KUALA LUMPUR: Permohonan Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya daripada pendakwa raya ditangguhkan sementara kepada jam 2 petang ini.
Ini berikutan permohonan Anwar untuk menukar peguam mewakilinya selepas peguam utamanya yang mengetuai barisan pihak pembelaan, Sulaiman Abdullah, masih tidak sihat dan dirawat di hospital.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang bertegas untuk meneruskan prosiding pagi ini menangguhkan kepada jam 2 petang ini.
Prosiding hari ini turut menetapkan untuk sebutan permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya dan perbicaraan utama kes liwat, yang sudah dua kali ditangguhkan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan