Untuk Aljazira Tv klik webtv

Wanita UMNO rimas gelisah dengar takbir dan selawat

MANEK URAI BARU, 14 Julai - Seorang wanita yang dipercayai penyokong UMNO tiba-tiba melenting kerana tidak tahan mendengar bacaan selawat dan takbir daripada para penyokong PAS.

Insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, tidak lama selepas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.

Wanita tersebut, kelihatan rimas dan gelisah mendengar laungan takbir dan selawat oleh penyokong-penyokong PAS.

Beliau cuba berbincang dengan penyokong-penyokong PAs dan kelihatan berang dan cuba meninggikan suara. Walubagaimanapun suara wanita tersebut tenggelam oleh laungan takbir penyokong-penyokong PAS.

Beberapa anggota polis kemudiannya menyuraikan penyokong-penyokong tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan