Untuk Aljazira Tv klik webtv

Premis diberi insentif jika tidak jual rokok

KOTA BHARU, 22 Okt: Kerajaan Kelantan bercadang untuk mengkaji cadangan pemberian intensif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai sebagai usaha untuk menghalang lebih ramai masyarakat menjadi tabiat merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, ketika berucap pada sidang Dun sebagai reaksi awalnya terhadap cadangan itu berkata, kerajaan negeri memang dukacita terhadap penularan itu.

Menurutnya, usaha kerajaan Pusat untuk mengekang tabiat berkenaan di kalangan masyarakat juga tidak berjaya biarpun pelbagai kempen dibuat di samping menaikkan cukai rokok.

"Kerajaan negeri memang dukacita terhadap perkembangan itu, bagaimanapun usaha akan terus dilakukan termasuk memberi penerangan kepada masyarakat bahawa amalan itu sebenarnya telah menjadi haram mengikut fatwa,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab cadangan yang dikemukakan Drs Zainuddin Awang Hamad, supaya memberikan insentif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai.

"Ianya sebagai usaha dorongan kepada pemilik kedai untuk menyekat amalan yang tidak berfaedah itu untuk dijejaki oleh premis yang lain,"ujarnya.

Adun (PAS-Limbongan) itu berkata demikian sewaktu mengambil bahagian dalam menyokong titah Pemangku Raja Kelantan dalam Sidang Dun Kelantan semalam bagi menyokong kenyataan Haji Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) yang mencadangkan supaya kerajaan negeri menyekat kenaikan pangkat Adun dan pegawai kerajaan yang merokok.

Menurut Abdul Fatah, cadangan itu selaras dengan hasrat Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mahu pemimpin di negeri itu mengamalkan budaya tidak sihat.

"Saya mencadangkan pimpinan kerajaan negeri meletakkan syarat mana-mana Adun dan pegawai kerajaan negeri yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,"ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan