MAPEX 2009 Kedah tawar rumah lebih RM600 juta
ALOR SETAR - Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX 2009), peringkat negeri Kedah yang sedang berlangsung di sini menawarkan 3,418 unit kediaman bercampur dengan nilai lebih daripada RM600 juta kepada bakal pembeli rumah.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Kedah/Perlis, Ricque Liew Yin Chew berkata, unit-unit kediaman itu ditawarkan di beberapa lokasi strategik di bandar raya ini termasuk di Jitra, Changlun, Kuala Kedah, Sungai Petani dan Kulim.
Menurutnya, pelbagai projek hartanah seperti rumah kos rendah, rumah teres, berkembar setingkat, dua tingkat dan banglo daripada 23 syarikat pemaju perumahan ditawarkan pada harga RM35,000 sehingga RM500,000.
"Pelbagai tawaran istimewa disediakan pemaju kepada bakal pembeli yang sedang mencari-cari rumah idaman untuk keluarga sama ada di bandar raya ini atau daerah lain di Kedah.
"Antaranya ialah bayaran guaman percuma dan cenderamata menarik," katanya kepada pemberita di sini semalam