Untuk Aljazira Tv klik webtv

Pulau Songsong akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan

Pulau Songsong akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan
Oleh : AMELIA HASHIM

ALOR SETAR: Sebanyak RM20 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri Kedah bagi membangunkan kawasan pelancongan di Merbok, termasuklah Pulau Songsong dalam perairan Daerah Yan sebagai sebagai produk pelancongan terbaru.

Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat, Sumber Tenaga Manusia YB M. Manikumar berkata, perancangan yang dibuat untuk memajukan Pulau Songsong itu masih di peringkat perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah
“Jika pihak Upen memberi komen negatif, kita akan buat kajian dan perbetulkan mana yang tidak sesuai supaya ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.
Menurutnya, projek itu dijangka dapat disiapkan secepat-cepatnya dalam masa lima tahun dan mengambil masa 20 tahun untuk jangka masa panjang.
Katanya lagi, projek ini masih diperingkat perancangan awal dan setakat ini sudah lima syarikat swasta berminat untuk membangunkan pulau itu dan sudah menghantar kertas kerja mereka masing-masing.
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti secara terperinci kertas kerja itu sebelum membuat pemilihan kontraktor secara konsortium bagi memudahkan projek dijalankan.
Ujarnya, sebuah jeti akan dibina bagi memudahkan pelancong pergi ke pulau berkenaan dan ada juga perancangan bagi menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.
“Kita masih lagi bebincang dan mengkaji jenis pembangunan yang bakal dibangunkan di pulau itu sepaya ia bersesuaian dengan aktiviti yang boleh dijalankan,” katanya.
Apabila projek ini siap dijangka dapat menarik pelancong dari dalam luar negara yang secara tidak langsung dapat menjana peluang ekonomi bagi penduduk tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan