KUALA LUMPUR, 21 Feb: PAS Wilayah Persekutuan bersedia mendedahkan tembelang sebenar Umno di sebalik lakonan mereka sebagai Juara Rakyat .
Pesuruhjayanya, Mohamad Nor Mohamad berkata, ahli mestilah bekerja
keras bergerak di dalam masyarakat bagi mendedahkan tembelang Umno itu.
"Isu akan menjadi perkara keburukan sekiranya perkara sebenar tidak sampai kepada masyarakat.
"Isu akan menjadi bererti atau terdedah kepada implikasi (tidak
baik) bergantung kepada saudara-saudara (ahli PAS) semua," katanya
ketika merasmikan program Taklimat Isu-isu Semasa Peringkat PAS Wilayah
Persekutuan di Taman Sri Rampai, Setapak hari ini dan melancarkan Kelab
Penyokong Maya PAS Wilayah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad akan membentangkan
kertas kerja berkenaan isu-isu yang berlaku dalam negara dan pelbagai
perbuatan jijik Umno di sebalik slogan Juara Rakyat.
Sementara itu Taklimat Mansuhkan PPSMI pula akan diberikan oleh Prof Emeritus Abdullah Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan