Untuk Aljazira Tv klik webtv

Proses pengundian petang, pergaduhan masih berlaku

SUNDAY, 11 OCTOBER 2009 17:40
BAGAN PINANG, 11 Okt - "Keadaan masih terkawal dan teratur di kawasan pengundian, Sekolah Kebangsaan Teluk kemang, namun berlaku beberapa masalah mengundi yang hampir sama dengan tempat lain," demikian ulasan yang diberikan oleh Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS ketika ditemui di sini pagi ini.

Kurangnya pengawasan teliti oleh pihak SPR - ada individu yang bertindak sebagai perayu undi di kawasan larangan. Perkara ini telah diajukan kepada Mafrel yang bertugas namun gagal mendapat sebarang tindakan.

Berlaku kelonggaran perlaksanaan peraturan pengundi yang hadir ke tidak seramai biasa, hanya pengundi bukan Melayu, Cina dan India yang telah ramai keluar mengundi. Kemungkinan pengundi telah diberikan slip pengundi lebih awal.

Ditanya mengenai provokasi yang berlaku pada pilihan raya kecil ini, beliau berkata ianya merupakan saat kritikal bagi BN kerana kekalahan BN di Bagan Pinang akan memberi impak besar kepada politik malaysia secara keseluruhannya.

Menurutnya, BN kini berada dalam keadaan tertekan sehingga memaksa mereka mencetuskan ketegangan bahkan terdapat maklumat yang diperolehi daripada UMNO mengatakan bahawa calon PAS sedang mendahului dari segi sokongan rakyat di sini.

Tambah beliau lagi,"Oleh sebab bilangan penyokong serta petugas PAS yang hadir pada hari ini lebih ramai berbanding penyokong BN maka apabila sebarang kekecohan berlaku, PAS dilihat sebagai pencetus ketegangan tetapi hakikatnya kita idak pernah bermaksud membuat sebarang provokasi melampau".
[http://prkn31baganpinang.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223:proses-pengundian-petang-pergaduhan-masih-berlaku-&catid=25:berita-terkini&Itemid=53]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan