ALOR SETAR - Seramai 262 murid tahun satu hingga tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Baru di sini diarah pulang ke rumah masing-masing selepas sekolah mereka dilanda banjir semalam.
Sekolah yang dikelilingi sawah itu dinaiki air ekoran hujan sejak petang kelmarin dan tinjauan mendapati air naik sehingga paras betis pelajar atau kira-kira 0.25 meter.
Bagaimanapun, seramai 55 pelajar tahun enam yang menduduki peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap meneruskan sesi pembelajaran di kantin dan beberapa kelas lain yang berada di kawasan tinggi.
Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman berkata, sekolah yang mempunyai dua blok dan menempatkan 317 pelajar serta 28 guru itu digenangi air hujan akibat kedudukannya yang terletak di kawasan rendah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan