Untuk Aljazira Tv klik webtv

Membina laman sesawang berjuta dolar semasa berumur 17

Ashley Qualls ialah usahawan laman sesawang remaja yang merupakan buah mulut terkini. Dia hanya 17 tahun, tetapi telah membangunkan laman sesawang yang memberikannya pendapatan sebanyak AS$70,000 setiap bulan. Dengan 7 juta pengunjung serta 75 juta pandangan halaman setiap bulan, Whateverlife.com adalah berjuta laman sesawang di depan cbsnews.com, britannica.com, americanidol.com dan juga oprah.com.
Laman sesawang Whateverlife bermula sebagai satu hobi pada pertengahan tahun 2004. Ashley suka mereka bentuk bentangan MySpace dan mengeposkannya dalam talian untuk kawan-kawannya. Apabila khabar itu tersebar dalam dunia MySpace, bilangan pengunjung lamannya meledak. Ashley memberi pengunjungnya templat MySpace secara percuma dan kemudiannya mereka bentuk bentangan untuk laman-laman perangkaian sosial yang lain, termasuk facebook.com dan xanga.com.
Ashley bukan adanya kenalan yang dalam kedudukan yang dapat membantunya. Dia memulakan perniagaannya tanpa sebarang bantuan kewangan atau mentor profesional yang boleh membimbingnya. Namun apakah kunci kejayaan Ashley? Bagi pendapat saya, kunci kejayaannya ialah satu pertembungan minat, bakat, dan nasib.
Tanpa bakat seni, minat pada dirinya tidak dapat menjamin kejayaan. Banyaknya peminat nyanyian yang pencapaian mereka masih terhad kepada penyanyian di dalam bilik mandi. Dari segi ini, saya adalah contoh yang unggul.
Ashley mula bermain-main dengan reka bentuk laman sesawang lapan tahun dahulu ketika hanya berumur 9 tahun. Apabila dia tidak bermain permainan komputer, dia akan mengajar sendiri tentang asas reka bentuk sesawang. Linda LaBrecque, ibunya yang telah lama bercerai dengan bapanya, selalu memarahinya: “Jauhkan diri dari komputer, sekarang juga!” Untuk hari jadi ke-12 Ashley, ibunya berbelanja besar untuk membeli kolam air atas tanah kerana harap-harap Ashley akan berminat ke luar.
Banyak pembaca mungkin akan mengutuk saya kerana saya mengatakan bahawa nasib juga memainkan peranan yang besar dalam kejayaan Ashley. Mengapa saya berpendapat sedemikian? Ashley bukannya merancang kejayaannya. Sebaliknya, kejayaanlah yang datang mencarinya. Tanpa disengajakan, Ashley telah bertembung dengan pasaran niche yang sesuai dengan bakat dan minatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan