuk tempoh kontrak baru mereka," jelas Saifuddin pada sidang media di parlimen pagi tadi.

Saifuddin juga mendesak Najib mengemukakan laporan lengkap dan dijelaskan di Dewan Rakyat terhadap prestasi serta pencapaian Apco dalam perkhidmatan mereka sebelum ini.

"Kita mahukan penjelasan dari Najib terhadap pencapaian yang telah diperolehi oleh kerajaan dari khimat Apco, kita tidak mahu tanpa sebarang penjelasan tentang pencapaian kontrak itu disambung.

"Najib perlu datang sendiri untuk menjelaskan perkara-perkara yang kita bangkitkan bukan hanya menyerah kepada timbalan-timbalannya, kita mahukan penjelasan segera dari Najib," kata Saifuddin lagi.

Pada sidang media yang sama, ketika ditanya kedudukan terkini berhubung tindakan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Anwar berkata sehingga kini beliau belum menerima apa-apa notis.

"Berkenaan dengan hal tersebut sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa notis dan sekarang hanya menunggu apa tindakan mereka. Kita dedah di bawa ke Jawatankuasa tetapi apa tujuan mereka menyambung kontrak perkhidmatan Apco," kata Anwar.

Dalam satu kenyataan lain memberitahu pentadbiran Najib telah memperbaharui kontrak khidmat firma perunding Apco untuk tempoh setahun lagi meskipun mendapat tentangan dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya telah diberikan seminggu lalu dan keputusan tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang mempunyai kaitan dengan ejen perisikan Zionis-Israel.


http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2010/07/kutuk-israel-tapi-sambung-kontrak.html

Saman Ni dulu - MALAYSIA AKAN BANGKRAP PADA 2019 - TAK KENA SAMAN PUN



Bila menteri kata negara akan bankrap
- ABDUL AZIZ BARI

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala (gambar), 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.

Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Bahan rujukan :-
http://beritasemasa.com/negara-malaysia-muflis-bankrap-2019
kayukelat.blogspot.com/.../malaysia-akan-bangkrap-9-tahun-lagi.html
talkjanz.com/qlu-pikir-lah.../424-malaysia-akan-bangkrap.html
http://www.malaysiawaves.com/2010/05/malaysia-akan-bangkrup-setahun-sebelum.html
http://pemudasarawak.wordpress.com/2010/05/28/malaysia-bangkrap-9-tahun-lagi-pr-perlu-menilai-kembali-hasrat-tawan-putrajaya/
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_db78d3af-7f000010-1d956ad0-e521792f
http://ureka.asia/2010/06/bukan-kerna-subsidi-negara-bisa-bangkrap/
http://pouchnote.blogspot.com/2010/06/negara-akan-bangkrap-di-bawah-bn-najib.html

Pulau Pinang tetap bantah kenaikan tol jambatan


Ali Hashim
GEORGETOWN, 5 Julai: Kerajaan negeri akan tetap menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang daripada RM7 kepada RM9.40 mulai tahun 2013.
Menurut Ketua Menterinya, Lim Guan Eng (gambar), tindakan menentang kenaikan itu adalah untuk kebaikan 1.5 juta rakyat Pulau Pinang.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, maka kerajaan negeri sudah pasti akan membantu rakyat dan bukannya menindas mereka dengan mengambil kesempatan dan menekan dengan kenaikan yang tidak munasabah.
Tambahnya, kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang adalah sesuatu yang penting kerana ia melibatkan rakyat negeri ini.
“Ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk melihat perkara ini sebagai satu beban yang menyusahkan rakyat negeri ini.
“Oleh kerana itu kerajaan negeri akan tetap membantah kenaikan seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak Kerajaan Pusat sebelum ini," katanya semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Komtar selepas membatalkan mesyuarat bantahan kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang setelah ketidakhadiran seorang pun wakil dari Barisan Nasional.
Mesyuarat bantahan tersebut telah diputuskan untuk diadakan di tingkat 28, Komtar bersama-sama dengan pemimpin Barisan Nasional, namun begitu setelah menanti selama setengah jam, akhirnya mesyuarat terpaksa dibatalkan.
Katanya, BN tidak memahami hasrat sebenar kerajaan negeri mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan mereka.
“Tujuan kita adalah bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang sekiranya tol jambatan ini dinaikkan.
"Kita juga berharap dengan adanya perbincangan ini maka suara rakyat ini dapat dibawa ke mesyuarat Kabinet.
“Oleh kerana itu tindakan mereka tidak hadir ini seolah-olah membuktikan BN tidak prihatin terhadap masalah dan beban yang ditanggung oleh rakyat sekiranya tol Jambatan Pulau Pinang ini dinaikkan," katanya lagi. 

Pemuda PAS kesal Harussani cenderung berpolitik


IPOH, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Mufti kerajaan negeri, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pihaknya mendapat aduan yang amat serius bahawa kuliah khas yang disampaikan mufti itu bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita” pada perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Islamic Dakwah Centre of South Australia pada 9 Jun lalu jelas mengadu-domba.
Katanya, bagi Pemuda PAS negeri, ia tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang mufti tetapi sebaliknya.
Beliau menyatakan demikian di dalam surat bertarikh hari ini kepada Harussani berhubung perkara itu.
Berikut ialah kandungan surat berkenaan.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa amat kesal terhadap tindakan Y.Bhg. Tan Sri yang dilihat lebih cenderung berpolitik kepartian dan menggalakkan pergaduhan yang bersifat perkauman.
Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri, pihak kami mendapat aduan yang amat serius kuliah khas Y.Bhg. Tan Sri di sana (Australia) yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan peranan kita” jelas mengadu-domba dan tidak sepatutnya berlaku yang mana seluruh rakyat menghormati tinggi peranan sebagai seorang Mufti tetapi sebaliknya.
Di dalam penjelasan isu krisis Negeri Perak juga di lihat Y.Bhg. Tan Sri telah berbohong dengan fakta-fakta yang mengelirukan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri kononnya untuk menyatupadukan bangsa Melayu bukannya tiket untuk Y.Bhg. Tan Sri menghukum bangsa lain daripada umat Islam. Sepatutnya sebagai seorang Mufti, peranan besar Y.Bhg. Tan Sri adalah menjelaskan kedudukan sebenar Agama Islam kepada bukan Islam tetapi sebaliknya berlaku.
Kami ingin menasihatkan agar Y.Bhg. Tan Sri agar menghormati seluruh rakyat yang ada di dalam Negara kita sepertimana termaktud di dalam Perlembagaan Negara. Jika Perlembagaan Negara pun Y.Bhg. Tan Sri tidak dapat menerimanya, bagaimana pula dengan perintah yang telah Al-Quran nyatakan. Usaha Y.Bhg. Tan Sri bukan membaiki hubungan dengan semua pihak tetapi merobohkan hubungan yang telah lama terjalin selama ini.
Dengan laporan dan rakaman yang kami perolehi jelas, Y.Bhg.Tan Sri cuba bermain politik sempit ala perkauman dan terpesong jauh dari amanah oleh Tuanku Sultan Perak dalam menyampaikan ilmu dan penerangan akan kebaikan Islam itu sendiri. Sebagai yang diamanahkan juga, kami berharap Y.Bhg. Tan Sri memohon maaf kepada rakyat Perak atas keterlajuran Y.Bhg.Tan Sri dalam isu ini. Kami juga mengalu-alukan Y.Bhg. Tan Sri untuk bersama-sama duduk dalam pentas politik sekiranya Y.Bhg. Tan Sri benar-benar ingin bermain politik.
Adalah menjadi harapan kami agar Y.Bhg. Tan Sri sedar akan kesilapan yang telah Y.Bhg. Tan Sri nyatakan. Kami juga bersedia bertemu sekali lagi dengan Y.Bhg. Tan Sri bagi menjelaskan kedudukan sebenar akan apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Y.Bhg. Tan Sri selama ini dan kami melihat banyak fakta yang dikemukan oleh Y.Bhg. Tan Sri tidak tepat.

Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan

Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.

Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda. 

Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.

Sivarasa (kanan, bertali leher merah) berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah PKR daripada terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum.

Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam.

“Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR.

“Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta,” katanya.

Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda.

“Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilandan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan,” katanya.

Perjanjian Air: Apa yang Umno takut sangat?

Anak Sengat   
Umno masih tercungap-cungap cuba merahsiakan perjanjian bekalan air walaupun mahkamah telah mengarahkan agar isi perjanjian itu didedahkan kepada umum.

Apalah sangat ditakutkan oleh Umno berhubung perjanjian tersebut? Apakah ada rahsia yang boleh mengancam keselamatan negara dengan pendedahan tersebut.

Sebodoh manapun rakyat, selagi ia jujur pasti rase pelik dengan isu ini. Mengapa kerajaan Umno terlalu takut dengan arahan mahkamah dan kehendak rakyat ini?

Apakah selama ini benar kebimbangan rakyat bahawa akta OSA adalah akta melindungi penyelewengan Umno?

Apa yang hendak ditakutkan oleh kerajaan Umno jika segalanya telus. Umno yang selama ini mendakwa sebagai sebuah kerajaan yang telus sewajarnya menerima arahan mahkamah dengan hati yang terbuka.

Ulasan hakim yang mengendalikan kes ini sangat wajar direnungi terhadap maksud keputusan yang dibuat:

"Saya dalam dilema semasa membenarkan penangguhan kerana saya berpendapat perlu ada ketelusan dalam perjanjian kerana air adalah hak asas,” katanya.

Diharapkan agar keputusan ini dapat dikekalkan agar rakyat mengetahui apa yang ditakutkan sangat oleh kerajaan terhadap isi perjanjian tersebut.

Paling kurang sewajarnya kerajaan menjelaskan ruang yang boleh membahayakan kerajaan jika isi perjanjian tersebut didedahkan.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat


KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.
“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.
“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.
SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.
Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi


KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar  memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk ‘Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.’

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

“Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.

”Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut ’Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

”Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti,” laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

”Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

”Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan,” katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai.
”Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

”Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi,” katanya.

Selangor dapat perpustakaan RM17 juta


SHAH ALAM, 3 Julai: Selangor akan mempunyai sebuah perpustakaan baru serba lengkah menjelang akhir tahun ini apabila perpustakaan awam yang sedang dibina bernilai RM17 juta siap.

Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali berkata, bangunan yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam dan menghadap tasik itu dijangka siap November tahun ini.

"Insya Allah kita akan lancar buku karya rakyat Selangor yang ditulis oleh semua rakyat Selangor dari menteri besar hingga rakyat biasa itu sempena pembukaannya nanti," kata Dr Halimah di majlis penyampaian hadiah pertandingan menulis buku skrap Selangor di bangunan PKNS semalam.

Buku besar yang dirancang Halimah bakal menjadi bukti komitmen rakyat Selangor untuk melahirkan masyarakat berilmu di negeri ini.
(Gambar: Maskot membaca kerajaan negeri Selangor di majlis penyampaian hadian buku skrap)

Sejak dari awal lagi, Exco pendidikan Selangor ini tidak putus-putus menjalan aktiviti untuk menjadikan Selangor sebagai hab ilmu.

Antara program kebanggaan beliau adalah Jejak Ilmuan yang beliau rancang untuk menjadikan para ilmuan di negeri ini sebagai ikon atau idola rakyat.

Beliau turut mengeluar majalah bulanan bertajuk Jejak Ilmuan untuk pelajar sekolah dan golongan pendidik di negeri ini.

Baru-baru ini, beliau bersama Sultan dan MB Selangor menaiki bot mengelilingi Tasek Shah Alam bagi melihat ribuan rakyat Selangor membaca dalam program gerakan membaca.

"Saya bercita-cita agar semua rakyat negeri ini menjadikan proses mencari ilmu melalui membaca sebagai satu proses yang menyeronokkan," kata Dr Halimah di majlis hari ini.

KDN belum putuskan baharui permit Suara Keadilan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab. Samad hari ini menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.

"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.

Katanya kenyataan yang mengatakan kementerian telah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan adalah tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Beliau berkata keputusan berhubung pembaharuan permit itu hanya akan dibuat setelah mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak penerbitan Suara Keadilan.

Zaiton juga memaklumkan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lalu dan permit yang diberikan sebelum ini adalah bagi tempoh satu tahun iaitu dari Julai 2009 hingga 30 Jun lalu.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi penerbitan itu berhubung beberapa perkara.

Antaranya, pihak KDN dilaporkan tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan Dzulkarnain Taib, berhubung penyiaran artikel bertajuk Felda Bankrap.

- Bernama

Kelantan tidak pernah lulus lesen premis judi


KOTA BHARU, 1 Julai: Kerajaan Kelantan tidak pernah meluluskan premis atau lesen judi kepada mana-mana pihak, selain premis untuk penjualan arak.
Bagaimanapun ianya hanya diluluskan kepada beberapa buah kedai bukan Islam secara terkawal.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri hanya meluluskan premis penjualan arak khusus untuk bukan Islam.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen judi walaupun untuk bukan Islam sebagaimana lesen arak,” ujarnya.
Jelasnya, lesen judi dan arak adalah perkara yang berbeza.
Katanya, lesen arak mengikut majlis daerah masing-masing di seluruh jajahan di negeri ini yang hanya diluluskan di restoran bukan Islam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan lesen arak dan judi.
Katanya lagi, kerajaan negeri hanya memberi kelonggaran kepada golongan terbabit untuk tujuan itu, bagaimanapun hanya di restoran terpilih sahaja.
Tambahnya, namun kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bentuk lesen judi sejak hampir 20 tahun PAS mentadbir negeri ini.
Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya kegiatan itu masih berlaku di negeri ini, ianya beroperasi secara haram.
“Kalau didapati ada yang terlibat dengan kegiatan ini, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
“Pihak MPKB-BRI secara bersepadu dengan beberapa jabatan lain lagi akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjalankan kegiatan terbabit,” ujarnya

RM200 juta: PKR akan jawab di mahkamah


KUALA LUMPUR, 1 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menjelaskan tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) seperti dituntut mereka berhubung laporan 'Felda Bankrap' akhbar Suara Keadilan.
Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah (gambar) berkata, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.
"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah," katanya yang juga Ahli Parlimen Subang, ketika ditemui di Parlimen hari ini.
"Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan," tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap parti itu dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
"Berhubung perkataan ‘bankrap’, maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda," jelasnya lagi.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada satu sidang media di Parlimen hari ini memaklumkan peguam Felda telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.
Ketiga-tiganya diminta membayar RM200 juta dan membuat permohonan maaf kepada Felda dalam masa 7 hari bermula hari ini atau berdepan tindakan saman di mahkamah.

Pakatan ajak BN bantah kenaikan tol


PULAU PINANG, 1 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menjemput semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai mesyuarat bersama dengan Pakatan Rakyat negeri berbincang mengenai bantahan kenaikan kadar tol Jambatan Pulau Pinang.
Jelasnya, kenaikan harga tol bukan masalah politik sebaliknya menjadi beban kepada rakyat, maka wajar penentangan bersama diadakan.
"Mesyuarat Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan diadakan pada 3 Julai ini. Perbincangan utama ialah tentang kenaikan harga tol jambatan dari RM7 ke RM9.40 mulai 2013 nanti. 
“Penentang kena dibuat sekarang, tidak guna bila semuanya dah setuju," ujarnya.
Sehubungan itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon disaran menanggalkan fahaman politik sempit untuk bersama-sama Pakatan Rakyat membantah kenaikan tol yang dilihat tidak munasabah.
“Kita harus duduk semeja mengatakan bantahan ekoran kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang.  Kita mesti tolong rakyat yang tertindas bukan mengambil kesempatan menekan mereka,” ujarnya lagi.
Jika Koh Tsu Koon berani, tambahnya, beliau ke hadapan dalam isu itu, bukan mengatakan sokongan terhadap tindakan menaikkan kadar tol itu.
 Sebagai sebuah kerajaan yang pernah memerintah Pulau Pinang, katanya BN harus prihatin dengan cadangan kenaikan tersebut sebab rakyat di kedua-dua belah sama ada pulau atau tanah besar sering menggunakan jambatan untuk berulang alik ke tempat kerja atau menziarahi keluarga.
"BN sepatutnya lebih prihatin dalam isu ini, bukan diam membisu dengan membiarkan Pakatan Rakyat sahaja berkokok.  Yang lain kena ambil bahagian sama," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh.

Umno guna APCO serang saya - Anwar


KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.
“Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara,” ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.
Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.
Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.
Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi.
“Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia).
“Bila saya kata ‘dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel', itu Utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya,” kata beliau lagi.
Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan.
Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa.
“Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah.
“Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan,” jelasnya.

PKR: Anwar mangsa lobi Zionis

Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu bukanlah untuk 'memujuk' Yahudi, sebaliknya bagi menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara, kata ketua penerangan PKR.

Latheefa Koya (kiri) berkata perkara itu telah dijelaskan kepada pemimpin parti itu dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya di Shah Alam Ahad lalu.

"Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ketua umum PKR itu berkunjung ke luar negara bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungiMalaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia.

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American'

"Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis."

Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, merekaAmerican (orang Amerika)," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya.

Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan:

"Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."