Untuk Aljazira Tv klik webtv

Wakil MB Kedah Hulur Sumbangan

YAN – Lebih 60 buah rumah rosak akibat dipukul ribut yang melanda beberapa buah kampung dan dua buah surau di Daerah Yan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Setia Jaya, Kampung Pondok Haji Majid, Kampung Tok Kaw, Kampung Belakang Masjid, Kampung Batu 16 Kepala 30, Kampung Selengkoh, Kampung Teluk Tawar, Kampung Setar, Kampung Acheh dan Kampung Jalan Baru.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang penduduk di Kampung Setia Jaya, Che Ma Hussin, 49 tahun seorang suri rumah diselubungi kebimbangan kerana mempunyai cucu yang baru lahir yang berusia dua bulan.

"Ketika kejadian saya baru selesai mendirikan solat Maghrib. Tiba-tiba saya terdengar bunyi angin kencang dan melihat bumbung rumah diterbangkan angin.

"Suami saya yang baru pulang dari bekerja terus pergi mendapatkan anak-anak dan cuci kami yang baru lahir, keadaan ketika itu sangat tegang dan kucar-kacir,” katanya semasa ditemubual.

Bagi seorang Promoter, Suriati Khlid, 31 tahun, dari Kampung Setia Jaya memberitahu kejadian ribut itu amat menakutkan namun dia dan suami bersyukur kerana ketika itu mereka pergi ke rumah kakak untuk mengambil anak-anak.

"Namun begitu ketika pulang dari rumah saya melihat separuh bumbung rumah sewa saya telah diterbangkan angin dan kejadian ini telah berlaku sebanyak dua kali," katanya.

Seorang warga emas, Che Pa Ismail, 84 tahun, berkata kejadian hujan lebat dan angin kuat sering berlaku namun kejadian rebut yang meyebabkan kerosakan itu adalah pertama dialaminya sepanjang 38 tahun menetap di Kampung Teluk Tawar bersama seorang cucunya.

Ahli Parlimen Jerai, Yb Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata beliau sedang menjalankan bancian jumlah kerosakan rumah yang terlibat dan menasihatkan mangsa membuat laporan polis supaya bantuan dapat dihulur segera oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah Encik Muzaini Azizan bersama-sama Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, Pegawai-pegawai JKM, Penghulu dan Ketua-ketua Kampung juga telah melawat dan menghulurkan bantuan dan sumbangan segera kepada mangsa-mangsa ribut di kampung-kampung yang terlibat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan