Untuk Aljazira Tv klik webtv

Mahkamah berasap dipanah petir

Bangunan Mahkamah Tinggi Kuantan diselubungi asap tebal awal pagi ini, apabila suis utama alat penyaman udara bangunan itu meletup dipanah petir.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Yusairi Zulkifli berkata balai bomba Jalan Bukit Ubi menerima panggilan daripada orang awam mengenai asap tebal itu pada kira-kira pukul 2 pagi.

"Siasatan mendapati asap tebal itu berpunca daripada suis utama penyaman udara di bangunan itu meletup kerana dipanah petir," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bangunan itu terpaksa ditutup sementara sehingga kerja pembaikan selesai serta mendapat pengesahan keselamatan daripada bahagian elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bangunan itu hanya mengalami sedikit kerosakan, katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan