Melihat kebanjiran orang-ramai menuju Himpunan Mansuhkan ISA, kerajaan mengarahkan Unit Simpanan Persekutuan membentuk halangan merintangi laluan utama Sogo menuju Dataran Merdeka.
Sementara itu, 9 orang ditahan termasuk dua pengunjung kedai makan. Kedai-kedai berhampiran Sogo telah ditutup. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di ruang udara.
Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin tiba di Sogo, manakala Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne tiba di Masjid Jamek.