Untuk Aljazira Tv klik webtv

Kelantan Bawa Media, Wakil Rakyat Tinjau Pelantar Cakrawala


Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan lawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan media ke Pelantar Minyak Cakrawala yang kontroversi itu.

Lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat dan media untuk melihat sendiri pelantar berkenaan yang terletak kira-kira 150km dari pantai.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat Kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

"Menjadi tanggungjawab saya selaku Menteri Besar untuk memastikan hak royalti minyak dipulangkan semula kepada rakyat Kelantan," tegas Nik Aziz ketika menyambut rombongan itu.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

Rombongan yang diketuai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, berlepas dengan tiga buah bot.

Antara yang turut sama menyertai rombongan ialah Naib-Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, anggota Exco Kerajaan Kelantan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan pengawai-pegawai kerajaan.

Rombongan turut disertai oleh 65 wakil dari agensi kerajaan dan pihak media.

Rombongan tersebut menaiki sebuah kapal maritim yang bertolak di Tok Bali dan dua kapal nelayan laut dalam yang bertolak dari Pengkalan Kubur.

Husam kata beliau jangka royalti boleh diterima sebelum hari raya jika kerajaan mengkaji hal ini dengan cepat.