Untuk Aljazira Tv klik webtv

Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu

KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.

Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.

Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.

Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.

”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.

Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.

Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak. 

Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.


sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27353:dr-asri-jelas-kedudukan-sebenar-di-kota-bharu&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

Pekerja KTMB cadang piket pada 7 dan 21 Julai

Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket pada petang 7 Julai ini untuk membantah rancangan perkhidmatan tren elektrik (ETS) diuruskan oleh anak syarikat baru, selain mendesak presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletak jawatan. 

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan berkata, jika Aminuddin enggan melepaskan jawatan, Kementerian Kewangan hendaklah menilainya melalui petunjuk prestasi utama (KPI) sepanjang tempoh 11 bulan beliau menerajui KTMB.

Seramai 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam di perkarangan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin di sini, manakala satu lagi piket di 10 cawangan di seluruh negara akan diadakan pada 21 Julai, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Razak berkata kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota dan keputusan berpiket merupakan tindakan awal membantah pelaksanaan ETS di bawah anak syarikat. 

Beliau mendakwa antara lain, langkah itu akan mengurangkan faedah kesihatan pekerja, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.

"ETS dengan nama anak syarikat ET Sdn Bhd adalah awalan kepada penstrukturan baru, selepas ini semua jabatan yang wujud dalam KTMB mengikut perancangan, akan dianaksyarikatkan atau dijadikan usaha sama atau penyumberan luar, atau mungkin diswastakan sepenuhnya," katanya.

- Bernama

HATUHKAN 'HUKUMAN' KE ATAS ZIONIS ISRAEL

zwan@harakah.net.my

MERBOK: Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya menyeru umat Islam menjatuhkan 'hukuman' ke atas Zionis Israel dengan mencontohi teladan ditunjukkan sahabat Nabi iaitu Saad bin Muadz.

Memetik sirah perjuangan tersebut, Saad katanya, telah memberi keputusan tegas ke atas Yahudi Bani Khuraizah iaitu menjatuhkan hukuman bunuh ke atas kaum lelaki dan menawan kaum wanita serta kanak-kanak ekoran dokongan mereka kepada Tentera Ahzab yang menyerang Madinah.
Sedangkan menurutnya, Yahudi Bani Khuraizah telah mempunyai hubungan dan perjanjian dengan Saad yang juga Ketua Kaum Suku Khazraj sejak zaman Jahiliyyah serta perjanjian dengan Rasulullah sebagai penduduk Negara Madinah.
Ujar beliau, walaupun Saad dalam peperangan itu telah mengalami kecederaan parah, namun telah memohon kepada Allah agar dilanjutkan usianya semata-mata mahu menentukan keputusan dan hukuman kepada Bani Khuraizah yang mengkhianati itu.
Cerita Ahmad, seusai berakhir Perang Ahzab, Rasulullah dan angkatan tenteranya telah diseru Malaikat untuk ke perkampungan Yahudi tersebut dan selepas kepungan selama 25 hari akhirnya Yahudi tunduk.
Terang beliau, Nabi SAW telah memberi penghormatan kepada Saad untuk memberikan keputusan dalam menjatuhkan hukuman dan Saad meninggal dunia beberapa ketika selepas itu.
Saad bin Muadz katanya, jelas sahabat yang istimewa kerana telah menentukan keputusan 'yang dicintai Allah dan Rasul' selain ketika menemui syahid, jasadnya terasa ringan kerana turut diangkat malaikat, kuburnya berbau wangi serta Arash Allah bergoncang disebabkan gembira menerima rohnya.
Oleh itu umat Islam seru Ahmad, perlu meneladani Saad bin Muadz untuk menjatuhkan hukuman ke atas Yahudi Zionis Israel dengan sekurang-kurangnya doa dan memboikot setiap produk mereka.
Ujarnya, produk Yahudi paling besar dan jelas dalam negara ini yang perlu diboikot oleh umat Islam ialah 1 Malaysia.
"Salah satu produk paling besar Yahudi di negara ini adalah 1 Malaysia. Menjadi tanggung jawab kita mengutuk, memerangi, membenci sebarang bentuk produk dikeluarkan Yahudi," ujarnya menyampaikan ceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Terdahulu dalam ceramahnya itu, beliau menyeru umat Islam mengambil hikmah bulan Rejab iaitulah termasuklah pembelaan ke atas umat Islam Palestin dan penentangan ke atas Yahudi Zionis Israel sebagaimana iktibar kisah Israk dan Mikraj.
Dalam ceramahnya itu juga, Ahmad turut menempelak Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mempunyai dua wajah.
Katanya, satu ketika Najib dan para pemimpin Umno menunjukkan wajah kononnya marah dan menentang Yahudi, pada ketika sama mereka menunjukkan wajah mesra dalam hubungan dengan Israel.

Siaran Langsung Bola sepak Piala Dunia


Orang ramai dijemput menyaksikan Siaran Langsung  Perlawanan Bola sepak  Piala Dunia di Dataran Kompleks PAS Kedah setiap malam sehingga Perlawanan  Akhir  nanti



Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda


SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27,(gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.
Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami  berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka


KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.
Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.
"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.
"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.
Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.
Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.
Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.
Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.
[Laporan penuh menyusul]

DAP pertikai exco Perak kerap mesyuarat di KL

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak berkata kali terakhir mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Rabu lalu.

Katanya, ketika rakyat Perak menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri mencecah RM70 juta pada tahun ini, kerajaan negeri pula boros berbelanja.

“Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Taiping, semalam.

Nga berkata, adalah tidak masuk akal untuk sering-kali mengadakan mesyuarat exco Perak diadakan di Kuala Lumpur, mahupun di tempat-tempat peranginan lain sedangkan hutang negara yang mencecah jumlah RM377 billion semakin membimbangkan.

Perak negeri ke-3 termiskin

“Tambahan lagi, negara kita sedang menghadapi risiko menjadi muflis menjelang tahun 2019 seperti yang diramalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala,” katanya.

Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.

“Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi negeri ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu,” katanya.

Nga juga membidas kerajaan yang menasihatkan rakyat berjimat-cermat dan membayangkan kemungkinan subsidi barangan asas ditarik balik atau dikurangkan tetapi pada masa yang sama boros berbelanja.

“Contohnya, kerajaan belanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati antarabangsa anti perang dan berada di luar zon perang,” katanya.

Beliau berkata pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.

Berpolitik: GAMIS mahu pensyarah diambil tindakan


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff
dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"GAMIS mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti UMNO," katanya.
Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.
Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.
"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.
 
Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.
Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu.

PAS: Najib takut pendedahan kartun Zunar

Kegusaran kebobrokan ramai pemimpin BN-Umno, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didedahkan menerusi kartun-kartun karya Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar menyaksikan bukunya diharamkan.

“Pemimpin Umno-BN yang menguasai kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun 1Funny MalaysiaPerak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, terbitan syarikat Kinibooks - anak syarikat Malaysiakini telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut Idris, PAS menyokong usaha Zunar (atas) dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media arus perdana yang dikuasainya.

“Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka. Zunar yang juga mantan ketua pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

“Kes kapal selam, dasar-dasar Najib, pergaduhan pemimpin Umno-BN, kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar,” kata Idris (kanan).

Menurut Idris sebagai seorang kartunis, Zunar berjaya 'menelanjangkan kebobrokan' ramai pemimpin BN seperi Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri S Samy Vellu.

“PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya,” katanya.

Ujarnya, ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan Malaysiaserta kartun-kartun lain di akhbar milik Umno-BN gagal menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar. 

“Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja,” katanya.

Menurut 
Idris, PAS berharap agar Kementerian Dalam Negeri supaya bersikap terbuka dan realistik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin politik BN dalam tindakan mereka.

Mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.




http://www.malaysiakini.com/news/135515

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Pertengkaran di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
airy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasa
l tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya


http://www.malaysiakini.com/news/135555

Pengganas: K'jaan cuba alih tumpuan rakyat

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.

"Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?” soalnya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini. Beliau mengulas perhatian serius yang diberikan kerajaan Malaysia kepada fenomena keganasan antarabangsa seperti serangan Israel keatas flotilla keamanan ke Gaza.
"Dalam beberapa minggu ini nampak peningkatan ada propaganda baru tentang ancaman terlampau, kemudian hendak tegakkan negara Islam. Saya tengok ini adalah satu percubaan Umno BN kerajaan untuk mengalih pandangan isu lesen judi, isu Apco dan penyerahan tanah-tanah aset terpenting negara seperti di Wilayah Persekutuan, Sungai Buloh, Sungai Besi, Tanah Keretapi, Sentul, Pudu dan juga diserahkan kepada syarikat swasta dalam masa singkat," katanya.

"Sebab itu kita hendak bagi tahu rakyat jangan terpedaya dengan cubaan Umno BN mengalih pandangan daripada isu besar dalam negara. Kemudian untuk menakutkan rakyat menimbulkan ketegangan baru. Ini peringatan kita supaya kerajaan kalau benar, mesti bentang perkara ini di parlimen, supaya kita dapat tengok buktinya kalau ada, dan kalau ada wajar disokong," katanya

Fiesta Kelantan : Hanya 30000 hadir

Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Harakah Dailymelaporkan walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara.

Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Mursyidul Am PAS itu berucap.

Menurut Takiyuddin, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Nik Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.
Siaran langsung dibatalkan
Berikutan itu, katanya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan persetujuannya untuk merasmikan Fiesta Kelantan itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Berikutan itu, RTM juga membatalkan siaran langsung yang dirancang.

Namun, RTM menerusi Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja dipercayai sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut. Ia dilihat sebagai tindakan terdesak.

Adalah dipercayai jemputan untuk Nik Aziz berucap ditarik balik kerana ada pihak yang tidak mahu ia disiarkan secara langsung seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Kenyataan Najib petanda PRU sudah dekat


KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh pilihan raya umum (PRU) yang didakwa "akan mengejutkan semua pihak" sebagai petanda PRU ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat sebelum genap tempoh lima tahun penggal ini.
Mengulas kenyataan Najib itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar)berkata, kemungkinan PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak awal tahun hadapan.
"Ini petanda bahawa PRU ke-13 akan dibuat awal sebelum tempoh asal tamat.
"Saya jangka dibuat pada awal tahun 2011 bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Ditanya asas kepada jangkaan itu beliau menjelaskan, Umno kini mengetahui angin perubahan sedang berlaku di Sarawak di mana rakyatnya kini mula beralih menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN.
Jika Umno ditakdirkan kalah pada pilihan raya Sarawak katanya, sudah tentu akan memberi kesan besar kepada pengundi di Semenanjung dalam pilihan raya umum nanti.
Jelasnya, oleh kerana Sarawak adalah talian hayat Umno BN, maka mereka akan cuba menyekat penumpuan Pakatan Rakyat di Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak.
"Umno tahu Pakatan Rakyat mampu tumbangkan mereka di Sarawak pada pilihan raya negeri itu nanti berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Sibu.
"Mereka akan berisiko jika mengadakan pilihan raya Sarawak berasingan dengan pilihan raya umum kerana Pakatan Rakyat akan tertumpu di Sarawak.
Berbeza jika kedua-dua pilihan raya diadakan serentak, maka katanya tumpuan Pakatan Rakyat akan dibahagikan ke seluruh kawasan di seluruh negara.
Najib semalam ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya berkata, tarikh PRU ke-13 yang akan diumumkannya akan mengejutkan semua pihak.
PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada Mei lalu juga, pernah mengemukakan jangkaan bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada April 2011 berserentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Sementara itu, PAS akan melancarkan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) pada 20 Jun ini di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali ke arah persediaan menghadapi PRU ke-13.
Semua pemimpin utama PAS bermula dari Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan berkumpul pada majlis itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.

Gambar kehidupan umat Islam didalam penjara di Iraq


http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4721373@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-3628.jpghttp://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4721415@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-4064.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4716312@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-2411.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4717114@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-3165.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4730885@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-6695.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4721371@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-4516.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4721449@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-8567.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4721419@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-4971.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4730134@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-9086.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4730016@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-5417.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4730091@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-5813.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4731561@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-8110.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4731559@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-7190.jpg
http://static.guim.co.uk/Guardian/news/gallery/2007/sep/21/iraq.internationalnews/GD4731560@BAGHDAD,-IRAQ---SEPTE-7608.jpg



Hamas Dan Jihad Islam memiliki 5000 roket



http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/aa/1qassamsjuga.jpg&h=235&w=355&zc=1
Badan penyiasatan israeil mendakwa, Hamas dan Jihad Islam memiliki 5000 roket yang mampu bergerak sampai 40km kedalam wilayah yahudi.
Yahudi yang sudah menjadi tradisinya, takut kepada mati, sentiasa membimbangi kemampuan pejuang-pejuang Islam. Hati dan perasaan mereka sentiasa tidak tenang selagi tidak menzalimi umat Islam. Mereka juga memilki perasaan hasad dan dengki terhadap lain-lain bangsa, mereka tidak ingin melihat kejayaan bangsa lain. Turki dan lain-lain negara yang telah membantu penduduk Palestin pasti dijadikan musuh utama dalam perlaksanaan dasar mereka terbaru. Tidak salah Hamas dan Jihad Islam memiliki senjata sedemikian jika dibandingkan dengan kelengkapan yahudi yang seribu kali lebih canggih. Tetapi yahudi tidak memilki pejuang-pejuang yang rela  Mati Syahid Pada Jalan Allah SWT. Inilah apa yang diatkuti israeil sebenarnya.

Acuan Islam Hadhari UMNO



Panas..Klik Sini

Inilah kejayaan UMNO mentadbir Malaysia. 

Sah la Pemuda dan Puteri Umno. Takkan la Pemuda dan Puteri MCA atau MIC kot.. hahaha... Panas..Klik Sini

Keshvinder ‘tidur’ masa PR perintah Perak


POH, 16 Jun: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun Bebas disifatkan sebagai membuka pekung sendiri.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim (gambar)berkata, tindakan Keshvinder tersebut akibat menyedari tidak mampu menyelesaikan masalah serius rakyat di kawasannya sendiri sejak Mac 2008 lalu.

Katanya, selama menjadi Adun sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Keshvinder didakwa 'tidur' sehingga tidak tahu permasalahan yang berlaku di kawasannya.


"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi Adun sehingga rampasan kuasa, sehingga baru tahu ada orang susah di kawasannya selepas BN merampas kuasa.

"Sesudah 2 tahun lebih menjadi Adun baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di Dun yang dimenanginya. Sebelum ini dia 'tidur' sahaja," kata Idham Lim yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini, kata Idham Lim, memberi peruntukan sebanyak RM75,000 yang disalurkan melalui pejabat daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh Adun termasuk Keshvinder, namun tidak tahu ke mana peruntukan wang tersebut disalurkannya.


Semalam, Keshvinder mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang.
Beliau sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
PreviewDalam kenyataan kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu."Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa," kata Idham Lim yang juga Adun Titi Serong.
- http://idhamlim.blogspot.com/