IPOH, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berharap
kerajaan negeri melibatkan semua lapisan masyarakat dalam program
bersama rakyat dan jangan ada pihak yang tersisih.
Sehubungan itu, naib ketuanya, Salman Saleh melahirkan rawsa kesal
jika benar apa yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan
kehadiran rakyat sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat
negeri di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat
sama dilihat tiada sambutan daripada rakyat.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, Utusan Malaysia telah
melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa majlis sambutan yang
telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang
lalu.
Manakala, katanya pada 21 Februari yang lalu, akhbar yang sama telah
melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir di mana perbezaan
jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah
mencemar duli berangkat.
Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mengkaji kelemahan
setiap majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak
telah mencemar duli berangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan