JOHOR BAHRU, 17 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPP NJ) bertindak membuat laporan polis ke atas beberapa pemimpin negara yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sehingga menyebabkan kerugian wang rakyat berjumlah RM3.4 bilion sejak dasar ini dilaksanakan pada 2003 hingga 2008 lalu.
Laporan yang dibuat Ketua DPP NJ, Khairul Faizi Ahmad Kamil, di Balai Polis Sentral, di sini, semalam, mendesak polis melakukan siasatan terhadap beberapa pemimpin negara yang dinamakan sebagai pihak yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam pelaksanaan dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam.
Laporan polis ini dibuat ekoran pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddina Yassin, 8 Julai lalu, berhubung pemansuhan sepenauhnya dasar PPSMI pada 2012.
Faizi diiringi beberapa pimpinan PAS negeri dan Pusat yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Abdullah Hussein serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat negeri ini.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21777&Itemid=1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan