Untuk Aljazira Tv klik webtv

Undilah Dengan Bijaksana- PR

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini dicemari dengan beberapa siri kekecohan membabitkan penyokong UMNO-BN yang melakukan provokasi.
Walau bagaimanapun keadaan terkawal dan pengundian masih diteruskan.

Bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apa yang diharapkan ialah penduduk Bagan Pinang bijak untuk membuat pilihan dan menilai calon yang paling layak untuk mewakili mereka nanti.

Bagi Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, beliau menasihati penduduk Bagan Pinang agar belajar menerima perubahan dan membuka minda untuk menerima sesuatu yang baru termasuklah politik baru.

" Komponen Barisan nasional sedang hancur satu demi satu. Pakatan Rakyat sedang bina satu kekuatan baru yang manawarkan politik baru. Politik yang menawarkan kasih sayang di antara Melayu, cina dan India. Dalam kalimah kita, saya orang Melayu, Mahfuz orang Melayu, Shamsul orang Melayu, walaupun kita orang Melayu, politik baru Pakatan Rakyat, masalah Melayu masalah saya, masalah Cina masalah saya, masalah India masalah saya. Ini politik baru Pakatan Rakyat".

Ujarnya lagi, perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah perubahan yang membawa kepada kebaikan bersama tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina atau India.

Sementara itu, bagi Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula, beliau menggesa penduduk Bagan Pinang melihat dengan mata hati bagaimana UMNO-Barisan Nasional menggunakan kuasa yang mereka miliki demi menjaga hak dan kepentingan mereka.

Malah Mahfuz berkata, tindakan UMNO memperkudakan organisasi di bawah mereka sebagai menunjukkan kelemahan parti itu berdiri sendiri untuk mentadbir negara.

" UMNO cukup lemah. Menggunakan apa sahaja institusi-institusi yang ada bagi memberikan perlindungan kepada kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.Tetapi saya percaya dan penuh yakin pengundi di Bagan Pinang ini mempunyai maruah dan harga diri yang sangat tinggi".

Sementara itu, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebut tentang sikap tamak haloba UMNO-Barisan Nasional yang tidak pernah mahu melihat kesusahan rakyat di bawah dan mahu penduduk di Bagan Pinang menilainya sendiri.

" MCA hari ini sudah tidak mempunyai ketua. Jangan bergaduh sangat mengenai ketua, ahli juga sudah kurang. Jadi sebab itu lihat sendiri kekacauan politik dalam Barisan Nasional kerana orang Cina tahu, UMNO dengan angkuh mereka melalui rasuah dan penyelewengan mereka yang keterlaluan. Orang Cina ini umumnya lebih terdedah kepada maklumat sebab surat khabar Cina ada cerita mengenai PKFZ, masalah-masalah politik, Utusan Malaysia langsung tidak ada".

"Apa masalah sebenarnya ini? Sampai permit teksi? Yang besar kapal selam dari Prancis yang berbilion-bilion ringgit mereka ambil, tanah balak pun mereka ambil, teksi pun mereka ambil. Ini tender makan tentera pun mereka ambil. Cuba tanya Khairy Jamaluddin keluarga siapa yang dapat tender makan tentara?" soalnya kepada penduduk Bagan Pinang.

Proses pengundian di Bagan Pinang hari ini membabitkan lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Seramai 13, 994 pengundi termasuk 4, 604 pengundi pos layak untuk mengundi di Bagan Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan