Untuk Aljazira Tv klik webtv

Permohonan bapa Altantuya 27 Julai

SHAH ALAM: Permohonan semakan semula terhadap tindakan pihak pendakwaan yang tidak mahu merayu keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, akan disebut semula 27 Julai ini.

Permohonan semakan kehakiman yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mankiranjeet Kaurini.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga Altantuya memberitahu media bahawa tarikh itu ditetapkan bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing sebelum menetapkan tarikh perbicaraan.

Pada 24 Disember tahun lalu, bapa Altantuya mengemukakan permohonan supaya keputusan pendakwa raya tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh anaknya, disemak semula.

[http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Mahkamah/20090709071307/Article/index_html]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan